Pages

Wednesday 27 January 2010

My EBM Story

First time nak update ku punya EBM (Express Breast Milk). Sejak masuk keje bulan 10 thn lepas (pas cuti 2 bulan), aku meneruskan sesi pumping mem-pumping kat opis. Mula2 tu aku pump hanya SEKALI sehari. Time tu mmg tak tau, kalau nak up kan kita punya milk prod. mmg kena selalu pump and pump..Pastu gali punya gali kat susuibu.com aku pun menambahkan sesi pump aku dari 1 ke 2 dan seterusnya ke 3 kali dalam masa 8 jam bekerja. Which meant pump setiap 3 jam sekali. Alhamdulillah ternyata ianya berkesan. Stok EBM pun bertambah tu yg aku palingg sukoooo....


Semalam aku pump kat opis dapatla 12 oz. Schedulenya seperti di bawah:

6.00am = 5.0oz (fresh ebm utk zara stp pagi )
10.30am = 4.5oz
1.30pm = 3.5oz
4.30pm = 4.0oz



Total yg aku dapat setiap hari aku mengepump adalah lebih kurang
11oz - 18 oz

Sket kan kengkawan tapi aku xkisah rezeki zara hanya byk ini, tapi aku bersyukur kerana sehingga ke hari ini aku dapat melakukan fully breastfedding terhadapnya.

Sehingga kini stok frozen EBM yg ku ada adalah 20 botol, dimana setiap botol ada 4oz = 80 oz cukup utk zara setakat ini.




Setakat ni stok aku hanya boleh pusing2 balik jer. Kalau nak kumpul balik kena tggu time aku cuti nampaknya. Ok nanti ku update story mory tentang EBM lagi yahhh...

Tuesday 26 January 2010

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu di Mumdreams Bangi

Saya telah mengikuti kelas ini pada 24012010 yang lepas. Ini adalah kali kedua sy attend kelas KAPSI selepas sy attend kelas Pn Kamariah di SI Bangi. Kenapa sumernya di Bangi yer.. Ini adalah kerana en. suami xnak pegi jauh2 dan bersangkutan dalam kesesakan lalulintas katanya. Tapi sy telah berjaya memaksa en. suami mengikuti kedua-dua kelas ni. Thanks utk en. suami yg begitu supportive wallllaaaaa....
Kenapa sy begitu excited dan teruja nak pegi kelas pada kali ini? Ini kerana sy tersangatlah ingin berjumpa dgn kaunselor laktasi idola sy iaitu Pn. Suraya dan Pn. Farah. Tapi sayangnya Pn. Farah tak dpt bersama-sama dgn kami pada hari itu.

Mari kita layan gambar2 yg sempat sy snap..


Begitu semangat Kak Sue dalam sesi pengajarannya. Sy memang tabik springg lah kat Kak Sue, walaupun first time jumpa tapi Kak Sue ni umpama kecil2 cili padi. Satu hari nnt sy harap dpt attend kelas Kak Sue lagi


En. suami attend juga walaupun dia injured sebab semalamnya dia ada futsal tournemant.
( Sebenarnya dah bagtau dia awal2 yg 24hb ada kelas hikhikhik ) Lalink I lap u lah. (Zara yg dah botak, baru nak tumbuh rambut..mengeluarkan bunyi-bunyian yg agak mengganggu kelas pd hari tersebut huahuahua)


Aku bersama penceramah Kak Suraya (kejap pn kejap kakak mana satu nih hikhik) yg masih maintain lagi bodynya walaupun dah anak 2. Aku yg anak 1 mcm dah anak 3 gamaknya (Psst.. kak sue solidnya badan, kongsilah dgn sy apa2 petua yg blh membuang lemak di badan nih hehehe..)


Barisan mommies and daddies yg hadir bagi memantapkan ilmu tentang penyusuan susuibu. (mommies kpd mommies pun ada!) Mereka ini mahukan yg terbaik untuk anak2 mereka. Kami yg hadir sebolehnya akan berkongsi apa yg ada dgn mommies2 di luar sana insyaallah. Terima kasih kepada penganjur yg menganjurkan kelas yg amat best ini.

Tuesday 19 January 2010

Zara's Starting Solid

Ku masih lagi dalam mood bercuti. Yahoooo!!! Hari ni cuti coz want to prepare my zara's food. Awal2 tahun dah ambil cuti byk kali apelah aku ni kan. Bos dah approve aku go on jer la hikhikhik...Hari ini dgn rasminya aku nak mengucapkan tahniah pada diriku kerana telah berjaya menyusukan zara dgn penyusuan sepenuhnya (fully breastfeeding) selama 6 bulan. Kenapa bukan penyusuan ekslusif? (Polisi yg dikeluarkan oleh KKM dan takrifan yg diberikan oleh WHO - penyusuan ibu secara ekslusif itu adalah bayi diberi susu ibu sahaja selama 6 bulan) Ini krn aku telah memberi zara air masak masa dia batuk hari tu, dan sedikit shj FM lebih kurang dlm 1 oz! But she's reject that's milk.(time ni ilmu ttg BF tahap zero!!). Dulu EBM kais pagi makan pagi tp skrg rezeki utk zara bertambah la sket, walaupun x semeriah EBM ibu2 di luar sana.

Hari ni buat pertama kali zara merasa makanannya. Aku buat bubur nasi campur kentang.Kemudiannya aku kisar dan tapis. Aku hnya ambil air2 nya sahaja.


Aku rasa zara menyukai makanan pertamanya ni. Akan kuteruskan dlm masa seminggu, pastu boleh try different recepie for her..



Ini pulak reaksi muka dia dah nak abis makan, mcm dah penat menelan agaknya. Tp walau apa pun i'm happy to prepare my zara's food..

Tuesday 5 January 2010

Tahun Baru Azam Baru


Masih tak terlewat lagi jika kuucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2010. Ini bermakna Zara akan mencapai umurnya setahun dalam masa 6 bulan lagi. Hurmm..kurasakan masa begitu pantas berlalu.Pengalaman mengandungkan Zara masih segar dalam ingatanku sesegar bunga kembang mewangi di pagi hari.(Chewaaahh ayat skema la plak...) Aku pun apa kurangnya umur pun meningkat setahun lagi. Apa taknya lusa birthday aku..hikhikhik (tapi en suami dah bagi hadiah awal2 lagi dah masa Y.E.S last 3 Jan hari tu. Tq lalink. Psstt..Nnt kuceritakan apa yg aku dpt hehehe) Kepada ibu-ibu diluar sana tekadkan semangat dan cekalkan hati untuk menempuh hari2 yg mendatang dgn penuh kesabaran. Bagi ibu-ibu yg menyusukan anak perjalanan kita masih jauh. Selagi misi kita belum selesai jgn mudah putus asa dan lemah semangat. Insyaalah semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam melaksanakan impian murni ini. Dan azam ku untuk tahun ini agar misiku untuk breastfeeding anak daraku tercapai sehingga usianya 2 tahun. Aminn..
Perjalananku baru bermula..Oh dunia..Akulah ibu kepada mia zaraku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails