Pages

Saturday 27 February 2010

Happy Mood - Marmet Techniques


Hari ni ku berasa gumbira dan senang hati. Kerana apa? kerana seperti biasa ku menjalankan rutin harian mengepamku setiap pagi dan hasilnya adalah sebanyak 8oz!!!

Biasanya ku dapat hanya dalam lingkungan 4 - 5 oz saja setiap pagi. Tak penah ku dapat sebanyak ini. Yang bestnya aku pam ni guna tangan saja bukan guna BP tau. Bila ku pikir2 balik pam guna tangan ni lagi cepat dan mudah untuk ku lakukan, hasilnya pun lumayan hikhikhik...Tapi takkan nak guna tangan sampai zara umur 2 tahun pulak, ponat achikk tauuu. So semua ni hanya untuk sementara waktu. Ku hanya menunggu bila la FS ku boleh dapat ni, ku excited tau nak cuba gadget baru ni waaaaa...I'm waiting for you Medela FS hahahaaaa..


Thursday 25 February 2010

Medela - Mini Electric

Inilah breastpump (BP) kesayangan ku hampir 5 bulan ni. Tapi ianya dah rosak uuwaaaaa.....
Suction dah tak kuat macam masa mula2 beli dulu. Time tu beli rasanya RM400++. Bagiku mahal wooo...Beli kat SOGO. Waktu tu nak beli tak tau nak beli jenis yang mana. yang ku tahu medela je dan budget dalam lingkungan RM500 gitula. Banyak jugakla jasanya kepada ku. Kini ku dalam proses nak beli Freestyle (FS) pulak dengan aishah hehehe..Nak buat spare kalau apa2 hal. BP ku yang rosak ni nak ku hantar pegi service nun kat ampang sana. Hari tu penah tanya kat MLO kot dorang boleh baiki, tapi mereka tak terima. Hanya BP yang dibeli kat kedai tu jer yang boleh di service. So sekarang ni apa lagi aku perah guna tangan jer la kat opis mahu pun di rumah. Dah 2 minggu tau aku guna manual jer hukhukhuk..Akan ku sentiasa happy2 walaupun perah guna tangan, dan yang penting jangan stress atau moody2 nanti production menurun lalalala. Ok happy breastfeeding kawan-kawan semua.

Friday 19 February 2010

Zara Almost 7 Months Today


Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik zara dah genap 7 bulan hari ini. Sepanjang usia ini lah zara masih lagi menikmati susu ibu lagi. Ku mohon agar rezeki zara sentiasa ada. Susu ibu adalah hak zara dan aku akan sentiasa mengingatkan diri bahawa susu ku sentiasa ada, insyaallah.. Antara perkembangan zara yang boleh ku kongsikan adalah :
  • meniarap dan berpusing satu tilam
  • suka sangat bila di agah agah
  • hisap jari habis berselemur mulut dengan air liur dia
  • suka pada benda2 baru, penuh khusyuk kalau dia telek barang tersebut
  • pantang nampak kertas atau surat khabar mulalah nak masukkan dalam mulut
  • suka mandi, siap angkat2 kaki lagi
  • dah mula mengenal orang, kalau orang yang dia tak kenal dan x biasa, nak dukung mulalah menangis
  • bila berdukung, suka sangat memandang ke bawah tengok bayang2 orang berjalan.
  • time tido asyik pusing kiri pusing kanan tapi mata tertutup.
  • semenjak dah ada walker ni sume tempat dia nak explore

Thursday 18 February 2010

Dia Yang Selalu Ku Rindu




Inilah wajah2 kesayangan hamba...yang tak keruan apabila ku duduk seharian di opis. Selalu dok pikir tengah wat apa, dah makan ke belum, tido ke, main ke, sihat ke tidak...semuanya berlegar-legar di kepala ini hahaha...Tak sabarnya tunggu time balik nak jumpa mia zara ku ini.
(Macam bercintoo pulakk). Zara...tunggu ibu pulang ya sayanggg..........

Friday 12 February 2010

Support Group Meeting1 by Susuibu.Com

Aku excited dan teruja untuk mengikuti SGM 1 tahun 2010 buat kali yang pertama. Nak jumpa dengan otai2 susuibu. Pada sesiapa yang berkesempatan dan ingin mengikuti SGM nih marilah kita ramai2 memeriahkan lagi acara ini. Aktiviti tersebut akan diadakan di:

Topik: SGM1- Overcoming Low Weight Gain
Tarikh: 28hb Febuari 2010
Tempat: Tasik Cempaka, Bangi (Sebelah McDonalds & Kompleks PKNS)
Warna tema: Kuning
Style: Pot Luck (masing-masing bawa makanan)

Pada sesiapa yang berminat bolehla daftar disini. Tiada bayaran yang dikenakan

Tuesday 9 February 2010

Hari Kesihatan Warga Program Perubatan Blok E1 KKM

Hari ini dan semalam, blok di mana tempat ku bekerja telah melancarkan Hari Warga Kesihatan untuk pekerjanya. Aku apa lagi tak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Almaklumlah selepas 6 bulan bersalin badan maintain jer lepas habis pantang hari tu. Tak turun-turun pun kg nya hikhikhik...Antara ativiti yg dijalankan adalah :

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Konsultansi Kesihatan
  • Konsultansi Penjagaan Oral/Gigi
  • Konsultansi Pemakanan
  • Konsultansi ' Quit Smoking'
  • Ujian Mengenal Personaliti Diri
  • Pemeriksaan Pap Smear dan Payudara (Nih aku paling suko xyah buat appoinment & beratur panjang)
  • Derma Darah (Tak boleh derma sebab menyusu badan )
  • Pameran Kesihatan


Nampak tak aku disitu yg dah gumukkss haha.. Kami bergambar dulu sebelum nak gi wat checkup. Lagipun kami sumer nih memang kaki bergambar huhuhu..


U olls tahu apa aku tengah buat tu? ha tula alat untuk check lemak dalam badan kita.Bagi perempuan peratusan lemak dalam badan tak boleh melebihi 30%. Kalau lebih maknanya seseorang tu boleh berisiko ke tahap obes. Manakala lelaki pulak adalah 20%. Aku pulak?? Hahaha.. 33.7% memang SANGAT BERISIKO, takutnyaa pas ni kena diettt.


Yang ni pula adalah sesi pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Setelah diperiksa didapati bacaan gula aku adalah 7.0 mmol/L. (paginya dah minum air milo tu yg bacaan sampai 7 tu) Bagi yang berpuasa, bacaan yg >6.0 mmol/L adalah berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis, manakala bagi yg tidak berpuasa bacaannya adalah >8.0 mmol/L.

Di bawah adalah hasil keputusan pemeriksaan kesihatanku

Berat (kg) - 59.0 (dulu debelum kawin beratku 53kg sajerr)
Tinggi (m) - 157.5
BMI - 23.8
Peratusan Lemak Dalam Badan - 33.7% (19.9kg)
Tekanan Darah (mmHg) - 107/67
Kandungan Gula Dalam Darah (mmol L) - 7.0

Last but not least, kurangkan gula dalam badan kita kerana mengikut kajian, rakyat malaysia adalah pengguna gula ke 8 tertinggi di dunia. Jadi mencegah adalah lebih baik dari berubat ya kawan

Monday 1 February 2010

Yang Pergi Takkan Kembali...

Jumaat lepas, nenek ku telah kembali ke rahmatullah di kala usianya 82 tahun. Pemergiannya amat dirasai oleh abah ku selaku anak sulong dalam keluarganya dan juga pakngah serta busu ku. Sakit yg di alaminya tidak lama kerana selepas 10 hari arwah terlantar sakit, arwah pun di jemput oleh yg Maha Esa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

" Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah dia dengan air ais dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka."


Gambar ini diambil sewaktu hari perkahwinan ku pada Ogos 2008. Al fatihah buat arwah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails