Pages

Friday 26 March 2010

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC), satu program di bawah sokongan UNICEF dan WABA yang sudah mula bergerak di Malaysia. Program khas ini adalah di bawah sokongan para pakar laktasi di Malaysia bagi meningkatkan lagi kesedaran penyusuan ibu di kalangan masyarakat. Pengurus Projek MBFPC adalah Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC merangkap pemilik susuibu.com

Program latihan MBFPC bagi kawasan utara (Northern Region) telah dijalankan dengan jayanya pada 5 - 7 Mac di Pulau Pinang. Bagi meneruskan kelangsungan program ini, bengkel yang ke-2 akan diadakan untuk kawasan West Coast Region (Selangor/Kuala Lumpur) pada 2 - 4 April ini di Rumah Darunna Klang. Insyaallah acik yg juga berjaya turut serta dalam program kali ini akan memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan dikongsikan dengan ibu-ibu di luar sana. Harapanku agar semuanya berjalan dengan lancar dan dapat memartabatkan lagi susu ibu dikalangan kita semua. Menyusu itu adalah satu fitrah..dan anak akan menghargai apabila kita memberikan yang terbaik untuk mereka..

Thursday 18 March 2010

Susu Ibu vs Susu Formula

Kali ni punya entri nak cerita tentang susuibu. Mesti ada pelawat2 blog aku yang pelik, apahal minah ni excited menempek gambar susu banyak sgt kat entri2 sebelum ni. Kumpul2 pastu letak dalam fridge byk2. Hehe..mari sini acik nak cerito.

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu telah menggalakkan semua ibu menyusukan anak mereka secara penyusuan eksklusif selama 6 bulan hingga 2 tahun. Tapi, berapa ramaikah ibu yg mampu menyusukan anak sehingga umur 2 tahun? Lebih2 lagi ibu yg berkerjaya. (Macam aku hehe..) Mengikut perangkaan, sbyk 29% ibu2 di Malaysia mampu menyusukan anak secara eksklusif dan 11.4% ibu tidak pernah menyusukan anak mereka.

(sumber dari majalah rapi keluaran 15 Mac 2010 terbitan karangkraf)

Susu Awal Ibu
  • Sebaik bayi dilahirkan, makanan yg sempurna utk bayi adalah susu awal ibu @ dikenali kolostrum yg berwarna kekuningan. Antara kebaikan susu awal ibu adalah:
  • Mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran)
  • Mencengah penyakit kuning (jaundis)
  • Melindungi bayi dari jangkitan
  • Alahan (susu ibu kaya dgn antibodi dan sel darah putih)
  • Mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dgn vit A dan E)
  • Mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus dan bertindak sbg imunisasi pertama utk menentang bakteria dan usus
  • Jika bayi diberikan makanan lain sebelum diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan
Kebaikan Susu Ibu
  • Mempunyai nutrisi yang lengkap
  • Berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Contohnya, bg bayi yg dilahirkan pra matang, susu ibu amat sesuai utk perkembangan bayi kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan immunoglobin utk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Melindungi bayi drpd kolik, lelah, penyakit kulit, hidung, mengurangkan penyakit spt batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningtis dan cirit-birit.
  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
Kelebihan Tersembunyi
  • IQ bayi yg menyusu susu ibu adalah5.2 lebih tinggi drpd yg tidak menyusu susu ibu
  • Merendahkan risiko barah payudara dan ovari
  • Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • Menjarakkan kehamilan
  • Mempercepatkan pengurangan berat badan & mengempiskan perut
  • Dan yg paling penting, mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu
Susu Formula

Terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Susu Lembu
  • Dari segi harga, jauh lebih murah berbanding susu soya. Kandungan zatnya diubahsuai sebaik mungkin utk menyamai khasiat susu ibu
  • Manakala dari kandungan karbohidrat, protein dan lemak diubahsuai mengikut peringkat umur. Ada juga direka khas utk bayi pra matang
  1. Susu Soya
  • Mengalami proses pengubahsuaian, ditambah dgn vitamin dan mineral
  • Disarankan utk bayi yg mengalami masalah penghadaman atau alahan terhadap susu lembu
Kekurangan Susu Formula
  • Khasiat susu formula tidak sama dgn khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan diberikan spt Omega3, DHA, AA dan vitamin B12
  • Tiada kajian khusus yg boleh menentukan kadar sebenar zat yg diperlukan oleh bayi. Zat2 tmbhn dlm susu formula turut memberi kesan sampingan spt sukar dihadam dan zat besi pula sukar diresap
  • Bayi terdedah kpd pencemaran bakteria akibat air bancuhan dan peralatan botol yg tidak dibersihkan dgn sempurna
  • Susu formula tidak mengandungi antibodi dan bayi lebih kerap mendapat penyakit seperti cirit birit, demam, selsema, batuk dan alahan.
  • Jika susu formula dibancuh terlalu pekat atau cair boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu dan sesetengah bayi boleh mengalami kegemukan




Artikel ini ditulis bukanlah untuk meng'hantam' ibu2 yg menyusukan anak mereka dgn susu formula. Tetapi sekadar pengetahuan dan penambahan ilmu tentang kebaikan susu ibu yang ku amalkan sekarang ni. Tiada istilah 'susu tidak cukup'. Jika ibu kucing menyusukan anak kucing, kenapa tidak kita yang manusia ini meyusukan anak manusia? Memang benar pilihan ditangan anda tetap bukan kah anda boleh membuat pilihan yg terbaik untuk anak2 anda? Sedarilah bahawa susu ibu adalah hak mereka..

Monday 15 March 2010

Update Stock

Kali ni nak update tentang stock EBM ku. Hari tu cerita tentang EBM ada disini. Aku pulun pam kat opis 3x sehari + pam kat umah sekali. Until now aku dapat collect frozen EBM ku sebanyak 50 bottles!! . Zara minum sekarang ni consistent 16 oz sehari, sometimes ada kurang tapi takde lagi yang terlebih. Mungkin sebab Zara dah start solid. Setakat ni stok frozen yang ada adalah yang bertarikh 28/1 dan ke atas. 3 bottle fresh + 1 frozen stock for her everyday.



Nampak gayanya kalu dah bertambah camni kena beli deep frezeer ni. Lalink can haa?? Ngee...Kadang2 tu nak pump tengok bottle pulak tak cukup. Lari ajak Mr. Hubby beli kat MLO huwaaa. Nasib baik dekat kat umah. Selalu sangat camtu. Tak cukup lari beli, tak cukup lari beli hehe... Sebenarnya ku lebih suka guna Safety Plus botol sebab botol tu memuatkan 4oz for zara feeding. Another collection ku ada MLO and Bumble Bee. Kat bawah adalah fresh EBM



Selagi boleh aku kumpul frozen EBM stok, aku akan kumpul. Biar sampai padat kat frozen tu hehe..Mr Hubby pun ada cakap mana nak letak ikan dan ayam ni hahaaa..
Tunggu green light dari Mr Hubby baru buleh beli. Alhamdulillah rezeki Zara masih ada, semoga ianya berterusan amin..So mommies keep on pumping ya!

Monday 8 March 2010

Present from Mr Hubby

Masih ingat lagikah kalian pada entri ku disini. Sehingga hari ini baru dapat update tentang hadiah dari my hubby tu. Huwaa..kesibukan diri dan anak dan suami (Padahal anak baru jer sorang, sibuk gamaknya macam dah berlima hahaa...) My luvely hubby telah menghadiahkan ku handbag match + wallet. I likee...(Luv u syg mmuaahh) Aku memang nak beli bag yang baru, memandangkan bag yang lama, ruang didalamnya agak kecil dan sempit . Satu-satunya handbag yang aku ada masa hantaran kawin dulu ngee.. Nak berkongsi kegembiraan dengan kalian sume, ini dia my feveret thing right now.


Inilah koleksi handbag terbaru ku, yang dah pernah ada jenama Guess. Sekarang ni tukar ke Bonia pulak. Ada orang kata, jenama ni jenama untuk orang2 tua jer, betul ke? Aku tak rasa pun camtu, stylish jer aku tgk..


This is my birthday present from my hubby. Atcually ada lagi yg my hubby bagi. Bukan aku yg minta, dah dia yg nak bagi hahaaa...Bagi ku ini satu pengiktirafan dan sokongan dari hubby ku kerana aku telah berjaya full breasfeed zara sampai sekarang ni.



Tuesday 2 March 2010

SGM 1 2010 - Overcoming Low Weight Gain

Salam semua..
Baru hari ni ku berkesempatan nak upload gambar tentang aktiviti SGM pada Ahad yang lepas.
Aktiviti diadakan di Tasik Chempaka, Bangi. Kami semua dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan aku difacillate oleh Hayatie dan Yus Azlan. Sebelum ni kenal di alam maya jer. Tapi kini dah bersua muka. Ku yang dalam excited2 nak join ni bila dah berjumpa kelu pulak lidah untuk berkata-kata haihhh!! Segan yang teramat la sangat. Ni la satu sikap buruk yang harus ku kikis! Aku lebih banyak mendengar jer pada hari tu.

Gambar-gambar sepanjang perbincangan dalam kumpulan ku


Kak Yatie begitu semangat dalam sesi soal jawab. Memang boleh jadi Kaunselor Laktasi satu hari nanti waaa..


Otai-otai SI dari kanan Yus Azlan, Kak Yatie dan mamaAna. Yang selebihnya daku lupa nama, maap banyak2 yer.


Setelah selesai bermeeting kami bergambar. Gambar yang diambil ini hanyalah dari kumpulan kami. Kebetulan ada pihak media yang membuat liputan tentang SGM pada kali ini iaitu dari karangkraf.

Antara lain aktiviti yang diadakan adalah demo dari Malaysian Baby Wearers. Sesuai untuk semua ibu. Pasni x payah tolah stroler lagi haahaa...

Dalam kesibukan semua ibu-ibu mahu meng'test' pouch or ring sling aku suka environment yg ini. Kegigihan seorang ibu dan juga pengepam tegar kita aka Kak Hayatie yang tengah menge'pump' disebalik kain comey nya itu (kak yatie sory amek gambar senyap2)


Dan sebelum pulang aku bergambar dengan zara pulak. Harap2 SGM 2 - 6 ini ku dapat men'join'kan diri. Ku suka aktiviti begini cayalaaaaa...

Monday 1 March 2010

Bila Hati Tersentuh

Salam...
Dah 3 hari aku rasa tak senang hati
Rasa sebak atau nak nangis ni
Nasib baik ada zara pengubat jiwa dikala ini
Ceritanya begini...
Hari itu belek-belek FB
Terjumpa SESEORANG disana
Ada kaitannya dengan SUAMI
Tapi aku mendiamkan diri
Kerana itu cerita lama
Walaupun ia dah lama,
Tapi satu ayat itu boleh menceritakan banyak benda
Sukar sangat nak terima
Kerana aku wanita
Yang mudah mengalirkan air mata
Kerana aku wanita
Yang mudah tersentuh hatinya
Kerana aku wanita
Yang tak suka ungkit cerita lama...
Aku bersumpah...
takkan jadi KAWAN FB dia
buat selama-lamanya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails