Pages

Thursday 29 April 2010

SGM 3 2010 - Normal Development of Breastfeed Babies

Alhamdulillah..aku berjaya menghadirkan diri dalam SGM 3 kali ini. SGM 2 hari tu aku terlepas kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan. Apa yang menarik untuk SGM kali ke-3 ni adalah penglibatan daripada kaum bapa dalam membentuk satu kumpulan yang di koordinasi oleh Pn. Rita pemilik Mom'sLittleOnes. Syabas untuk bapa2 yang hadir!

Perbincangan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan ku di-moderate oleh Shazura dan Hanidah. Sementara itu, kumpulan satu lagi di-moderate oleh Fid@Lovebaby. Ternyata semua yang hadir memberi tumpuan sepenuhnya walaupun ada yang membawa anak kecil.

Penglibatan zara dalam SGM 3 kali ini pun tak kurang hebatnya. Beliau sempat menyibukkan diri dalam mengambil barang mainan kanak2 yang lain. Menguis itu dan ini, dan yang paling best memasukkan rumput kedalam mulut errrkk...

So sesiapa yang berminat untuk menyertai SGM 4 bulan hadapan dengan tajuk 'Managing 24 Hour while Breastfeeding' boleh daftar disini

Pagi Ini Blackout - Susu?

Waahh...aku paling takut sebenarnya dengan tajuk diatas. Benda yang tak nak terjadi, terjadi jugak akhirnya. Pagi tadi nangis sob..sob..sob..tengah syok2 mandi, tiba2 blackout la pulak. Terus teringat frozen milk yg ada 80 botol tu. Aku menjerit, "abang..susu". Pikir...apa aku nak buat nih. Jam dah menunjukkan 6.30 pagi. Nak siap2 pegi keje. Baju pulak tak gosok lagi. Mr. Hubby pulak boleh sambung tido. Pastu dalam keadaan paksa rela, mr hubby bangun.. mandi dan terus ke kedai beli ais dan box polisterin yang besar tu. Salah aku juga tak buat persediaan dalam keadaan kecemasan seperti ni.

Jadi dalam keadaan kelam kabut tu aku decide nak bawa semua frozen stok tu ke rumah mak aku. Aku tak yakin nak biarkan susu tu dalam peti jika elektrik dah pulih. Kalau tak pulih lagi sampai petang? Nangis tak berlagu la aku..Tempoh perjalanan 20 minit, jadi susu tak sempat nak cair. Sampai rumah mak terus transferkan semua susu tadi kat peti ais. Terpaksala aku memindahkan barang2 yang ada untuk menyumbatkan aku punya susu huhh! aku mementingkan diri kah? haha...Nasib baik abah ada tolong aku pindahkan semua susu tu. Ini dia frozen stok aku sebelum pindah masuk dalam peti ais mak.

Jadi lepas abis kerja ni nak kena angkut pulak balik bawa kat umah aku..Oh ini semua adalah dugaan dan cabaran aku dalam dunia breastfeeding. Ianya langsung tak mematahkan semangat aku untuk terus memberikan zara susu ibu. Melainkan jka orang yang sepatutnya menyokong aku dari belakang tidak support aku sepenuhnya. Aku mungkin akan down dan terus down. Terima kasih abang kerana melayan ayang yang banyak kerenah ini..

(nota mummyzara : teringin nak beli coleman box, boleh tahan berapa lama ya kalau stok frozen kita letak dalam tu? agak2 cair ke idak?)

Monday 26 April 2010

Lunatots Di Parcel E Putrajaya

Sebentar tadi aku berkesempatan berjumpa dengan Kak Sue buat kali ke-2 ngeh....ngeh...
Sesapa yg penah folow cite aku yg excited nak jumpa kak sue ada disini. Pagi tadi buka jer blog Kak Sue, dapat info yg Lunatots nak buka booth dia anjuran puspanita kat auditorium Parcel E dan terus deal ngn member pegi time rehat. Dah dokek sgt jer ngn tpt keje ni ha, apa laaii poii jer la..
Tak tahu la nape aku suka sgt dengar Kak Sue ni bercerita..Dia memang friendly dan tersangatlah peramahnya. Jumpa orang buat kali pertama macam dah kenal lama gamaknnya. Dibawah adalah beberapa gambar yg sempat sy snap di hari kejadian.


Bersama Kak Sue.. Gumbira dapat berjumpa dengan beliau lagi. Dan sebenarnya ku lebih berbangga dgn semangat Kak Sue sebagai isteri, ibu, usahawan dan pakar laktasi yang berjaya di Malaysia nih..
(bila boleh jadi cam kak sue ni ya...)




Monday 19 April 2010

9 Months

Anak ibu genap 9 bulan dah hari ni. Pantas betul masa berlalu.. Malah perjuangan ku pun masih jauh nun disana. Bila target dah capai walaupun untuk stage yang pertama riak kepuasan tergmbar diwajah. Tak sangka dulu yang targetnya 6 bulan kini mampu sejauh ini. Siapa kata menyusukan itu mudah! Tapi orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Tak sanggup rasanya aku untuk menyuakan setitis susu F****** ke bibir mungil zara.
Alhamdulillah..moga Allah permudahkan segala urusan ku..Perkembangan zara dah 9 bulan ni? Masih tak banyak perubahan seperti 8 bulan yang lepas. Cuma mulutnya dah becok sikit dengan butir bicara yang aku tak faham maksudnya.
Menjaga zara teramat senang! Tidur malamku sentiasa lena. Rengekannya hanya kerana demam yang dialami. Ibu senang menjagamu sayang..
Ya Allah ku bermohon pada-Mu..Kau panjangkanlah umur anakku, Kau perihala lah dia..berikanlah kesihatan yang baik pada tubuh badannya dan jauhilah dia dari segala malapetaka bahaya dan bencana Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday 17 April 2010

Seminar Keibubapaan oleh Pa&Ma

Pada 11 April yg lepas ku telah menghadiri seminar keibubapaan anjuran karangkraf majalah kesukaan kaum ibu2 di Malaysia, Pa&Ma. Ku telah berjaya menghasut mr hubby utk men'join'kan diri yg telah diadakan di Hotel Armada PJ ni. Tak nak cite bebanyak mari kita layanzz jer gambar yg aku tepekkan ni..


Oh sungguh comelkan kasut zara. Kaki zara tak muat untuk menyarungkan kasut yang bersaiz 1T. Jadi kasut saiz 2T yang menjadi pilihan (apa kena mengena pulak dengan tajuk post kat atas nihh hehe..) Dibelakang tag peserta tu ada no cabutan bertuah! No 35!

Bergambar dulu dengan zara mucukk sebelum seminar bermula. Duduk di tempat yang belakang sekali haha..

Mr hubby berdiri kerana melayan anaknya yang dah tek reti duduk diam. Zara melawan mata nak tido time nih. Maafkan ibu ye nak ganggu time tido zara..

Tadaa..! hehe ni dia cabutan bertuah. Mr hubby memenangi no cabutan bertuah pada hari itu. Hadiah berupa hamper tajaan dari shokubutsu. Pelbagai lagi acara yang dijalankan pada hari seminar tersebut. Ini termasuklah jualan produk Blackmores dimana para peserta akan mendapat baucar diskaun utk setiap pembelian. Selain itu para peserta turut menerima goodie bag bernilai RM50 dan percuma langganan majalah Pa&Ma selama 3 bulan. Oleh itu kawan2 semua jgn lupa dapatkan majalah Pa&Ma keluaran Julai nanti hokeyy..
(Nota mummyzara : masih mencari idea nak karang cerita tentang kurus MBFPC tempoh hari..)

Thursday 8 April 2010

MASTITIS

Program MBFPC yang ku hadiri minggu lepas telah membuatkan aku untuk menggali lagi maklumat tentang mastitis yang aku pelajari. Disini aku nak share dengan uolls semua. Aku google dari internet ajer. Aci tak? Harap dapat membantu uolls menambah ilmu pengetahuan tentang Breastfeeding nih
Sharing is caring kan...


Apakah itu?

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati
anda!)



Apakah puncanya?

Apa yang diketahui ialah mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu" yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar. Selalunya ini ialah sebab bayi anda tidak mampu mengosongkan buah dada anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi anda kurang tahu bagaimana untuk melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah pembengkakan buah dada yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual atau trauma kepada buah dada, yang mana akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis.

Mastitis yang berasalkan infeksi mungkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman; tetapi, bagaimana infeksi boleh melarat ke buah dada adalah kurang difahami. Sesetengah wanita yang pernah menghidapi mastitis juga mempunyai puting yang merekah dan infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur puting dan terus ke sistem limfa buah dada. Ada pula pakar yang berpendapat bahawa mastitis dan puting merekah adalah simptom yang disebabkan teknik melekap yang kurang baik, jadi kedua-dua perkara ini boleh dikatakan berkait juga.

Anda mungkin akan dijangkiti mastitis jika anda menjadi ibu buat pertama kali tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar tentang penyusuan.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Jangan berhenti menyusu – ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan menasihatkan anda supaya berjumpa dengan kaunselor penyusuan atau dia akan memberikan anda antibiotik atau kedua-duanya, bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. (Tanya doktor anda sama ada ubat yang dipreskripsikan kepada anda boleh menjejaskan bayi anda, tapi maklumlah bahawa antibiotik yang biasa diberikan untuk mastitis adalah selamat untuk bayi). Dia juga akan menasihatkan anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat menahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada berlakunya infeksi.

Jika anda menghadapi masalah yang mana bayi anda kurang cekap melekap dan menyusu dengan baik, antibiotik tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengelakkan daripada mastitis, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Baca dengan lebih lanjut panduan terperinci untuk penyusuan bagi menentukan sama ada bayi anda sudah boleh melekap pada buah dada anda dengan betul.

Anda boleh meminta doktor anda merujukkan anda kepada kaunselor penyusuan atau anda boleh meneliti senarai organisasi penyusuan sebagai sumber tambahan untuk mendapat nasihat. Bacalah artikel kami mengenai duktus tersumbat untuk tip-tip bagaimana boleh mencegah mastitis daripada berlaku berkali-kali dari awal lagi.

Ada juga ibu yang enggan menggunakan antibiotik sehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada. Mungkin anda mahu mencuba penyelesaian sendiri, tapi dalam pada itu, pastikan juga antibiotik ada dalam kabinet bilik mandi sekiranya diperlukan nanti. Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.

Sama ada anda bertindak untuk mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut:

• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.

• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.

• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.

• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.

• Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.

• Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.

• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.

• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.

• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

Berapa lamakah ia akan berterusan?

Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda.

Perlukah saya berhenti menyusu jika saya menghidapi mastitis?

Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada buah dada untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan – ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan.

Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol.

Adakah ia menjejaskan bayi saya?

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

(#sumber dan rujukan dari BabyCenter Malaysia)

Wednesday 7 April 2010

8++ Months

Anak ibu dah 8 bulan lebih dah. Apa perkembangan terbaru Zara dah 8 bulan ni? Let's check it out babeh..


  • Gigi belum tumbuh lagi
  • Duduk pun belum lagi
  • Ada tanda2 yg menunjukkan dia nak merangkak. Asyik angkat muntot jerr
  • Pandai dongak ke langit bila tanya 'burung mana burung?'
  • Dah pandai tengok tv. Kalau tengok kartun espacially tak berkedip2 matanya
  • Dah tau nama sendiri bila ku panggil.. Zara...cepat2 menoleh
  • Menangis minta dukung kalau tiada sesiapa kat ruang tamu
  • Dah pandai sebut ma..ma..ma..
  • Suka dengan keriuhan budak-budak
  • Suka nak terkam kucing bila meniarap satu umah opahnya
  • Dah ada bantal mucuknya sendiri, hisap hujung bantal kalau tak, tak boleh tido.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails