Pages

Friday 21 May 2010

Kursus Dan EBM

Aku dikehendaki menghadiri Biro Tata Negara khamis minggu depan. Waa..first time tido tanpa zara semenjak dah jadi ibu ni. Jadi macam mana dengan EBM? Pumping? Peti ais ada ke tidak nak bekukan ice pack? Semuanya menjadi persoalanku kini. Apa pun aku mengharapkan agar semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. Aku bernasib baik kerana tempat kursus ku itu berdekatan dengan rumah mak aku. Disitulah zara akan menetap sepeninggalan aku ke BTN selama 5 hari. So, aku bercadang jika pihak pengurusan membenarkan aku membekalkan fresh EBM zara setipa hari, aku akan menyuruh Mr Hubby datang untuk 'collect' EBM itu. Jika tidak aku terpaksa memikirkan cara lain pula. Jadi wish me gud luck ya kengkawan. Dan semoga aku akan menempuhi hari itu dengan tabah dan jayanya..

Wednesday 19 May 2010

Zara @ 10 Months

Waahh..anak dara ibu dah genap 10 bulan hari. Pantas benar masa berlalu. rasa baru je semalam update tentang development si kecik comey ni.
  • Masih fully breastfeed. Ada 2 bulan lagi nak capai target setahun (InsyaAllah moga dipermudahkan)
  • Semakin aktif kesana ku mari dengan walkernya
  • Masih belum boleh merangkak
  • Dah tumbuh 2 batang gigi bhgn bawah. Buat masa ni belum pandai gigit nipple lagi, lepas2 ni tak tau lah plak..(Minta2 idaaakk..)
  • Suka makan bubur. Sekarang makan 3x sehari
  • Dah pandai mengamuk dan tunjuk emosi marah. Hentak2 kaki dan tangan adalah trademark zara. Adoooiii..
  • Berat badan masa last check up 9 months hari tu 8.4 kg. Peningkatan berat badan zara naik sikit2 sekarang mungkin sbb zara dah aktif
  • Setiap kali melekap, bantal mucuk mesti ada untuk melalikan dia tido
  • Suka kejar kucing dengan walkernya

Tuesday 18 May 2010

Kisah Merudum Dan Gadjet Baru

Mode gembira dan suka hati, kerana ku dah memiliki apa yang dihajati. My wishlist disebelah kanan blog ini dah pun dipenuhi. Capai jugak akhirnya. So, setelah lama meng'review' dan membuat comparison antar Avent Isis dan Medela Harmony akhirnya aku memilih Avent. (Beli masa Mom & Baby Ekspo kat Mid hari tu, dpt murah sket) Bukan nak kata yang Medela tu tak bagus, tapi nak mencuba jenama ini pula. Memang tak dinafikan yang Avent ni banyak part dia berbanding Medela tapi once guna, terus ada LDR. Kenapa aku beli yang manual ya? Aku beli, sebab Mini E yang ada tu suction dah tak kuat macam dulu. Nak kena service lagi walaupun aku dah bawa pegi service hari tu. So last 3 month ni guna tangan saja. Aci tak?

Jadi nak cerita pasal production aku yang merudum last week. Ia disebabkan bendera jipun datang menjajah huwaa..Dalam 3x aku pump aku dapat dalam sekitar 9 oz saja! Kurang 3 oz biasa yang aku dapat. Sekali pump dan perah dapat 3-3-3. Oh ianya sangat mendukacitakan aku. Walaupun begitu zara tetap feeding dengan konsistennya 16 oz sehari. Cuma aku tak dapat nak buat frozen stok dengan jayanya lagi. So pumping tetap diteruskan seperti biasa walaupun aku akan meninggalkan zara buat pertama kali untuk pergi BTN huwaa..

Wednesday 12 May 2010

Sekitar Kursus MBfPC West Coast Region

Baru hari ni ku berkesempatan nak update tentang kursus MBfPC yang dijalankan bulan April tempoh hari. Dah basi punya cerita hehe..Tapi gerakan kumpulan ini makin berkembang dan terus maju dengan program yang paling terkini. Tepek gambar untuk buat kenangan jer la. Dibawah adalah beberapa aktiviti yang dijalankan pada hari kursus tersebut.

Aku merancang bawa zara pada hari ke-3 kursus. Nasib baik dia tak banyak kerenah. Cuma lawan mata nak tido jer. Dapat pulak kawan baru kat sana. Namanya Iman. Iman suka sangat dengan zara, dicium2nya banyak kali..

Segala ilmu dan maklumat yang ada dalam fail tebal ini, akan ku simpan dan buat rujukan sampai bila-bila. Terima kasih pada pihak admin yang menganjurkan program ini.

Hari terakhir buat kami. Jaringan tali adalah simbolik dalam mengekalkan hubungan sesama sendiri. Dalam tempoh 3 hari kami ibarat adik beradik yang begitu rapat. Semoga jalinan ini akan terus berkekalan.. Aku sayang korang semua..!!

Walaupun aku ditauliahkan sebagai PC ini tapi aku harus belajar dan belajar lagi. Aku ingin dibimbing dan juga membimbing. Pengalaman yang ditimba harus dikongsikan bersama..

(nota mummyzara : nak usulkan idea mengenai ceramah breastfeeding mengikut perspektif islam yang akan dijalankan di KKM bersempena minggu penyusuan ibu sedunia bulan Ogos nanti)

Tuesday 11 May 2010

MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia

Alhamdulillah...Pada Ahad yang lepas telah selamat berlangsungnya pameran booth MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia anjuran Gerakan Belia dan Puteri Umno cawangan Parlimen Setiawangsa. Penglibatan MBfPC pada kali ini adalah yang julung kalinya diadakan selepas ianya ditubuhkan pada awal tahun ini.

Syabas kepada semua PC (Peer Counselor) yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan pameran pada kali ini. Ku pasti semua PC2 berkobar utk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah!!

Kedatangan ku yang agak lewat tidak mematahkan semangat untuk aku turut serta menjayakan program ini. Aku tolong kemas apa yang patut. Dan yang pastinya bergambar itu harus dan mesti hokeeyy..

Karnival tersebut telah mendapat liputan dari media iaitu dari TV9 dan Utusan Malaysia. Dan yang menariknya gambar di booth MBfPC menjadi pilihan akhbar Utusan Malaysia keluaran 10/5/2010

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua PC2 yang terlibat. Semuanya memberi komtimen yang amat tinggi dalam memperjuangkan susuibu di mata masyarakat. Semoga perjuangan kita dapat diteruskan hingga ke pringkat yang lebih jauh lagi..



Friday 7 May 2010

Happy 49th Birthday and Mothers Day to Emak..

Hari ni 7 May..Hari lahir mak yang ke 49. Dalam tempoh 49 tahun ni mak telah berjaya membesarkan anak2nya seramai 4 orang ni.
Kami anak2 mu bangga dengan pengorbanan yang telah kau lakukan selama ini..
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana telah mendidik
dam membesarkan kami..


Jasamu tidak akan kami lupa sepanjang hayat.
Kau adalah idola kami..
Kau jua semangat kami..
Terima kasih mak...
Kami semua amat menyayangimu..
Tanpamu siapalah kami..

Selamat Hari Lahir..
dan Selamat Hari Ibu jua buat mak yang dikasihi...
Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezekimu..

Monday 3 May 2010

Coleman Box

Berikutan rentetan peristiwa aku disini. So pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas aku telah meng'survey' coleman box. Banyak dah review yang aku terima tentang kebaikan penggunaan box ni. Penting sangatkah penggunaan coleman box ni espacially untuk ibu2 yang membekalkan ebm untuk anak2 mereka dan mempunyai stok yang banyak? Pada aku ia penting, but it's depend mengikut kepentingan dan keadaan sekeliling ibu itu sendiri.

Terima kasih kepada KakFid@Lovebaby dan Izzah atas post mereka tentang product Coleman ni. Anda juga boleh membaca tentang travel bersama EBM menggunakan kereta dan juga disini. Sepanjang 2 hari pemerhatian aku meng'survey' box ni yakni pada hari sabtu aku telah ke Tesco Puchong (belanja dapur sekali daaa..punyalah ramai umat, mcm ulat taik..) dan aku dapati harga coleman box tersebut adalah RM 249 seperti gambar dibawah.

Dan keesokan harinya aku ke Giant Mines pulak (jenjalan ngn hubby 2 org jerk tgk IronMan2).
Harga coleman box pada harga asal adalah RM 219. Disebabkan Giant tengah membuat harga promosi hingga 2 Mei, jadi harga box tersebut jatuh kepada RM 179 sahaja!!. Berbaloi tak kengkawan? Berbaloi baloi kan..

Bukan itu saja, dengan setiap pembelian, mereka yang membeli akan mendapat 2 lagi produk coleman didalamnya seperti gambaran dibawah. Perbezaan yang terlalu ketara aku fikirkan. Cuma kita kena rajin la nak survey2 ni. Tapi bagi Mr Hubby, dia kata sama jer duit minyak lagi grrr..

Dah habis survey, dah habis buat perbandingan..so korang mesti dapat agak aku pilih yang mana kan? Tak nak pisang berbuah dua kali, tak nak sejarah berulang kembali jadi aku grab jugaklah satu yang kat Giant tu. Mana tau lepas ni black out lagi ke pulak (minta2 ler idakk..) Sehingga kini aku akan berusaha untuk beri yang terbaik untuk zara

Penggunaan dan keperluan coleman box ni bukanlah WAJIB bagi ibu2 yang mahu dan berniat untuk menyusukan anak (ebm) sepenuhnya. Ia hanyalah sebagai langkah kecemasan untuk menyelamatkan stok susu kita dari cair dan berguna untuk memindahkan frozen stok melalui travel yang jauh.

(nota kaki : sebenarnya nak post entri ini sehari awal sebelum beli box tu, nak promote kot2 la ada yg berminat nak beli hehe..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails