Pages

Wednesday 28 July 2010

Confusing..

Lama betul aku tak ber'blog'. Perasaan 'M' makin menjadi sejak kehadiran Jr. Zara ni. Entah kenapa perasaan rindu pada si tecik comei tu menebal pulak. Mungkin sebab tadi aku terbaca satu kisah sedih di blog ini.
Zara dah berusia 1 tahun seminggu. Masih lagi fully breastfeed hingga kini. Tapi yang menjadi kerisauan aku stok yang tinggal tidak sampai 30 botol dan nak menghadapi bulan puasa yang akan menjelang tiba ni. Risau jika zara akan reject susu lain. Susu FM dia memang reject langsung dah. Fresh Milk? Aku masih belum cuba lagi. Aku pernah terfikir nak top up Zara dengan Fresh Milk kalau frozen stok dah abis. Tapi penerimaan dia aku belum tahu lagi.
Semalam zara buat perangai tak nak menyusu denganku.
Puas aku suakan B aku kat dia tapi dia tetap menangis. Aku periksa dalam mulut dia,takut2 ada seriawan ke. Takda pun. Mata dia tahan mengantuk jer.
Nangis makin kuat. Aku cuba pujuk dia. Usap belakang badan, urut kaki tangan dia. Zara leka.
Akhirnya aku cuba sekali lagi menyusukan dia sambil baring dan zara terlena sampai ke pagi. Emm aku puas fikir kenapa zara berperangai camtu semalam. Andaianku dia cuma ingin bermanja lebih lagi denganku. Oh anak ibu..manja betul kamu sekarang kan.

(nota mummyzara: adakah zara tak puas menyusu?)

Monday 19 July 2010

Setahun Sudah..

Syukur sangat2..Hari ni zara genap setahun dan BF journey aku pun dah berjaya ke fasa yang ke-2. Teringat detik dimana disaat ini aku bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan zara. Dari awal subuh pagi hingga ke jam 2 petang baru aku dapat melihat puteri kesayanganku itu.Kontraksi yang ku alami membuatkan aku berfikir berulang kali yang aku tak nak mengandung lagi hehe.. Nah! zara tak sampai setahun pun lagi aku dah disahkan hamil. Rezeki takkan kita nak menidakkannya pulak kan.

Breastfeeding? Aku masih meneruskannya sehingga kini dan stok frozen yang ada tu aku harap kekal hingga zara 13 bulan. Sedih pula rasanya nak top up dengan susu lain selain dari susu ibu lepas ni nanti.

Perkembangan terbaru zara?
  • Kalau tanya dia, "tangan cantik mana tangan cantik" dia akan tunjuk tangan kanan dia tu
  • Dah pandai amin (salam) orang. Ni pengasuh dia yang ajar. Terima kasih Cik Ros yea
  • Dah boleh memapah tempat yang jauh sikit.
  • Suka memunggah baju yang ada atas kerusi
  • Anak manja ayah dia ni.
  • Masih belum boleh berjalan.
  • Suka makan nasi jer. Cuba jugak bagi dia makan roti pagi2 tapi dia reject! Kalau 3 kali makan, 3 kali tu la makan nasi.
  • Gigi still 6 batang
Bila melihat perkembangan dan pembesaran anak, rasa cepat benar masa berlalu. Lagi best kalau aku yang jaga dia sendiri. Tapi nak berenti kerja tu mustahil pulak rasanya. Buat anak ibu yang disayangi Selamat Ulangtahun sayang ya. Semoga zara membesar bagai juara. Jadi anak yang solehah dan jangan nakal2 ya sayang..

(nota mummyzara: hari ni tak berapa sihat, selsema dan sakit tekak. Lusa nak bawa zara inj 1 tahun pula)

Friday 9 July 2010

Update Stock 1

Hari ni entry pasal stok frozen si tenet tu. Yang tinggal sekarang hanyalah 60 botol lagi untuk menampung bekalan zara dalam masa tak sampai berapa bulan jer lagi. Ada yang dah nak out of date. Paling lama adalah yang bertarikh 12/4 ayarrkk!!!

Now, aku dah tak dapat nak buat stok lagi. Perah kat opis pun dapat 2 - 4 oz sehari. Bekalan untuk esok. Dalam beberapa hari lagi nak masuk setahun ni rezeki zara masih ada walaupun sedikit. Aku tetap bersyukur. Moga Allah permudahkan segala urusanku.

Thursday 8 July 2010

Masih Diteruskan...

Seisi memerah di opis masih diteruskan walaupun kandungan dah menginjak ke 9 minggu. Penyusuan ketika mengandung atau tandem nursing while pregnant masih dilakukan sehingga kini dan ianya pun baru bermula. Aku tidak pernah ada sejarah keguguran atau rahim lemah. Jadi penyusuan masih boleh diteruskan. Hasil yang ku dapat memang tak semeriah mana. Walau apa pun aku tetap bersyukur dan akan terus memerah sampaila susu aku betul2 dah tiada.


Sejak akhir2 ni ku perhatikan zara lebih kuat melekap dari hari biasa. Seakan-akan tak nak berpisah dariku. Sampaikan hubby ku bertanya, "ada lagi ke susu tu, ntah2 dia tak puas." Aku tersenyum sendiri. Walaupun tiada atau sedikit, yang penting aku dapat memenuhi keperluan emosi zara. Aku tahu dia memerlukan perhatian yang lebih dari ku. Justeru aku takkan menidakkan keperluan zara dan akan meneruskannya sehingga mana yang boleh.

Monday 5 July 2010

Bakal Berempat Tahun Depan

Inilah khabar gembira yang ingin aku sampaikan pada kalian semua. Masih terlalu baru ku rasakan. Dan aku sedikit pun tidak menjangkakan yang zara bakal mempunyai adik dalam tempoh usianya yang tidak sampai 2 tahun pun nanti. Mungkin ini rezekinya agaknya. Siapala aku untuk menolak takdirNya. Moga semuanya dipermudahkan. Aku masih terkejut dan tidak menjangka. Kerana bagiku untuk mempunyai cahaya mata lagi, fikirku biarla zara puas bermanja dan menyusu denganku. Patutlah susu aku merudum dengan teruk sekali!

Hari ni si kecil tenet itu demam. Mungkin dia pun dapat merasa yang dia bukan lagi buah hati ibu dan ayahnya lagi. Zara sentiasa merengek minta dibelai. Tangisannya sentiasa memenuhi ruang rumahku walaupun kesalahan yang dibuat hanyalah sekecil zarah. Hai anakku..kau tetap yang pertama buat ayah dan ibu. Dan pastinya nanti zara akan menjadi seorang kakak yang baik dan mampu membuat ayah dan ibu tersenyum selalu..

Thursday 1 July 2010

Kelebihan Seorang Ibu


Di sini aku nak copy paste ayat seorang kawan di FB yang telah menyatakan kelebihan menjadi seseorang ibu dan fadhilat meyusukan anak.

Kelebihan seorang ibu...
  1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil
  2. Wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji
  4. Satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala
  5. Wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, Allah beri satu tahun pahala solat dan puasa
  6. Wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya
  7. Seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapatkan pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  8. Seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya
  9. Bila dia hiburkan hati anaknya Alllah beri 12 tahun pahala
  10. Apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat

Hobi Baru

Inilah hobi baru anak dara aku sekarang ni. Oleh sebab zara suka sangat main air dan mandi, jadi aku belikan dia kolam yang complete dengan bolanya sekali. Beli kat Care4 Alamanda.

Dah main air tu tak boleh lama2. Nanti selsema pula. Ibu pulak yang susah nanti. Ok kita layan jerla gambar zara tengah main air tu.

Yeay..Sudah Dapat!

Kesibukan melanda! Akhirnya aku tewas juga sebab tak dapat meng'update' blog ni. Hari ni di awal bulan Julai baru dapat update. Aku tengah jaki dengan gadjet yang baru aku terima minggu lepas. Minggu ni baru hupdate hampehh! So parcel ni tiba di rumah mak aku kat serdang. Nak post kat umah sendiri takda sapa pulak kat umah tu. Cerita sebelum ada disini.

Tadaa..haha aku rasa ibu2 yang fully breastfeed anak mereka memang dambakan alat ini. FreeStyle breastpump akhirnya dapat jua aku miliki. Aku jadi bangga sikit la sebab aku beli guna duit aku. Nasib baik join kutu, kalau nak beli cash terus fikir dua tiga kali dulu agaknya. Jadi aku harap aku boleh buat double pump dikala aku terasa yang susu akan merudum.

Ni budak yang tengah sibuk dan jaki jugak dengan benda baru nih. Mungkin besar nanti zara akan menuruti jejak langkahku sapa tahu!

(Nota kaki : Ada khabar berita yang ingin dikongsikan bersama kalian semua tunggu ya!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails