Pages

Tuesday 26 October 2010

I Want All of This!!

Semenjak kandungan dah nak masuk 24 minggu ni, aku dah mula berkira-kira nak mempersiapkan kelengkapan anak yg bakal lahir nanti. Nak yang itulah, nak yang inilah. Kalau boleh semua barang yang aku tak dapat masa zara lahir dulu aku nak get ready dari sekarang. Beli sikit-sikit. Nanti senang!

Pertama yang aku dok idam adalah benda ni:
Nursing Pillow
Nampak je cam bantal biasa, tapi recommended untuk ibu yang BF cam aku ni. Takda la sakit belakang setipa kali nak menyusukan anak kan! Harga pun boleh la tahan, nak buat sendiri macam izzah tak reti ler pulak alamatnya beli kat kedai jer la. Ke ada sape2 nak hadiahkan kat aku sila angkat tangan hiks~

Yang kedua adalah ini:
Bedung bayi moden @ alaf baru

Sangat practical kan. Masa zara lahir dulu guna lampin kain saja sekejap jer dah terburai. Aktif sangat dia tak mau di bedung. Bagi aku rasional menggunakan bedung ni masih boleh diikuti dan diguna pakai, salah satunya nak bagi bayi tu tak mudah terkejut dan calm masa tido.

Yang ketiga adalah babywearing:
Ring sling @ Wrap

Nafsu wanita. Kalau ikutkan aku dua-dua aku nak rembat. Tapi bila fikirkan keperluan baik aku pilih salah satu saja. Kot dah ada rezeki lebih baru beli pastu boleh simpan jadi koleksi kan. Fushia Wrap kat atas boleh baca di entry my frens Fathin. Affordable untuk anak2 yang dah letih nak berjalan sendiri dah tu tak nak pulak ditolak guna stroller. Bole guna ke alasan aku nih hish~

Yang keempat adalah
Car seat

Yang ini benda wajib aku perlu ada. Memandangkan zara dulu aku tak penah ada car seat, jadi untuk yg kali ini aku rasa ia memang satu keperluan. Oh berapa pulak harga untuk satu car seat ni kan...

Yang kelima dan terakhir:
Stroller

Ini pun kena ada juga memandangkan stroller yang dulu dah ala-ala cam nak roboh hehe.. (alasan jer tu) Yang ni lagi best boleh tolak dua anak sekaligus. Senangnya omak nak. Tapi harga pun 2 kali gandalah pulak kan. Yang ni botak kepala ayahnya pulak. Oklah aku berangan jer nak stroller cam kat atas. Orang cam aku manalah mampu nak beli yg camni. Beli satu lagi yang murah2 kira okla. Tunggu sala end of this year la..

Picture credit to pak gugel n whatalovelymama.blogspot.com

Friday 22 October 2010

New Template and Design

Saya baru menukar template ke 3 colums! Harap kalian tak jemu berjalan ke blog saya okeyy..Ada banyak benda baru yang nak di tambah dan ditolak. Tapi warna ungu tu mesti ada kan hahaha...

Tuesday 19 October 2010

15 Bulan Sudah..

Zara genap 15 bulan hari ni. Tak sangka secepat ini masa berlalu. Dah besar rupanya anak aku. Umur dia 19 bulan nnt dah jadi kakak. Zara baru baik dari demam. Sabtu lepas tido malan asyik merengek jer. Sekarang dah ok sket. Cuma batuk dia jer ada lagi. Sekarang zara dah pandai berjalan. Itu yg aku tggu2 selama ni. Tapi cara dia berjalan agak kelakar la. Macam robot pun ada hehe..Kat luar umah tak berani lagi jalan mungkin sebab tak biasa lagi agaknya. Asal petang amik dia dari umh pengasuh aku bawa dia round2 naik motor. Kemain suka lagi budak kecik ni. Pegi umah opah dia jer tunjuk2 motor kat luar ajak jalan. Perkembangan lain rasanya macam biasa jer. Paling ketara semenjak dah dapat kaki ni la. Dalam umah berjalan kuar masuk bilik. Yang lain, zara dah menunjukkan sebutan dengan jelas seperti "nak" dan "cak". Ok nanti haku upload video dia berjalan yup! Daaa...

Friday 8 October 2010

:: 5 Bulan ::

Bersiaran kembali setelah lama bercuti panjang hehe.. Alhamdulillah kandungan sudah menginjak ke 20 minggu. Tendangan pertama Zara Jr. sudah dirasai. Alahan pun sudah mulai berkurangan, tetapi ada juga sekali dua morning sickness tu datang. Suplement diteruskan dengan menelan obimin dan vitamin dari Shaklee.

Zara masih menyusu seperti biasa. Alhamdulillah tiada kontraksi atau bleeding yg dialami. Bersyukur ku pada yg Esa. Moga Allah mudahkan segala urusan harianku. Tak lupa juga sekalung tahniah ku ucapkan buat opismate ku Kak Ja yg mengandung 3 bulan setelah 3 tahun menunggu lamanya. Kini aku ada teman pregnancy bersama.

Bercerita pasal mengidam pula. Aku tak mengidam apa2 setakat ni. Cuma aku kini addicted dengan kopi susu. Wah! sangat tidak bagus bukan. Kesian pada Zara Jr. Maafkan ibu ya nak lepas ni ibu akan cuba lebih minum susu. Memandangkan aku tak boleh nak telan susu tepung aku mengambil tablet kalsium utk kesihatan tulang yg lebih baik.

Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada geng2 MBfPC yang telah menghadiri Susuibu International Lactation Conferens 2010 di Pullman Putrajaya pada 5 - 7 Oct dengan jayanya. Siapa tahu rezekiku esok lusa pula untuk menyertainya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails