Pages

Tuesday 30 November 2010

Hobiku Menghadiri Beauty Workshop

Ingat lagi entry aku yang ini. Sabtu  yang lepas aku telah menghadiri Workshop "All About You" by Majalah In Trend di Nikko hotel. Ini adalah beauty workshop yang ke-4 seumpama ini yang telah aku hadiri. Sebelum ini aku hadiri yang di organizer oleh Majalah Cosmopolitan seperti Clinique, Shu Uemura dan Origins workshop. Ia boleh dikatakan sebagai hobi dan minat aku jugaklah. Bukan apa aku sebenarnya lebih teruja degan goodies bag yang dorang tawarkan. Produk tu semua melebihi dari harga pendaftaran yang kita bayar hehe..So pada hari tu kita orang dapat goodies bag yang bernilai RM 500!. Walhal bayarannya hanya RM 70. Ada lucky draw dan mcm2 lagi hadiah dari main sponsor iaitu Dermalogica dan Averine. (Aku antara pemenangnya! gambar inside goodies bag upload kemudian ya sbb tak transfer lg, inipun cilok kwn aku punya)

Posing dulu bersama Ina sebelum masuk Junior Ballroom

Kesekian kalinya bila kami disuruh bergambar ~ Pempuan mmg pantang jumpa kamera ngn cermin kan hihi

Set penjagaan kulit by Dermalogica. Pagi tu workshop dimulakan dengan langkah2 dan cara penjagaan / pembersihan kulit menggunakan produk Dermalogica. Serius guna set ni, muka jadi segar dan lembab sentiasa. Kandungan dalam produk ni no mineral oil, no lanolin dan ia juga bebas pewangi dan pewarna. Sesuai untuk semua jenis kulit. harga pun boleh tahan wooo hehe ~ So disebelah kanan tu produk make up by Averine yg kami peroleh dalam goodies bag. Compact powder tu saja berharga RM 60 lebih tak silap aku.

Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua participant. Sesi make up bersama Lyn dari Aster Spring. Kami diajar tentang solekan natural untuk ke tempat kerja. Kami juga telah meminta beliau untuk memberi sedikit tips dan highlightkan lebih pada bahagian mata.

Setelah setengah hari menimba ilmu perut pun mula berkeroncong. Makanan kat hotel biasala kan memang sedap. Buffet pulak lagi tu. Jadi makanan pertama tak sempat nak ambil gambar. Kita orang ngap terus sebab dah lapar sangat. Jadi tinggal la saki baki yang kat atas tu. Dan tu pula muka kami yang dah kekenyangan ~

After lunch sesi yang paling menarik bagi kami adalah sesi mempertahankan diri oleh Penganalisis Jenayah En. Kamal Affindi. Hilaian dan gelak tawa sepanjang sesi tersebut memang tak pernah surut. Ada saja bahan lawak turut diselitkan bersama. Antara kandungan pembelajaran tersebut adalah teknik mempertahankan diri dari dirogol dan disamun. So, aku rasa memang berbaloi la menghadiri workshop walaupun 1 hari. Tahun depan InsyaAllah workshop seumpama akan diadakan lagi jadi sesiapa yang berminat dan nak bergether-gether dengan kami boleh dapatkan In Trend setiap bulan ya ngee~

Friday 26 November 2010

Buat Apa Minggu ni??

Apa perancangan kalian semua pada hujung minggu ni? Dalam kepala ni banyak tempat aku nak pergi. Nak pegi MAHA. Nak pegi SGM 8 susuibu kat Bangi ahad nanti. Nak pegi Expo Mami an Baby lagi. Yang penting esok aku ada aktiviti khas yang dah lama aku tinggalkan semenjak dah kawin ni. Nak tau apa dia? Tunggu next entry aku ok! Daaa..

Wednesday 24 November 2010

Dah agak dah...

Aku baru balik dari klinik. Check up untuk yg ke 28 minggu. Ada 12 minggu lagi untuk melahirkan. Dan ada lebih kurang 7 kali lagi lawatan aku ke klinik. Skrg mood aku tak menentu. Nak tau sbb apa? Berat naik melebihi 3 kg. Adoii biar betul aku ni. Dalam kegusaran tu, sewaktu nak buat blood test bacaan pulak tak betul, ke mesin tu dpt detect perasaan aku time tu. 

Oleh sebab itu, aku dapat minum air gula percuma jumaat ni. Nah amek ko! Aku bukan x kawal benda2 yang aku makan selama ni. Tapi ntah kenapa pregnant kali ni nafsu makan tu ada jer. Lain pulak masa yg pertama hari tu muntah sampai la dah nak bersalin. Nak makan pun tak lalu. Takkan yg kali ni pulak +ve diabetis , tak  nak aku. Minta la dijauhkan. Stp kali pregnant ada jer masalah baru utk aku. Mungkin Allah nak uji aku kan.

Masuk bilik nurse check baby heart. Semuanya ok. Check perut pulak, nurse kata tak dapat detect kepala baby kat bawah. Nah.. Perasaan aku makin gusar la apalagi. Tapi nurse sedapkan hati aku jer kata semuanya ok. So bila semuanya bercampur baur jadilah macam tikus munduk, dok monyok jer. Jadi dalam masa yang ada lebih kurang 3 bulan lg ni, mak yong nak DIET!!

(Ya Allah..Permudahkanlah setiap urusan hambamu ini. Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal..)

Monday 15 November 2010

Mak Yong at 26 weeks

Wokeh ni gambar terbaru pregnant mom berjimba bersama-sama bekas rakan sekolah menengah atas. Gambar ni diambil semalam kat majlis perkahwinan kawanku Adeleen Noor. Seronok bila dapat berjumpa balik rakan2 lama kat 5 tahun tau! Sebelah kanan aku tu my best fren Kamila @ Kamek. Kami berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.

Ok cerita terbaru tentang mak yong ni rasanya badan dah makin besar kot hikhik..Kandungan pun da nak masuk 7 bulan. Ni pun baru jer lepas muntah (sewaktu entri ni ditulis). Ada lagi rupanya loya ni. Itupun sebeb teringin makan sambal. Alih2 yang keluar balik tu sambal yg berminyak aku makan tadi. Kalau .tengok perkiraan hari aku kat bawah tu ada 91 hari lagi. 3 bulan jer lagi wei..Moga semuanya dipermudahkan..

Cuti Bersalin 90 Hari dan Alkisah Mamat dari Melaka

Aku terpanggil nak buat entri tentang cuti bersalin 90 hari ni. Sebab minggu lepas aku ada terima satu panggilan dari seorang pemanggil ni bertanyakan tentang cuti 90 hari ni dah berkuat kuasa atau tidak. Pekeliling dah kuar atau belum? Yang pelikmya dia tanya pasal pekeliling tu kat aku yang keja kat KKM ni. Pastu aku jawabla yg pelaksaanaannya masih dalam peringkat kajian dan dia boleh follow up dgn lebih lanjut kat JPA la kan. So aku copy jawapan dari soalan rakan MBFPC ku Izzah (thanks dear!)


Sementelah kita dok sibuk berdebat tentang kebaikan dan keburukan cuti ni, adalah sorang mamat ni menyuarakan ketidakpuasaan hatinya tentang keistimewaan yg diberikan kepada kita kaum wanita ni. Boleh rujuk blog rakan disini dan utusan 27/10/10.

Dah Baca? So apa pendapat korang semua?

 Antara petikan mamat tu:
"Sikap bersenang-lenang (walaupun mungkin ada yang mengatakan si ibu tidak akan bersenang lenang apabila terpaksa berjaga siang malam menjaga kerenah bayi) selama tiga bulan sedikit sebanyak akan terbawa-bawa setelah habis tempoh tersebut. Ia mengakibatkan produktiviti sesebuah syarikat menjadi lembap.

Maka, apakah impaknya? Mungkin ramai tidak melihatnya. Tetapi jika diteliti dan direnung secara mendalam, ia akan membawa kepada kerugian kepada wanita. Syarikat-syarikat akan menolak untuk mengupah seorang wanita bekerja dalam organisasi mereka."

Sejak dari dulu lagi majikan sentiasa tidak menyokong usaha penambahan cuti bersalin kerana alasan mengurangkan produktiviti pekerja serta menyekat peluang pekerjaan kepada wanita. Dan alasan lapuk itu sebaiknya kita lupakan dalam era serba moden ini kerana daya saing bukannya berdasarkan gender, sebaliknya cara kerja, kreativiti, inovasi dan produktiviti dihasilkan. Jika masalah produktiviti dibangkitkan dan wanita bersalin dipersalahkan, maka ia hanya satu diskriminasi serta alasan majikan supaya pelaksanaan cuti bersalin 90 hari dengan gaji penuh tidak akan dilaksanakan.
"Kira sahaja tempoh 90 hari itu. Terlalu sedap didengar kerana boleh merapatkan hubungan anak dan ibu. Anak yang baru lahir memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu. Mereka memerlukan susu ibu yang tiada tolok tanding dengan mana-mana susu di dunia ini. Namun, apakah selepas 90 hari anak itu akan dilupakan?

Ibu-ibu masih boleh menyusui anak mereka. Ibu-ibu masih boleh bermesra dengan anak-anak mereka walaupun tanpa cuti bersalin selama 90 hari kerana ia seharusnya berbalik kepada sikap ibu tersebut."
Aku rasa mamat ni cakap main sedap rasa. Pernahkah dia menjadi seorang ibu. Pernah dia menyelami dan merasai sendiri kesakitan  ketika melahirkan anak? Bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta. Nyawa pula ibarat hujung-hujung tanduk. Dan adakan dia tahu dan cuba menghayati pelaksaan polisi penyusuan ibu.
Mengikut Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa terhadap Perlindungan Ibu-Ibu Bersalin 2000 (No. 183), wanita bekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya 14 minggu cuti bersalin. Ketika ini, wanita bekerja di negara ini mendapat kurang enam minggu daripada 14 minggu ditetapkan itu. Sayangnya, sehingga hari ini Malaysia masih belum menandatanganinya konvensyen berkenaan.

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia mendapati cuti bersalin yang tidak mencukupi menyebabkan bayi tidak disusukan sepenuhnya dan data menunjukkan hanya seorang daripada tujuh bayi diberikan susu ibu secara sepenuhnya selama enam bulan pertama kehidupan mereka pada 2006.

Analisis Kementerian Kesihatan mengenai data penyusuan susu ibu kebangsaan 2008 mendapati kadar penyusuan susu ibu sepenuhnya di negara ini adalah tinggi dalam masa dua bulan yang pertama, tetapi menurun secara mendadak selepas dua atau tiga bulan, iaitu masa cuti bersalin tamat dan ibu yang bekerja terpaksa kembali semula kepada pekerjaan mereka.


Strategi Global Pemakanan Bayi dan Anak-Anak Kecil WHO/UNICEF pula menyarankan supaya kanak-kanak diberikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam masa enam bulan yang pertama kehidupan, dan kemudian terus menyusu dengan pemakanan tambahan yang mencukupi sehingga berumur dua tahun ke atas.

Hasilnya, bayi akan lebih sihat dengan risiko yang rendah untuk mendapat penyakit seperti jangkitan telinga dan respiratori, cirit-birit dan obesiti, manakala ibu pula mendapat manfaat dengan mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser ovari dan kanser payudara sebelum berhenti haid.

Justeru, kita perlu melihat bahawa kanak-kanak dan wanita yang lebih sihat membawa manfaat kepada semua orang kerana ia akan mengurangkan perbelanjaan negara untuk penjagaan kesihatan, yang mana lebih sedikit bilangan wanita yang tidak hadir bekerja, meningkatkan kesetiaan pekerja dan melahirkan pekerja lebih produktif.

Sapa2 kalau dengar bebelan mamat tu mesti sakit hati. Kita yang dok kat Malaysia ni masih lagi ketinggalan. Negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja sudah melaksanakan cuti bergaji selama 90 hari, manakala Singapura lebih ke depan dengan memberi keistimewaan kepada ibu bersalin dengan cuti bergaji selama empat bulan. Ha! tengok tu 4 bulan tau! Kita nak dapat 3 bulan cuti bergaji ni pun dok berdebat tak habis2 lagi. Sebab tu dari segi pentadbiran aku memang salute dgn Singapore ni

Sumber rujukan : Berita Harian 13/06/2010

Wednesday 10 November 2010

Malaysia Baby, Children & Parents Expo 2010


Mari kita berjimba-jimba di akhir tahun dengan menghabiskan duit. Year n sale. Aku baru sekali jer pegi tu pun time nak beli Avent manual. Kali ni ingat nak pegi lagi tuk prepare brg2 2nd baby ni sket2. Untuk maklumat lanjut boleh klik disini ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails