Pages

Thursday 30 December 2010

Lagi 7 Minggu

(Fuuuh..fuuhh..sambil meniup sawang) Lama gak tak update blog. Macam mana nak dapat Buffered Earnings dari En. Nuffnang kalau malas update blog kan hehe..Kalau ikutkan tajuk kat atas tu aku ada lagi 7 minggu untuk melahirkan. Tapi tak tau la plak kali ni terawal ke atau terlebih dari due date aku tu. Sekarang ni bahagian bawah perut selalu rasa sakit. Nak tidur mengiring ke kiri pastu ke kanan pun susah. Sakit ooo..Tambah plak lagi zara yang dok mengempeng kat aku untuk melalikan dia tido. Penyusuan secara direct tetap diteruskan. Bonding antara kami sekarang ni hanya lebih kepada memenuhi perasaan dan emosi antara si anak dengan ibunya.

Oh ya rentetan aku yang diberi percuma minum air gula hari tu, aku dah pun dapat result dia. Nak tau?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mak yong NEGATIF dan BEBAS DARI DIABETIS!!!!
hahahahaha..
tapi ni tak bermakna boleh makan sesuka hati kan..


Tengok tu bacaan dia 6.6. Kalau bacaan 9 - 10 tahap berjaga-jaga. Bacaan 11 - 12 pula alamatnya kena minum air gula lagi la ngeee ~
So setakat ni aku dah gain sebanyak 9kg!
Amek koo!!
Nak kurus balik kena jaga pantang betul2 dan breastfeed baby sampai 2 tahun.

Friday 17 December 2010

Parentcraft Class

Hari tu ada posting kat FB sesape yg tau pasal Antenatal Class ni. So godek puya godek kat google dapatla kat satu tempat ni. Ha ni la tempat dia..

 KPJ Kajang Specialist Hospital

Aku pegi minggu lepas dah tapi baru hari ni nak post. Walaupun ni kandungan kali ke-2, tapi aku tak penah pegi masa pregnantkan zara hari tu. Jadi aku ambil peluang dan ajak mr. hubby pegi sekali even dia macam malas nak men'join'kan diri hehe..

Antara topik yang dibincangkan adalah:
* Pregnancy and Labour
* Pain Relief and Epidural
* Newborn Screening and Vaccination
* Nutrition During Pregnancy
* Exercise Pre and Post Natal
* Care of Newborn
* Breastfeeding
* Ward Tour
Kelas bermula seawal 9 pagi. Jom kita layan gambar ni semua zaasss..

Walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum, tapi bab senaman kagel ni aku memang tak tau langsung. Kami diajar cara dan teknik bernafas dengan betul. Senaman yang tidak memudaratkan ibu mengandung. Dan senaman2 ini boleh dibuat oleh ibu mengandung yang kandungannya 20 minggu ke atas saja tak silap aku.


Senaman ni memudahkan ibu-ibu bersalin. Untuk menguatkan lantai pelvix. Caranya duduk bersila, kedua-dua tapak kaki bertemu dan duduk secara tegak. Andaikan anda rasa nak buang air kecil tapi dalam tempoh yang sama tahan aliran air kencing anda dari keluar dangan kemut perlahan-lahan dan ulang. (Eh anda fahamkah apa yg aku terangkan nih!)


Selepas rehat topik yang dibincangkan adalah penyusuan susu ibu. Oh mak yong amat excited! Walaupun KPJ Kajang belum menjadi Hospital Rakan Bayi (on going) tetapi kumpulan sokongan penyusuan susu ibu telah ditubuhkan untuk membantu ibu-ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan selepas bersalin.


Penjagaan bayi (post natal) juga turut di ajar. Memang banyak input berguna yang mak yong dapat.


Dan ini lah wajah yang kebosanan yang menjadi peneman setia mak yong sepanjang hari. Terima kasih la abg ya..


Keseluruhannya, kelas ni amat berbaloi untuk dihadiri oleh bakal2 ibu. Rasanya lebih bagus kalau kita bawa pasangan kita sekali (suami) walaupun ada yang bawa rakan mengandung sama. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 per couple. Makanan dan  goodies bag turut disediakan. Oh ya! mak yong dapat bottle storage jenama spectra tau suka-suka hehe.. Maklumat lanjut boleh klik disini.

Wednesday 15 December 2010

Header Baru

Header baru telah bertukar. Bosan pulak tengok yang lama tu. Tukar ke gambar zara masa cukur jambul hari tu. Masa dia 4 bulan. Thanks to opismate izati. Yang berkongsi ilmu hehe..

Monday 13 December 2010

Parcel Lagi..

Dapat parcel lagi hari ni. Bungkusan dari Autumnz. Kali ni beli Cloth Diaper pula. Nak cukupkan 10 keping. Dah ada 7 keping kat umah. Insya Allah kali ni ingat nak full CD'ing.

Sampai 2 bungkusan. Aku 3 keping jer. Yang lain tu member aku punya

Ha ni dia punya. Boleh jenguk blog dia. Pn. Roshaiza ni baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni.

Aku beli 3 keping dengan harga RM 28 setiap satu. Ingat lagi masa aku pergi expo hari tu? Aku email kat Autumnz dan tanya sama ada aku boleh dapat dengan harga expo itu hari. Dan ternyata ia seperti diatas hehe..

Go green..mari kita sama2 menghijaukan bumi kita dengan bertukar ke CD yeaahh..

Thursday 9 December 2010

Dah Sampai..

Balik dari klinik tadi pas check up tengok ada parcel untuk mak yong ni. Yeay yeay dah sampai. Cooler bag yang aku booking masa pegi Expo hari tu dah sampai ke puan empunya diri hehe..

Parcel dari Autumnz Care Sdn Bhd

 Pandangan dari atas

Pandangan dari sisi
Aku bukan saja dapat beg tu dgn harga yang amat murah tapi siap dapat free gift lagi. Nampak tak kat sebelah dia tu plastik warna putih. Autumnz air dry mesh bag worth RM 8.90

Wednesday 1 December 2010

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

Ini adalah contest pertama saya sejak ada blog ni. Mana tau kot2 ada rezeki Zara ngan mak yong ni kan..
DIANJURKAN OLEH

Saya pertaruhkan gambar ini

 Nama Penuh : Zahra Soffea binti Zarmaizam
Umur : 1 Tahun  4 Bulan
Hobi : Menari dan menggentel bucu bantal busuk.
Berapa Batang Gigi Yang Ada Sekarang : 6 Batang

Sesi Mengikis Poket

Salam semua..
Hari ni mak yong nak cerita dulu hasil rompakan dan tangkapan barang2 semasa mengunjungi Momy and Baby Expo kelmarin. Harga yang ditawarkan memang  tak dijangka. Rugi kalau aku tak rembat ni. Antaranya 

You Have A Baby - SOFIA Sleep Bra

Harga Asal - RM 29.90 After Less - RM 18.00

Autumz -  Henna Padded Nursing/Maternity Bra

Harga Asal RM39.90 After Less - RM 25.00

Autumz - DAHLIA Nursing Bra (No Underwire) - Black

Harga Asal RM 45.90 - After Less RM 28.00
(Bestseller Bra)


Autumz  - Reusable Ice Pack 3 Pcs
Harga Asal RM 23.00 - After Less RM 16.00


Autumz Cooler Bag
Harga Asal RM 55.90 - After Less RM 39.00
(Yang ni kena booking dulu sbb out of stock, so nanti delivery free at my office :-))

Berbaloi-baloi kan kat booth Autumz ni. Satu yang aku menyesal tak booking dia punya storage bottle beli 10 pcs dengan harga RM 30.00. Harga asal adalah RM 38.90. Lagi satu cloth diaper dia semua jenis di jual dgn harga RM 28.00 dan harga asal dia adalah RM 39.90. Rugi! Rugi! Rugi tau..! Kalau kat butik lain tak dapatnya harga camni sebabnya aku dah survey. So jumlahnya adalah RM 126. Kalau tidak aku perlu membayar dengan harga RM 194.60. Jimat RM68.60.

So kalau dah ada kat sana tak lengkap rasanya tak berkunjung ke booth Lunantots. Nak jumpa acik Luna yang kecil molek tu. So hasil tangkapannya adalah bedung baby Warisan Mama by Sarakids

 Abaikan muka mak yong yang bersememeh dan tudung yg tak betul tu hehe ~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails