Pages

Monday 31 January 2011

Aku Dah Nak Bersalin!!

 Dah 3 hari aku mengalami sakit ala-ala kontraksi yang kejap datang dan pergi
So aku mengagak yang aku kini mengalami Kontraksi Braxton Hicks
Ataupun dikenali sebagai kelahiran palsu sebelum kelahiran sebenar terjadi.


Mari kita menimba ilmu disini
Apakah itu Kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah Tujuan Kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 
Apa Yang Menbezakan Kontraksi Braxton Hicks dengan Kelahiran Sebenar? 
Rujuk jadual bawah


Apa Akan Jadi Jika Kontraksi Braxton Hicks Menjadi Lebih Sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bila Saya Harus Memanggil Doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

Rujukan dan Sumber : babycenter.com

SHAOLIN


Semalam pas habis keje..(keje tu hari minggu sbb mr hubby pun keje jadi aku pun wat ot la)
aku ngan mr. hubby terjah movie terbaru kat panggung.
tiket balance ada lagi kaann hehe..
we all tengok cite SHAOLIN (mandarin)
terbaik wa cakap sama luu..
Banyak unsur kemanusiaan yang kita boleh contohi.

Yang bestnya aktor yang encem dua org tu berlakon
ANDY LAU dan NICHOLAS TSE
Penampilan istimewa pula JACKIE CHAN

SINPOPSIS cerita boleh baca DISINI

Andy Lau sebagai Hou Jie membawa watak seorang Jeneral yang jahat kepada yang berhati mulia (sami)
(encem kan dia kan..kan..kan..)

Nicholas Tse sebagai Cao Man saudara dan pembantu Hou Jie yang belot dan mahu membunuhnya
Part rambut dia yang menutup sebelah mata tu buat aku lagi menyampah dengan watak yg dibawanya 

Jackie Chan membawa watak sebagai tukang masak kuil.

Persengketaan diantara Jeneral Hou Jie dan master shoalin di kuil tercetus apabila sami-sami 
tersebut membantu musuhnya.

Aku bagi rate 4/5
So aku suggest kat korang yang peminat wayang ni
tengoklah cite SHOALIN
memang best sangat2.
Part yang buat aku sebak bila anak Hou Jie tu mati
sedih wooo..

Oklah tak nak tulis panjang2
sebab aku rasa perut aku mengeras semacam jer nih
Apekah~??

Sunday 30 January 2011

Buffered Earnings (BE) Yang Pertama ~ Yeay!


Huh! ~ keterujaan melanda diriku.. 
Berjaya gak akhirnya aku mendapat BE dari En. Nuffnang
Toche-Toche and Mucahs Gracias ya!

Alhamdulillah murah rezeki
Setelah aku menghantar tiket ke Nuffnang kelmarin
pagi ni buka akaun terus dapat DUA (2) BE
Dah setahun lebih berblogging baru dapat BE
Kira okla tu

Memang betul la
Kalau korang tak caya cuba hantar tiket kat Nuffnang
Ini yang aku buat la
Just nak share ngan uolls jer

Apa itu BE?
Boleh promote beliau sekali
sebab daku belajar BE pun dari blog dia juga..

Ok kengkawan
Selamat Ber NUFFNANG!

Friday 28 January 2011

Bersalin bila-bila masa

Aku sudah cukup 37 minggu 
dan mungkin akan bersalin bila-bila masa dari sekarang
Baru lepas check up tadi..
jumpa nurse dan aku minta reference letter 
untuk bersalin di hospital putrajaya.

Ya..memang benar..
bersalin dimana-mana pun sama
Tapi aku dah buat keputusan untuk bersalin di hospital putrajaya
Aku berserah dengan segala kemungkinan..

Aku bermohon agar kelahiran kali ini
adalah normal seperti zara dahulu.
Hanya menunggu saat dan detiknya sahaja
Moga semuanya dipermudahkan.

Kepala baby dah berada dibawah
Alhamdulilllah semuanya ok
Air ketuban cukup
dan berat baby dah pun 2.8 kg
hanya tunggu masa saja


Nampak besar ke perut aku?
Seorang pekerja jusco menegur..
Kak anak kembar ke?
Oh tidak..jawab ku

Memang preggy kali ni berat ku lebih berbanding zara hari tu
Nampaknya kena berusaha keras sket pas ni nak turunkan berat badan hehe..
Kali ini persediaan berpantang
dan penyusuan ibu dah ku get ready semuanya
Moga kali ini azam nak BF baby sehingga 2 tahun terlaksana
dengan jayanya..

Doakan diriku ini ya kalian..^_^

Wednesday 26 January 2011

FASTER..FASTER....Berdesup pegi nyeee...


Sapa dah tengok cite ni? 
Angkat kaki..
Ngeh..ngeh..ngeh..

Orang sume sibuk nak tengok cite baru
Awak tu wanie baru nak nak terhegeh-hegeh post cite pasal FASTER ni

Tak kisahlah kan lama ke baru 
Ni blog aku suka hati akulah *hantuk kepala*-

  
Dapat Complimentary pass percuma dari Nuffnang kat entry INI
So apalagi misi untuk menengok wayang la ngan hubby.
Pegi kat Cheras Selatan sebab besar sket. 


 Da dapat tiket kita orang g melantak dulu.
Masa ada setengah jam lagi
So Teppanyaki menjadi pilihan


Emm...daapp..bak kata anak aku.
Ni kali ke2 aku ngan mr hubby makan menda alah ni
Nasi ok~
Recommanded specialy to those who may enjoy Asian Cuisines ^_^ 
Mr hubby pilih Cuttlefish
Sayur dia punyalah banyak
Aku memang suka sayur dia marveles.
Aku bagi 9/10


Ok berbalik pada cite The Rock nih
Bagi aku ok la.
Genre dia lebih pada aksi.
Hero mestilah menang kan.
Tapi yang aku pelik hero dia kena tembak dua kali
pun  tak mati ooo~
Sound effect dia punya la kuat
Baby dalam perut ni menendang ntah yg ke berapa kali dah aku rasa.
So aku rasa ramai dah tengok kot cite ni 
Jadi tak mo lah bebel banyak sgt.
Aku bagi rating 3/5
 

So aku ada 2 pass percuma lagi.
Nak tengok cite apa plak ya sebelum nak meletup ni.
Any suggestion cite apa yg best sekarang nih?
Guliver tu ok tak??
 
Once again thanks to NUFFNANG!

Wednesday 19 January 2011

1 Tahun 6 Bulan


Hari ni Zara genap 1 tahun 6 bulan
Dan usia inila juga zara masih menikmati susu ibu.
Dan aku masih ada sebulan lagi untuk melahirkan.
Zara bakal punya adik dikala umurnya 1 tahun 7 bulan.

Pelbagai ekspresi yang ditunjukkan zara sekarang ni
Menangis, menjerit, merajuk semua dia boleh buat.
Dah besar la katakan..
Aku semakin emosi sekarang
Takut ini adalah entri terakhir tentang zara sebelum tiba waktu itu.

Mohon dipermudahkan semuanya.
Maafkan saya ya kalian.

Ibu sayang zara...

Friday 14 January 2011

Hospital Serdang vs Hospital Putrajaya

Kedua-dua hospital ini adalah hospital rakan bayi.
Apa itu Hospital Rakan Bayi?
Hospital yang support susu ibu sepenuhnya..

Aku dalam dilema nih.
Nak bersalin kat hospital serdang atau putrajaya.
Sabelum ni zara kat hospital putrajaya.
Tapi kali ni aku seperti tak dibenarkan untuk bersalin kat putrajaya,
sebab area umah aku meliputi untuk hospital serdang saja.

Banyak komen dah aku dengar..
Yang Hospital Serdang ni service dia tak elok
Betul ke??
Banyak baby lemas la
Pas deliver baby tak dibasuh bersih
Ada sisa-sisa air ketuban lagi.
Ikut nasib la.
Kalau time tu dapat nurse ok, okla..
Isyy camtu plak ya..

Ikutkan aku yang bekerja kat putrajaya ni
Kalau aku dah sakit sangat time kerja aku pegi jer hospital 
yang terdekat kat putrajaya ni.
Kalau kat umah baru aku pegi serdang 
Boleh gitu??




Sapa ada pengalaman bersalin kat sepital serdang?
Share kat aku..

Tuesday 11 January 2011

"Saya nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB"


Ada GA terbaru dari blog YanaMIB

Beliau merupakan Junior saya masa sekolah dulu

Buffday kami beza 1 hari jer hehe..

HAPPY BELATED BIRTHDAY YANA!!!

Sory lambat wish ^_^

Boleh terjah blog beliau DISINI

Nak tag 2 orang

Friday 7 January 2011

Today I am 26th!


26 tahun yang lepas aku telah dilahirkan pada tarikh keramat ni 7 Januari di Hospital Besar Kuala Lumpur. Awal 20 hari dari tarikh aku dijangka keluar. Terima kasih buat mak tersayang yang telah melahirkan, membesarkan dan menyusukan ku selama 2 tahun. 

Segala pengorbanan mak tak akan kulupakan hingga akhir hayatku. Dan kini aku bakal menjadi ibu buat 2 cahaya mata dalam usia ini. Buat rakan- rakan semua terima kasih diatas ucapan-ucapan yang dibuat di FB. 

Buat keluarga yang tercinta, semoga ikatan kekeluargaan yang kita bina akan berkekalan buat selamanya. Sayang korang semua!!!

Wednesday 5 January 2011

Birthday Surprise..Thanks Nuffnang!!


Mak yong dalam mood happy weee~ Dapat tiket wayang percuma dari en. nuffnang dan TGV. Lusa hari jadi mak yong. Tapi semalam dah dapat email dari nuffnang yang mak yong terpilih antara berjuta diluar sana.
Bangga kejap ooo * ketuk kepala sendiri haish *

Bermula December 2010 ~ Ahli nuffnang yang bertuah akan terpilih untuk mendapat pas percuma dari TGV.
Dapat 4 tau pas wayang percuma
Sapa nak bagi percuma kan
Tiket wayang pun berharga10 hengget sekarang ni.
Nak tau lebih lanjut klik SINI
TQ TGV!!

Bolehla tengok wayang sebelum bersalin bulan depan dengan Mr hubby.
Dah lama tak dating berdua ni
Lokasi pilihan mungkin TGV Mines @ Jusco Cheras Selatan
Mungkin kalian pula yang bertuah selepas ni sapa tahu kan ~

(Pas ni nak rajin update blog dan join contest nuffnang. Pastu nak cuba dapat BE plak
Mana tau rezeki anak-anak)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails