Pages

Monday 21 February 2011

Masih Belum..

Aku masih lagi disini
Dan baby adik pun belum bersedia nak keluar lagi

Hari ni aku dengan En. Somi demam
Malah kaki aku makin bertambah2 lenguhnya
Sakit kat punggung usah nak cakapla
Zara pula cranky setiap masa
Sungguh en somi pun dah tak larat melayan kerenahnya

Adakah tu tanda-tanda aku nak bersalin?
Melabur pun dah 3 kali ni
Harap-harap semuanya dipermudahkan
Aku terima Ya Allah setiap ujian yang Kau berikan padaku..

Thursday 17 February 2011

40 weeks

Alkisahnya hari ni check up yang ke-40 minggu
Biasalah klinik kerajaan..
Punyala ramai umat
Macam ulat taik

So hari ni punya check up special sikit
Dapat angka giliran jer terus pegi check darah dan air kencing
Pastu baru timbang berat dan blood presure.

Dah tak payah jumpa midwifes dah
terus jumpa doktor
Sebab midwifes kata dah overdue 3 hari
Lama jugak nak tunggu jumpa doktor
nasib baik doktor handsome hehe..

So dah check perut apa semua
Air ketuban cukup
Uri ok
Cuma kepala baby tak engaged dan tak masuk laluan lagi
Doktor bagi sampai 22hb
Kalau tak bersalin lagi
23hb tu kena pegi hospital
Adusshh..
Adik..
Tolongla ibu ya..
Keluar cepat ya sayang
Ibu takut la kalau kena operate huhu~

(Appoinment dgn klinik dah takde dah yahuuu..)

Monday 14 February 2011

I'm Worried..

 Google Picture

Aku tengah risaula sekarang ni.
Tinggal 8 hari jer lagi kalau diikutkan EDD pada scan tu.
Kalau ikut EDD aku tu
hari ni dah meletupnya.
Tapi tak juga bersalin lagi ni

Zara hari tu 5 hari awal.
Kali ni?
Emm..tak nak la sampai kena induce
Taaakuuuttt...

Satu lagi yang menjadi kerisauan aku
Baca kan ENTRI aku yang ni?
Dah tetap nak bersalin kat Hospital Putrajaya
Tapii...
Kalau penuh aku ke Serdang jugaklah nampaknya
Taapiii lagi..
Kalau kat situ pun penuh juga
Aku tak nak pergi ke Kajang
Aku akan ke HUKM!!
Waahh..
Musim orang beranak ke sekarang ni

Aku risau baby dalam perut ni
Minta2 semuanya ok..

Rata-rata yang aku dengar
orang yang banyak kat sepital sekarang ni
semua orang bukan warganegara
What the hell!!

Aku rasa kerajaan perlu wujudkan sepital 
untuk orang malaysia jer la
mana-mana pegi asyik penuh jer
Nyampah aku..

Sekian entri mak yong untuk hari ni..

Friday 11 February 2011

Masih Disini Menghitung Hari!

Sungguh aku dah tak larat nak berjalan dan berdiri lelama sekarang ni
Malah kalau duduk lelama pun montot ku akan sakit
Kalau ikutkan EDD,
aku punya 3 hari lagi cam kat bawah tu


Tapi aku rasa cam tersalah bagi tarikh akhir period aku kat Mid Wife hari tu
Kalau ikut pada scan sebenarnya EDD aku 22 Feb
Cuma terawal seminggu jer
Tapi doc kata still boleh ikut lagi

La ni nak tengok perut sendiri pun takut.
Kebanyakan orang akan kata twin ke.
Alamak~
Lemak-lemak yang terkumpul lepas lahirkan zara
hari tu belum surut lagi la hehe..

Sekarang ni tengah berlumba dengan member alam maya ni
Dia pun tengah membilang hari
Kita tengok sapa meletup dulu
Pooomm*~

Thursday 10 February 2011

Teknik Meneran Yang Betul Sewaktu Bersalin

Bila dah nak bersalin ni macam-macam ilmu mengenai perbidanan aku cuba gali. Antaranya teknik bersalin yang betul. So blogwalking ke Kak Engku Bidan Bersalin dapatlah info yang amat berguna untuk aku praktikkan di Labour Room nanti.

Credit to google
(Camnela muka aku time 'beranakkan' zara dulu kan )

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran
  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.


Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.


Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin untuk aku. 

Wednesday 9 February 2011

Nuffnang Lagi


Bila aku melihat iklan baru nuffnang
dok menari-nari kat blog aku nih~
Aku pun confius sudah
Ada campaign baru ker

Terus tekan punat keyboard
Buka akaun nuffnang
Yeaahh~

Ai telah berjaya menambah 4 lagi BE yang baru
Tenkiu and lebiu Nuffnang hehe
4 iklan yang baru tu meliputi
Axe Police Standard,
Nestle Milo Fuze,
LG Optimus One,
Wrigley's 5 Gum FB Game

Ai janji pasni ai akan lebih kerap blogwalking 
kat blog korang sume dan tinggalkan komen!

Mari kita sama-sama bernuffnang!

Seisi Menggunting Rambut

Lama tak update cite pasal zara
Dah nak masuk 19 bulan dah dia
Semalam bawa budak tecit tu potong rambut
Rambut zara dah panjang 
Rimas mata aku melihatnya  
Nak diikat tak mahunya dia
Asyik ditarik-tarik saja


Naik lucu aku tengok dia terkebil-kebil duduk atas kerusi tu
Diam je dia.
Benda baru agaknya
Asyik pandang bawah jer hehe..


Ha ~ nampak tak rambut dia yang panjang pendek tu
Last motakkan rambut dia masa zara 5 bulan tak silap aku
Rambut zara taklah lebat mana.
Nipis jer
Mungkin sebab tak cukur habis
Bapaknya takut nak cukur ~ haish
So aku ingat yang 2nd junior ni aku nak cukur
masa usia dia 7 hari
Lagipun sunat kan


So tokey cina tu cas RM 4


Dah abis potong ~
Ibu dia lupa pulak nak tangkap gambar
anak dia berambut baru/pendek
Haih~

Wednesday 2 February 2011

9 Fadilat Mengasihi Anak

Entri ini ditulis untuk mengingatkan dan memuhasabahkan diri ini.
Ibu sayang zara too much...!

Credit

Subhanallah! Sayangnya Allah SWT kepada kita..
Dia bukan sahaja mengurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yang diberikan Allah ini, Dia akan memberikan kita pahala..

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman  dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan anaknya itu dan barangsiapa yang membekalkan anaknya itu turut memperolehinya.

5. Aqraq pernah melihat Nabi Muhammad SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorangpun yang aku cium." Sabda Nabi SAW "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi".

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah api neraka ke atas tubunhnya.

9. Seorang lelaki bertanya "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab Baginda "Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu" Kata lelaki itu lagi "Ibu-bapaku sudah tiada lagi" Sabda Nabi SAW " Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu, dan anakmu pula berhak ke atas dirimu".

Senangnya nak buat pahala kan..Jom buat pahala banyak-banyak! Semoga Allah SWT memberikan kita Taufiq dan Hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain. Wallahu'alam.

TQ for sharing, AnakkuSoleh.Com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails