Pages

Wednesday 30 March 2011

EBM Lagi

 
[Ini bukan entri menunjuk-nunjuk]

Ahamdulillah...
Seisi mengepam pagi tadi aku berjaya memperoleh 11 oz
Ini adalah jumlah yg paling byk pernah aku dapat
dalam satu seisi

Semoga ia dapat membakar semangat aku dan
ibu-ibu diluar sana supaya tidak mudah berputus asa

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan...

Friday 25 March 2011

Zulfaa Safiya - Newborn Portraiture

Daku sebenarnya amat minat dengan fotografi ni
Kalo korang perasan dekat wishlist aku sebelah kanan ni
aku verangan nak memiliki DSLR kah..kah..kah..
Disebabkan harganya yang agak mahal
aku berhasrat nak memiliki Nikon Coolpix P500 jela
Bolela capture gambar yang chanteekk sket kan..


Photographer pilihan aku sekeluarga adalah



Ini adalah kali ke-4 kami menggunakan khidmat MyKhalish
Service mereka sangat bagus dan hasilnya amat mengagumkan!
Terima Kasih kepada Ila & Shahrill
kerana merealisasikan impian dan keinginan kami!
Oleh itu, kepada anda yang ingin abadikan gambar anak2 anda
secantik gambar dibawah ini


Jom kita saksikan gambar-gambar Zulfaa seawal umurnya 12 hari!















Saturday 19 March 2011

Berpantang Dengan Shaklee


Shaklee menjadi pilihan aku lagi dalam menempuh confiment kali ini
Kalau dulu aku pakai Salindah
Akan datang tentunya aku pilih Shaklee lagi
Sebab ianya dah serasi dengan badan aku

Aku ambil set berpantang + Lecithin dan Energizing Soy Protein
Aku beli full set
Jimat dan berbaloi-baloi
Boleh tahan sampai 2-3 bulan

Rata-rata sekarang aku lihat
ramai ibu yang menyusukan anak telah memilih Shaklee
sebagai suplement seharian mereka
Selain menambahkan dan memekatkan susu ibu
suplement ini juga mampu menjana tenaga yang lebih
espacially ibu yang bekerja

Terima Kasih kepada pengedar Pn Arni dan Pn Seri
yang mendapat kepercayaan aku dalam
mendapatkan produk yang bermutu tinggi ini

Oh ya! Aku juga berbangga kerana mantan PM kita
Tun Dr. Mahathir Mohd memilih Shaklee sebagai
supplement harian dia
Cayalah!

Thursday 17 March 2011

Perkara Pertama Yang Nak Dilakukan Lepas Habis Berpantang Nanti..

Wah..tajuk tak ingat. Padahal baru 23 hari berpantang. Bosan sehh duk umah ni.
Memandangkan aku memilih cuti bersalin 90 hari
Jadi aku telah merangka pelbagai agenda dalam kepala ni
lepas abis berpantang pada 7 April nanti
Ini termasuklah cuti-cuti malaysia dan selain tu
MEMANJAKAN DIRI DI SPA

Ada sapa penah pegi SPA?
Seumur hidup aku TAK PENAH  pun!
Jadi aku grab peluang ini.
Umur baru 26 beb
Mestilah ai nak sentiasa langsing, sihat dan cargass kan..

Dah survey mana spa yang bakal ku terjah nanti
 Ini dia
Kita layan dulu gambar yang ada ok

Syok tu ada makan sekali~Terbaik la..


Urutan untuk melegakan ketegangan dan kelesuan

Mandi Wap


Jakuzi

Ruang rehat dan makan disediakan untuk pengunjung

Aku kenal dengan spa ni melalui
promosi-promosi yang sering diterbitkan oleh majalah karangkraf
Dahulu lokasi spa ini bertempat di sebelah South City Plaza
Sekarang ianya telah berubah di lokasi baru di Equine Park
Dengan jer ngn tempat tinggal ai
Lebih mudah kan

Jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi alamat di bawah

C-8-G, BLOCK C, PUTRA WALK,
JALAN PP25, TAMAN PINGGIRAN PUTRA,
SEKSYEN 2, BANDAR PUTRA PERMAI,
43300, SERI KEMBANGAN,
SELANGOR.
no tel : 03 - 8938 2088

EBM Zulfaa

 

Ini EBM Zulfaa pada hari yang ke 22 berpantang
20 botol dan ada beberapa lagi di rumahku
Tak sebanyak orang lain
Tapi tetap bersyukur
Alhamdulillah..
Kalau dulu waktu berpantang 
tak sempat dan tak tau nak buat stok camni
Kini pengalaman lalu dijadikan pengajaran
Semoga semuanya dipermudahkan

Indahkan dunia penyusuan ni..

Tuesday 15 March 2011

Demam Sewaktu Melahirkan Zulfaa..

21 Februari 2011
Ambil cuti emergency sebab zara demam. Menjelang tengahari demam zara dah beransur pulih dan kebah. Manakala aku pulak yang rasa tak sedap badan. Satu badan lenguh sana sini. En Somi halfday hari tu dan bawa balik lunch untuk kami. Dia pun mengadu rasa tak sihat, pening dan loya nak muntah, Bukan apa en somi ni suspect ada batu karang. Lepas zara demam kitaorang plak yg demam.

Menjelang malam, badan aku semakin lemah. Bila baring susah betul nak bangun balik. Kaki lenguh yang teramat sangat. Zara cranky bila bersama kami. Kalau dengan pengasuh baik pulak perangainya,dan kesakitanku bertambah memuncak (padahal lenguh kaki jer) menjelang tengah malam sampaila ke subuh. Aku langsung tak boleh lelapkan mata. (ditambah dengan kerisauan yg aku dah overdue dan terpaksa ke hospital 23/2, takut kena operate atau induce dan macam2 lg la). Selain tu aku mengalami cirit birit sebanyak 4 kali dan juga muntah-muntah! So berakhir la satu malam aku tanpa lena diulit mimpi huhu...

22 Februari 2011
11.00 pagi
Aku nekad ambil MC. So kami decide untuk ke klinik. Lebih kurang pukul 11 kami ke klinik Jameaton yang merupakan klinik favourite aku kat Equine ni. Dr Jameaton adalah pakar dalam O&G ni.Setelah beberapa patient dirawat, maka tiba giliranku pula.

Dr. : "Nur Syazwani..Eh awak tak bersalin lagi? Dah lebih 8 hari ni"
Me: "Ha tulah dr.saya pun tak tau. Tapi kalau ikut EDD scan saya bersalin 22hb. Tak tau la kalau saya salah  kira last day period tu. Ni pun saya dtg sebab demam. Pastu badan semua lenguh2. Risau jugak kalau apa2 terjadi"
Dr. : "Takpe, kita check dulu. Ermm..awak memang demam, bacaan 38.5 tinggi jugak ni. Saya rasa awak kena pegi hospital jugak hari ni. Saya buat surat rujukan. Sebelum tu kita scan dulu tengok heart baby ok." 
Degupan jantung bayi agak laju sikit mungkin sebab awak demam. Baiklah saya akan bagi ubat antibiotik, batuk dan demam.
Me: "Ok dr. Terima Kasih"

On d way balik umah perasan aku dup dap dup dap..Yerla takut fikir terberanak hari tu jugak. So sampai umah, kemas barang zara apa yang patut sebab nak hantar umh pengasuh dia. Pas hantar zara aku ngn en somi lunch bersama. Pagi tu aku memang tak makan apa. Tapi kami takde selera pun nak makan. Makan sikit tu pun alas perut jer.

2.00 petang
Tiba di Hospital Putrajaya. Wad bersalin penuh! Aku tergumam. Aku nekad nak juga doktor periksa aku dulu. Setelah 1 jam menunggu dan 'beramah mesra' dgn nurse kat situ aku pun masuk untuk wat CTG. Aku memang tak suka betul buat CTG ni. Sekejap nurse suh aku mengereng ke kiri la pastu tegak balik pastu ke kiri balik, graf tak cantikla tak paham aku. Sampai la 2 JAM berikutnya barula doktor datang buat VE kat aku. So seluk punya seluk bukaan da pun 4 cm! Sumpah aku tak rasa sakit pun sebelum tu. Sampaila doktor tu pecahkan air ketuban aku. Aku seakan tidak percaya yang aku akan melahirkan Zulfaa hari tu juga. Da poo-poo apa semua aku terus ke LR.

5.30 petang
Saat ini barulah kontraksi sebenar dirasai. Selang 5 minit sekali. Kali ini aku cuba untuk tidak mendapatkan suntikan epidural. Alhamdulillah berjaya. Aku cuma menggunakan gas entonox untuk mengawal rasa sakit di hujung2 kelahiran zulfaa tu. 2 jam selepas tu barula en somi dibenarkan masuk untuk menemaniku. Sempat jua aku memohon maaf padanya dan menghalalkan makan minumku.

7.30 malam
Kini kontraksi selang semint dua. Sakitnya tak terucap dengan kata-kata. Sampailah satu saat tu akan seakan mahu meneran. Aku sempat menyuruh en somi untuk memanggil nurse. Tapi en somi seakan kaku melihat kesakitanku.  Dan akhirnya aku sendiri menjerit memanggil doktor. Jadi dengan keadaan aku yang demam aku mengumpul seluruh tenaga untuk meneran. Aku sempat dimarahi nurse kerana meneran dengan membuka mulut. Dan setelah 4 kali teran maka lahirlah Zulfaa Safiya pada pukul 8.16 malam tu. Alhamdulillah segalanya      
dipermudahkan. Kami berjaya skin to skin. Proses jahitan kali ini pun tidak sesakit dulu. Sempat sms kawan2 lagi huhu..

Disebabkan wad bersalin penuh, jadi aku dan seorang ibu lagi menumpang di labour room sahaja. Tiada rakan taulan yang dibenarkan melawat sehinggalah kami dibenarkan pulang. Sedih tau! Jangan lupa tunggu next entri di mana zulfaa terpaksa dimasukkan ke NICU sejurus selepas kelahirannya

Zulfaa Safiya binti Zarmaizam
3.57 kg

Tuesday 8 March 2011

My 2nd BF Journey..


Ini fresh milk saya..
Saya sudah membuat stok seawal 3 hari kelahiran Zulfaa.
Ada beberapa botol lagi yg sudah di frozen kan
Moga perjalanan penyusuan kali ini akan lengkap 
sehingga zulfaa 2 tahun.

Oh! masih ingat lagi niat saya yg ingin tanderm nursing 
Zulfaa bersama kakaknya Zara?
Sepertinya zara sudah tidak mahu direct feeding dgn saya lg
Dia cemburu melihat saya menyusukan adiknya
Sejujurnya saya sangat sedih dan sebak
Teringat moment menyusukannya selama 1 tahun 7 bulan ni


Ibu rindukan tatkala mata kita bertentangan sewaktu kamu 
menyusu dengan ibu nak...


Friday 4 March 2011

Tak Da Idea..

Salam Jumaat semua..
Rindu nak berblogging
Nak blogwalking umah kawan2pun tak sempat dah sekarang ni
Aku sebenarnya tengah nak mengarang cerita pasal 2nd delivery ni
Macam banyak sangat aku nak cite
So lepas taip draft entry
Ada masa sambung balik hehe..

So nantikan cerita dan pengalaman aku yang sangat "menarik" tu

BE aku semua dah tukar jad ME huwaaa..
Kini tinggal 2 je BE lagi
Nuffnang bagilah ai BE lebih lagi

Tuesday 1 March 2011

Presenting..


Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan anak yang ke-2 pada
22 Februari 2011 yang lalu.
Kini saya mempersembahkan
our new "Bunga" again

Zulfaa Safiya bt Zarmaizam
{Darjat/kedudukan kehampiran,bersih/murni}

Dilahirkan secara normal
di Hospital Putrajaya
pada pukul 8.16 malam
dengan berat 3.57 kg
Panjang 49 cm
dan ukur lilit kepala 37 cm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails