Pages

Thursday 28 April 2011

Alah Membeli Menang Memakai!


Niat dihati pada mulanya memang nak beli Upright Freezer
Tapi selepas membaca komen rakanku Izzah
Terus aku cancel UF yang aku dah booking jenama Mistral tu
Terima kasih Zah di atas komen yang membina tu


Jadi aku pun tukar UF ke DF (Deep Freezer)
Jenama Daewoo
Harga RM800 lepas tawar menawar
Alah membeli menang memakai
Besar pun besar
Luas pun luas
200 liter


Jadi semua EBM dah pun bertukar tempat ke DF ni
Ada lebih kurang 112 botol


Berbarislah mereka ni seperti mana aku
selalu dok susun dalam peti 2 pintu tu
Aku yakin pasni kedudukan ebm ni mesti berubah lagi
Cara nak susun botol tu tegak atau berbaring lagi ok ya?

Wednesday 20 April 2011

Mood Cuti Bersalin

Bila fikir-fikir sebulan tu lama lagi.Tapi bila dok umah ni rasa sekejap pulak masa tu berlalu. Pejam celik, pejam celik Zulfaa dah nak masuk 2 bulan jumaat ni. Dalam kepala macam-macam benda nak buat. 

Nak shopping kain untuk buat baju raya. Nak beli kain untuk buat langsir baru jugak untuk raya nanti. Nak tempah baju untuk naik keje. Nak kemas 'gobok' dalam bilik aku. Semuanya kalau boleh aku nak buat time cuti ni

Kalau la aku pandai menjahit. Kan senang..

Pulak tu semuanya menggunakan duit. Hai la duit..Kenapa duit tak turun jer dari langit atau petik macam daun tu. Bila la nak merasa menang duit 1 juta ni. Kalau aku dapat confirm aku bagi sket kat korang hehe..

 guggle

Emm anak dah bertambah tapi gaji jugak yang tak bertambah-tambah. Ada sesiapa nak derma duit kat aku?
Atau duit korang tu terlebih sangat ke. Untung korang dapat pahala tau ekeke..

Tuesday 19 April 2011

Aku Perlukan Deep Freezer!


Nampak gayanya aku memang mamerlukan sebuah freezer
untuk menampung bekalan EBM yang semakin bertambah.
Dalam sehari aku memperoleh sebanyak 3 atau 4 botol.
Cuti masih berbaki lebih kurang 30 hari lagi
Jadi cuba korang bayangkanlah 30hari x 3 botol = 90 atau lebih
Hari ni saja aku telah menggunakan botol Autumnz yang ke 100.
Nak sejukkan icepack pun dah takda ruang dah weii..


Oleh itu perjalanan menggugel freezer telah dilancarkan.
Ada 2 yang menjadi idaman kalbu setakat ni
Kedua-duanya upright freezer

Mistral FZ101U

DAN


Upright Freezer FZ 108 U

Korang ada pengalaman tak antara kedua-dua
upright freezer ni
Mana lagi bagus ya?
Boleh bagi testimonial..

Sunday 17 April 2011

Korang Target Nak Anak Berapa??

Off topic sket. Ntah nape aku merapu pasal "nak anak berapa" pada entri kali ni. Yela asek cite pasal susu jer ada juga orang yang menyampah plak kang *whooooppssss~*



 Aku bercadang nak punya anak 3 by 30 year nanti ~ hehehe..
Mungkin umur aku 29 atau 30 gitu aku dah ada anak 3 orang. Waktu tu beza umur zulfaa dengan adik dia dalam 3, 4 tahun. Macam aku dengan adik pompuan aku skrg. Beza umur kami 4 tahun. Aku macam nak ikut jejak langkah mak aku pulak. Nice jer dia merancang ahli keluarganya ekekeke...

Macam mak aku skrg, umur nak masuk 50 tahun tapi anak dah besar-besar semuanya. 
Kakak aku dah 28 tahun dan adik aku yang bongsu umur dia 19 tahun. Bila kita org keluar sama2 mesti ada yang tegur macam adik beradik ~ Lagipun mak kawen time umo dia 21 tahun. Aku plak 23 ~ bukan gatal ya dah jodoh..


Pastu pulak, aku rancang nak ada anak paling banyak 5. Dan paling sket pun 4
By 35 umur aku, aku dah beranak semuanya. Pastu full stop..hohohooo
Tapi en somi ada cakap selagi tak dapat anak lelaki selagi tu tak leh berenti beranak *grrrrr~* Apekah!
Kalau dah sampai beranak 4 pun tak dapat...tak daya dah omaakk...

Tapi aku respect dengan ibu-ibu zaman dahulu. Ada yang punya anak hingga sedozen. Semua anak dilahirkan kat rumah je. Dan yang paling bangga berjaya ke menara gading. Kita sememangnya bertuah melahirkan anak yang serba serbi cukup dengan kelengkapan moden. Malah boleh pilih lagi samaada private atau pun awam.

Baiklah secara ringkasnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Mohon maaf andai entri ini ada membuatkan sesiapa tersinggung. 

Sekian entri merapu di malam minggu..

#Psst..korang pulak nak berapa??

Wednesday 13 April 2011

Aku ada masalah dengan Auto Publish

Klik untuk tumbesaran
 
Cuba korang tengok petak merah tu
Aku baru 1st time nak cuba buat Auto Publish
Bila aku set masa kat situ
dia keluar "illegal post time"
Dah banyak kali aku ubah masa kat situ
Tak boleh jugak..

Ada sapa yang pandai?
Ajar sket aku yang kurang pandai ni hehe..

Tuesday 12 April 2011

Menyusun EBM


EBM lagi...
*PITAM~*
Sila la jangan menyampah dan bosan dengan ai okeh!

Kalau tak nak baca
Sila klik pangkah disebelah kanan atas tu *pheewww~*

Korang nampak EBM kat atas tu tunggang langgang
Itu laki aku punya keje
Aku soh bawa balik simpan
Then dia simpan je la kan
Sabau je la aku

 

Mari kita keluarkan mereka2 ini
untuk disusun atur semula mengikut tarikh
Tarikh yang lama kita kedepan kan
dan tarikh yang awal kita kebelakang kan
Senang nak ambil.
Ikut cara masing2 la
Yang penting korang kena ingat mana yang
nak kena guna dulu

Mesti guna tarikh masa kali pertama
korang wat stok/pam tu ya
guna kaedah FIFO
(First In First Out)

Ini stok masa hari ke-3 dan seterusnya
kelahiran zulfaa
Masih susu awal ibu
Warna pun agak kekuningan lagi
dapat pun tak meriah mana

Masih tak mesra pengguna dengan FS waktu itu


stok ebm ketika berpantang

Inilah hasilnya..
baru cantik dan kemas kan
Stok EBM ni ku dapat kumpul sebanyak 70 botol
ketika dalam tempoh 44 hari ni

Cuti lama lagi ni
Ni pun dah penuh freezer tu
Agak2 korang aku memerlukan Deep Freezer tak??

Bawa EBM Pulang


Weeii ko ni..
Tak abis-abis dengan susu ko tu
Ko tak terasa ke kalau orang kata ko tu riak?
Asekk tayang EBM jer

Ada aku kesah..
Ko adaaa..

Aku dah abis pantang la weeiii
Seronok..
Semalam dapat jalan keluar 4 beranak hehe..
Shoping barang dapo

Gambar kat atas tu EBM kat peti ais
umah mak aku


Bersiap sedia nak bawa balik ke peti ais
umah aku plak
Takde la jauh mana pun
sekangkang kera jer
20 menet sampai sudaa


Berkumpul la mereka2 ini
di dalam cooler beg kegemaran aku
seramai 30 botol tak silap aku la

Disebabkan dekat ajo
Takdela aku risau sangat
pasal kecairan mereka ni
Memang tak sempat cair pun
Sebab dah banyak kali
aku transferkan mereka2 ini


Inila cooler bag kegemaran aku
Jenama Thermos
banyak jasa dia kat aku ni

Korang pulak bagaimana caranya pindahkan EBM?

Thursday 7 April 2011

12 oz..Jumlah paling banyak setakat ni!!

kali ni sebelah kiri lagi banyak dari yang kanan

Gila ko wat tajuk camtu!!
Berlagak sungguh ko
orang len dapat sekali seisi 20 oz pun ado
Ko baru dapat 12 oz dah nak merepek meraban *LEMPANG~*

Haha..EBM lagi
Ado yang boring ke baca blog aku nih
Aku cuma nak share kegumbiraan aku
dimana aku berjaya memperoleh 12 oz dalam sekali pam
sepanjang aku bergiat aktif dalam dunia BF ni


Susu yang tadi di pam biasanya aku akan pindahkan ia ke dalam botol MLO
So dapatlah 3 botol kan


Susu yang telah di pam tadi
akan dimasukkan ke dalam peti ais sebelah bawah
dan diletakkan di bahagian paling atas untuk mengekalkan kesegarannya.
Biasanya EBM yang fresh ni aku akan kekalkan 
selama 3 hari sahaja
Masuk hari yang ke-4 
aku akan transferkan ke bahagian sejuk beku
untuk mengekalkan nutrisi dan kandungannya.

Korang pulak paling banyak dapat berapa?

Tuesday 5 April 2011

Apabila BE dah bertukar ME!


BE sume dah bertukar jadi ME
Tiada lagi BE buatku
Nuffnang tolonglah bagi BE kat ai lagi
huhu..tak malu *LEMPANG~*

Korang tau ke bila masa boleh cash out kan jumlah tu?
Aku tak tau la
Lagi pun ni 1st time
Ce cite..ce cite..pas dah jadi ME nuffnang wat ape ya??

Friday 1 April 2011

"Hari ni kan hari SELASA!!"


Asalnya nak cukur rambut Zulfaa ni pada hari ke-7 kelahirannya
Yelah nak ambil keberkatan dan ikut sunnah nabi kita
Kebetulan hari ke-7 tersebut adalah hari Selasa dimana zulfaa dilahirkan
Ikut pantang mak aku pulak, hari tu lah tak boleh buang kuku,
gunting rambut dan segalanya dari badan kita
Aku pun ikut je la

(Ada sesape yang penah dengar pantang larang camni?)
(Share sket..)


Sehinggalah pada hari ke-36 kelahirannya
Aku mengambil keputusan sendiri dan menyuruh en. somi
cukurkan rambut anak kami ni.
(Dulu dia takut, cukur rambut anak kat kedai india guna mesin letrik tu)
Cukur punya cukur
dan tiba masa mak aku balik keje dia pun tegur
"ko cukur hari apa ni, hari ni kan hari selasa"

ekeke..takkan nak sambung balik rambut anak aku tu kan
dah tu plak takkan nak 'gonjeng' separuh jer
dah la rambut anak aku ni lebat
berpeluh-peluh aku ngan en somi mengadap si kecik ni

Ada rambut ke atau mooootak lagi choooomelll??

Maka nak dijadikan cerita, terPOTONGlah 
rambut anak aku pada hari SELASA
ngeh...ngeh...ngehh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails