Pages

Wednesday 22 June 2011

Zulfaa at 4 months


Happy 4 months old Zulfaa sayang..
Berat kali ni tak tau
Last month hari tu 7kg
Next month baru pegi cucuk balik

Lagi 2 bulan nak tamatkan misi penyusuan yg pertama
Hoho..tak sabar nak bagi zulfaa 1st solid
Alhamdulillah masih menyusu menggunakan ebm yg fresh saja setakat ni
Zulfaa is a good baby girl
Tak banyak meragam dah
Cuma kakak dia jer yg rajin menyakat

Ok ibu sayang zulfaa dan zara ketat-ketat xoxo~

Tuesday 21 June 2011

Zara at 23 months


Zara genap 23 bulan Ahad yang lepas. Bulan depan genap dia 2 tahun. Sungguh pantas masa berlalu. Sekarang ni dia suka dan gemar sangat menangis dan merengek. Aduyaai sungguh menguji tahap kesabaran aku sebagai ibu. Ayah dia la yang rajin pujuk. Memang anak ayah betul la zara ni. Aku ni jenis yang garang. So kalau apa-apa hal mesti dia akan sebut "ayaaahhh" nya saja..

Perkembangan zara seusia dia tengah sibuk nak bercakap. Vocab dia ada sesetengah yang aku faham. Dan sesetengahnya tak paham langsung. Contohnya bila dia ternampak gincu bibir aku, zara terus tunjuk bibir dia dan sebut "memeh" haha..Aku perbetulkan balik "bibir la sayang"

Lagi satu perangai zara ni kalau dia marah dia akan pukul atau baling apa saja yang ada dekat sekeliling dia. End up dia akan pukul adik dia si zulfaa tu. Omg! Aku sangat takut kalau dia marah atau merajuk then adik dia duk dekat dia. Tapi last-last tu dia akan pujuk adik dia balik. "Taayang adek" huhu..

# Tengah pikir nak wat preparation bezday zara next month ..Tema apa yg best?? any suggestion??

Wednesday 8 June 2011

Workshop : Bengkel Kunci COSMO ke Perkahwinan Idaman bersama LANCOME


Bengkel Kunci COSMO ke Perkahwinan Idaman bersama LANCOME

Sabtu yang (04/06) lepas aku attend beauty workshop lagi 
Aku sekarang "craving" dengan workshop sebegini
Ada jer bengkel baru aku mesti cepat-capat hantar borang/wang pos
Tapi yang baru aku attend ni more kpd yg belum kawen
But this is open to all public
Aku dapat ajak sorang lagi partner for RM50 only!!
(mungkin sebab tak ramai yg register)

Kakak aku la yg jadi mangsa
Dia akan jadi bride to be..after raya ni


Board yang sangat besar dan menarik perhatian aku sepanjang hari tu
Bengkel ini diadakan di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur
Serius best hotel ni
Setaraf 5 bintang..

Datin Lynda Rahim owner of  L I N D A R A H I M  Kuala Lumpur
(Datin yang sangat sempoi..)


Sesi bersama Datin Lynda dalam memilih bentuk gaun yang sesuai
dengan tubuh dan persediaan perkahwinan yang lengkap

So my sister tubuh dia berbentuk pear

(Ini bukan my sister..)
Aku takjub dan taksub dengan body dia yang cantik
Dah anak 4 tu. Umur dia baya aku wwoooo..
Rahsia dia..dia kata dia suka pakai corset
Aku?? fengsaan tgk myself depan cermin
Gaun pengantin rekaan Datin Lynda tu seakan dicipta khas utk dia
Nak kawen sekali lagi la..
Tapi dengan orangg yang sama la..lalalalalala.....

My sister with salah satu baju rekaan Datin Lynda Rahim


Aku paling suka dengan baju pengantin ala jubah ni


Ini pun cantik jugak ~ not bad


Aku bersama salah satu baju yang pernah dipakai oleh Serena Chef Wan
Gambar persandingan serena boleh tengok SINI

(picture credit to Datin Lynda Facebook)
Barisan model (peserta kat situ jugak) yang berpeluang memakai baju Datin Lynda Rahim


Dan yang paling best adalah acara makan-makan (lunch/bufet)
Nama tempat tu Makan Kitchen
Apa lagi melantak la..
Nasi campur + assorted of kerabu + air longan (milk booster nih)


Aku try makan dumpling (menu org cina tu)
Sedap jugak la. Tapi sebab dah kenyang aku makan sebelah jer


Environment sepanjang workshop tu berlangsung


I'm the lucky person that day
Hadiah cabutan bertuah berupa produk Lancome bernilai RM250


Me with my lovely sista Fiza..


Last but not least..
Pumping of dat day..awesome

See guys tak rugi attend workshop sebegini coz uolls akan dapat goodies bag
+
produk berjenama mewah yang korang tak mampu miliki sebelum ni

Have a nice day!




(sory to my opismate ina and nadia coz x ajak huhu takut korang tak interest)

Thursday 2 June 2011

Cerita Tentang Susu Ibu


Minggu ini adalah minggu ke-2 aku bekerja setelah sekembalinya aku dari meternity leave
Gambar diatas adalah hasil pumping pagi tadi
Bolehlah..taklah meriah sangat macam orang lain
Tetap bersyukur..


Dan ini pulak adalah stok sehingga pertengahan bulan Mei lalu
Aku tak kira lagi jumlah ebm bulan mei ni
Asal dapat je hasilnya terus letak dalam deep freezer ni
Stok beku ni masih tak terusik pun
Aku bekalkan Zulfaa yang fresh saja setiap hari
InsyaAllah mungkin sampai umurnya 6 bulan.


Moment bonding dengan adik Zulfaa sangat indah
Bila dia dah tido aku pun turut tertido ~ hiks 


Mode: Nak pegi lunch dgn en somi jap papai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails