Pages

Friday 19 August 2011

Ajaibnya Tangan Ibu..


Google
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Doa Hari ke - 19


Doa hari kesembilan belas : 

Ya Allah, penuhkanlah bahagianku dengan keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan.Jangan Kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran

Friday 12 August 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran




Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)   Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.         


Jom sama2 kita belajar...   Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?   Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182   Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442   Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...    

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 

*Jumpa note ini dalam page lain & dikongsikan dalam note page ini

Tuesday 9 August 2011

Breastfeeding Flash Mob di KLCC


Aku sememangnya ketinggalan keretapi betul!!
Semalam aku tengok jugak gambar-gambar ni banyak post kat FB
Tapi aku still tak tau apa sebenarnya tujuan mereka ni buat perhimpunan kat luar KLCC tu
Aku ingatkan sempena Worlds Breastffeding Week
Rupa-rupanya sempena Perhimpunan Ibu Menyusu yang
 menyuarakan ketidakpuasan hati mereka
terhadap pengurusan KLCC yang tidak membenarkan 
ibu-ibu menyusu secara terbuka di kawasan KLCC
Ini adalah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak KLCC tersebut

Tak semena-mena aku yang menulis ni pun turut teruja dan berkobar-kobar
Kalaulah aku berada di KLCC hari tu haih!


Bukan itu saja, pihak managment KLCC juga tidak membenarkan 
ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka di dalam surau.
Malahan 'mak guard' di sediakan untuk memantau ibu yang menyalahgunakan 
polisi yang sedia ada.
Di tambah lagi seorang pengunjung KLCC yg ingin mengepam turut 
dihalang daripada berbuat demikian
Cerita selanjut DISINI

Pelik tapi benar!

Oleh yang demikian, Flashmob ini diadakan bertujuan untuk memprotes
ketidakadilan pihak managment KLCC yang seolah-olah menzalimi hak 
ibu menyusu di negara ini.


Pihak managment juga menegaskan bahawa mereka sudah
menyediakan baby room bagi memudahkan ibu menyusukan anak mereka
Walau bagaimanapun, bilik yang sedia ada itu tidak mencukupi untuk
menampung keperluan ibu yang menyusu
Dan mengikut satu sumber ni
bilik itu perlu DIBAYAR!

Apa Kesss???

Takkan nak menyusukan anak atau mengepam dalam tandas kot!!
Kalau kita perhatikan di negara barat
menyusu anak dikhalayak ramai (terbuka) sudah menjadi satu trend
di negara mereka

Tapi di Malaysia
tentulah norma-norma atau etika itu
masih di patuhi dengan tidak menampakkan bahagian 
yang tidak sepatutnya bukan??


Nah!!
Mari saja kita lihat gambar diatas
seorang pak guard meng'sound' seorang videografer dari RTM
daripada melakukan sebarang bentuk penyiaran.

Nak sound gov punya channel!
Silap la beb..

Yang bestnya perhimpunan ini berjaya
mengumpulkan lebih kurang 100 ibu menyusu!
Semoga penyusuan susuibu mendapat tempat dikalangan
kita masyarakat malaysia

I'm proud to Breastfeed my daugther!

Jom kita join Flash Mob v2.0 tahun depan

Tuesday 2 August 2011

Fuuhhh..Nasib Baik!

Minggu lepas adalah minggu pening kepala sedunia
Dah beberapa hari aku mengalami pening kepala yang amat sangat
Tambahan pula aku mengadap PC seharian

Ditambah pulak lagi "sahabat baik" aku tak muncul2 walhal zulfa dah 5 bulan
Masa zara hari tu time dia 4 bulan "sahabat baik" aku datang dah.
Kali ni tak tau pulak bila dia nak melawatnya

Aku pun takut jugaklah kot-kot melekat lagi
Ohh..tidak terus aku fikir yg bukan2..sudah..
Si Zulfaa baru jer 5 bulan
Aku target nak menyusukan dia sampai 2 tahun

Zass terus pegi beli pregnancy test ngeh..ngeh..
Berdebar gak nak tengok result dia

Haha..nasib baik -ve


Bukan menolak rezeki
Tapi biarlah zara dan zulfa besar sket dulu
Aku nak tumpukan sepenuh perhatian pada mereka dulu
Beri kasih sayang yang secukupnya


Dan yang penting BF Zulfa until she's 2 years InsyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails