Pages

Friday 18 May 2012

Untuk Anak-Anak Yang Susah Nak Makan


Since Zara susah nak makan sejak akhir-akhir ni. 
Cara hidangan di atas sangat sesuai untuk budak-budak yang susah nak makan kan
Sangat Kreatif...

Thursday 10 May 2012

Pre-Loved Item to Let Go (Designer Handbag)


Siapa masih ingat entry aku pasal handbag ni
Aku nak let go handbag Coach yang baru aku beli bulan Nov 2011
Aku beli bag ni masa mula2 design ni keluar
Yang semestinya ia adalah original dan bukan fake
Alasan nak jual - Nak beli design yang terbaru :-)
Pembelian beserta sekali dengan paper bag dan care card coach.

Info:
Coach madison op art sateen abigail shoulder bag
Op Art sateen fabric with leather trim
Zip-top closure, fabric lining
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Handles with 8 3/4″ drop

11 3/4″ (L) x 12 1/4″ (H) x 5″ (W)

Baru guna 3 kali
Harga masa beli - RM 1500
Harga di Malaysia (sekarang) - RM 1800
Harga nak jual - RM 790 (blh 3x installment)
RM 690 (full payment required)

Tiada sebarang kecacatan dikenalpasti 
Bag seakan-akan baru kerana aku begitu teliti menjaganya.
Aku boleh COD jika pembeli dari area 
Putrajaya, Bangi, Seri Kembangan dan sekitarnya

Boleh hubungi aku di 012-2925569
 email syzwn_nr@yahoo.com
atau tinggalkan comment dibawah
PM di FB pun boleh juga

Saturday 5 May 2012

Baju Pre Raya

Dua bulan lagi nak pose tapi aku sibuk buat persiapan raya. Baju raya anak-anak aku beli ansur-ansur dr skrg.


Kelmarin ada JCard kat Jusco Cheras Selatan. Sambar blouse Poney design terbaru dan kemeja Padini utk budak gegirl punya. Dah lama aim. 4 helai baju budak kecik cmni je kat RM180.


Pastu nak puaskan hati aku beli baju utk aku sehelai. Dah lama x merasa pakai baju saiz M. Hmm..paham2 je lah ya. Ada 3 bln lg sebelum nak melaram baju raya nih. Kena gandakan usaha. Harap berjaya..


#korang dah mula buat persiapan raya ke?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 2 May 2012

Masak Apa Hari Ni?

Dah dapat idea nak masak apa untuk anak-anak aku pagi besok.
Sekarang ni, setiap pagi aku masak untuk bekal anak2 aku
 Walaupun pengasuh doarang ada sediakan makanan,
aku cuba juga bagi dorang makan hasil air tangan aku muahahaha..


Hari ni aku rajin blogwalking umah orang
Jalan-jalan jumpa resepi ini
Brokoli Campur Tauhu Jepun (Egg Tofu)

Jom kita tengok resepi dia

Bahan-bahan :
  • Beberapa kuntum brokoli
  • 1 ketul tauhu jepun (dipotong 8 dan digoreng sehingga kekuningan)
  • 5-6 ekor udang (dibuang kulit & dibuang urat belakangnye)
  • 1-2 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1/2 batang carrot
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air (untuk pekatkan kuah)
  • garam secukup rasa atau 1/2 kiub ayam 'maggi'
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit air untuk kuah
Caranya :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang & sotong. Goreng sekejap.
  4. Masukkan carrot dan tuangkan sedikit air.
  5. Kemudian masukkan sos tiram & kiub ayam/garam. Biarkan seketika.
  6. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
  7. Kemudian masukkan brokoli, seterusnya tuangkan bancuhan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah pekat. Dah siap..jom makan!!

*Brokoli tak perlu lama2 dimasak nanti layu tak sedap & khasiat kurang.

Resepi ni aku tak jumpa la dalam 1 hari 1 resepi tu. Ke aku yang tak khatam baca lagi??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails