Pages

Tuesday 31 July 2012

Wishlist Untuk Anniversary

Salam rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Jadi, ini bermakna bulan Julai akan melabuhkan tirainya, dan bulan kegembiraan dan kebahagian akan menjelma pula. Kenapa pulak gembira dan bahagia ya?? Sebabnya, aku dah tak sabar nak beraya dan yang paling penting Anniversary ke-4 aku jatuh pada bulan Ogos ni juga.

Dalam kepala ni sebenarnya dok 'aim' satu benda alah ni haha..

Mai sini rapat-rapat aku nak citer. Lagi beberapa minggu nak raya orang sana sini sibuk la menempah biskut raya, buat kuih, kek, pavlova, muffin macam-macam lagi lah kan. Yang aku pulak beberapa minggu sebelum nak puasa sibuk dok mencari kek untuk birthday party zara. Sampaila aku gugel resepi Red Velvet Cake (RVC) dan siap tonton rancangannya lagi kat Joy Of Baking. Aku rasa macam senang giler nak buat. Lagi pun aku suka sangat RVC nih


Lapas nonton tu, macam ada satu perasaan yang membuak-buak untuk aku try resepi RVC tu. Tetapi itu semua hanyalah mimpi sebabnya aku tidak mempunyai oven, mixer dan kelengkapan pelbagai untuk aku buat kek ni. Kesian aku kan..Jadinya nak baking apa pun terbantutlah. 

Oleh sabab bulan cinta jatuh pada bulan ni, aku menjadikan alat mixer yang diberi nama Kitchen Aid Artisan Stand Mixer sebagai hadiah wajib yang perlu diberi oleh Mr. Hubby kat aku haha..(gelak jahat). Tak pun aku akan jadikan ia sebagai wishlist aku tahun ni (wishlist lagi..) Melampau tak permintaan aku. Jom layan gambar dulu. Aku rasa korang pun mesti jadi gila sebab mixer dia hadir dalam pelbagai warna.


Maka jadinya, aku akan jadi lebih meroyan bila dapat mixer yang berwarna purple ni. 
Oh tidaaakkk...(peminat setia pepel lah katakan)


Tak agak-agak nak mixer ala-ala Masterchef atau yang dah pro. Baru nak mula membakar tapi nak alat canggih (ayat dalam hati) Of coz la, bila semua dah lengkap barulah ada feel nak membakar haha..(gelak jahat lagi) Maka ini lah antara sebab aku terjatuh cinta secara tak sengaja dengan mixer ni. Kepada pencinta makanan, masakan ataupun baker handalan mereka tentu dah tau alat ajaib ni kan.

Tapi kan..tapi kan.. rege menatang ni RM2800 *gulp~* (telan air liur..) botak kepala laki aku muahahaha..

Bukan tu saja..
Bila dah ada mixer kena lah ada oven nya. Kalau tak aku nak membakar dalam apa.
Maka sekali lagi Kitchen Aid menjadi pilihan aku dalam merealisasikan impian aku menjadi Masterchef terkenal suatu hari nanti.
*Verangan tak sudah~*

Bolehla bang...
(sambil melentukkan kepala kat bahu dia agagaga..)

Wednesday 25 July 2012

World Breastfeeding Week 2012 - "“Life & Style: Breastfeeding – Health & Wellbeing by Y.A.Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah"

Assalammualaikum dan Selamat Berpuasa semua.


Sempena Minggu Penyusuan Susuibu Sedunia 2012 yang disambut diseluruh dunia setiap tahun
dari 1 Ogos hingga 7 Ogos, Pihak Jawatankuasa Tanjung Managmenet Services akan menganjurkan satu talk/syarahan/kuliah yang disampaikan oleh YA Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah yang bertajuk:

“Life & Style: Breastfeeding-Health & Wellbeing 2012 Programme” 

Butir-butir program adalah seperti berikut:
Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana Auditorium, No 1, Jalan P8H, Precinct 8, Putrajaya
Tarikh: 6 Ogos 2012 (Isnin) cuti umum bagi Selangor (Nuzul al-Quran)
Masa: 8:00 am - 13:00 pm

Bersempena dengan talk/syarahan/kuliah tersebut,
the National Lactation Centre, Hospital Selayang akan manganjurkan satu pameran dan
kaunseling penyusuan serta mengedarkan bahan-bahan yang menggalakkan
penyusuan susuibu kepada semua peserta.

Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM20 per pax

Tempoh 200 pertama yang berdaftar akan mendapat beberapa hadiah percuma
 * 1 Silver Bird Fruit Cake slice,
 * 1 High5 High Grain WholeMeal loaf,
 * 1 Fenugreek bottle and 35% discount voucher from GNC Live Well,
 * 1 RM50 Tanamera pre and post natal care gift voucher.

Boleh refer link ini


This event is organised by (WABA) Dato' Dr Anwar Fazal's son,
Mr Aslam Fazal.

Jadi orang selangor yang bercuti pada hari tersebut boleh sama-sama menyertai program ini
Saya yang keje kat Putrajaya pun akan pergi. Lagi pun setengah hari je kan
Mari kita sama-sama memartabatkan penyusuan susuibu.

(*nak goodie bag tu, espacially fenugreek bottle mahai tu weh kalau beli sendrik, milk booster tu mana tau sesuwei ntuk korang)

Thursday 19 July 2012

Zara is 3!


Today is 19th July 2012
It is my daughter birthday
Zahra Soffea Binti Zarmaizam
is 3 now!

Happy 3rd Birthday Zara!
Ibu Love U So Much sayang

Friday 6 July 2012

Bag Untuk Hari Raya (Pre Loved Item To Let Go)


Anda masih tercari-cari bag untuk hari raya?
Saya ada berita baik untuk anda!

Designer Handbag untuk di let go dengan harga yang murah
Brand : Coach (Authentic)
Specification : Coach Kristin Chainlink Metallic Jacquard Hobo
#18295
Colour ~ Black
Approx measure : 13.25" (L) x 3.5" (W)
Handle : 10" drop

Bag ni boleh adjust sangkut di bahu atau sling

Baru guna SEKALI sahaja
Beli pada bulan bulan Feb tahun ni
Sebab nak let go:
Dah ada designer handbag (sling) yang lain 
Harga Beli : RM 690
Nak Let Go: RM 620
Comes with dustbag and care card

Boleh Installment 2 times

Boleh COD jika pembeli di area Putrajaya, Seri Kembangan & Bangi
Maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 
012 - 2925569
atau email : syzwn_nr@yahoo.com


See.. keadaan bag masih sangat baik dan tip top!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails