Pages

Tuesday 22 January 2013

Zulfa Reject EBM..

Entri kali ini adalah yang agak sedih buatku huhu..
Nampak gayanya, azam tahun ini nak 
sempurnakan PSI tanpa susu formula tak tercapai

Kalau dihitung dan dikira bermula dari hari ini
ada 31 hari sahaja lagi Zulfa akan berumur 2 tahun
Sedih rasanya bila Zulfa dah totally reject EBM. 
Lebih kurang ada lagi 2 - 3 bungkus yang tak berusik
Mungkin dalam bulan 5 dan 6 2012.

Aku dah perasan beberapa minggu yang lepas,
Walaupun aku bekalkan Zulfa 2 botol EBM frozen
hanya satu jer yang habis.
Jadi, aku menganggap bahawa demand Zulfa
terhadap ebm semakin berkurang.
Mungkin dia lebih banyak makan dan minum air masak 
dari minum susu yang ku bekalkan.

Tak tau dimana silapnya, 
Tapi Zulfa selalu 'mencuri-curi ' minum susu Qaseh
(pengasuh dia jaga sorang lagi)
Dah agak sedap rasanya sebab perisa coklat
sedikit demi sedikit Zulfa reject ebm aku
Sedihnya..

Dah target dan yakin aku akan berjaya
Nampaknya kuasa Allah melebihi segalanya
Kita merancang hanya Allah jua yang menentukan
Kalian agak ada harapan lagi tak?
Since aku pun dah tak mengepam
(sebab dengan harapan Zulfa akan consume ebm frozen till dia 2 years)
rasa menyesal pulak tak bekalkan dia susu yang fresh hmmm..

Asal nampak jer cooler bag kat umah pengasuh tu
mesti dia cakap nanakkk..
Alahai Zulfa sebulan je lagi

Apa pun Zulfa genap 1 Tahun 11 Bulan hari ni,
rasa ralat sangat sebab dia dah campur susu lain
Tapi direct feeding tetap on kalau bersama..

#Dah mula nak fikir nak beli susu apa pulak, tambah satu lagi cost tiap-tiap bulan..

Thursday 17 January 2013

Jom Sihat Dan Cergas!

Tahun ni azam kan nak fit, sihat dan cergas
Insya Allah nak cuba luangkan masa
untuk aktiviti camni pulak

Jom guys!
Siapa nak join I!



Friday 11 January 2013

Taklimat Penyusuan Asas Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat
Alhamdulillah jika tiada aral melintang, 
Aku sedang merancana untuk membuat satu taklimat atau 'talk' tentang
 Penyusuan Asas Susu Ibu & Cara Penyimpanannya

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada ibu-ibu mengandung di sekitar pejabat di blok aku ini
Memandangkan ada permintaan di kalangan kawan-kawan aku disini
Aku akan cuba untuk membantu 
ibu-ibu menimba ilmu tentang PSI sedalam mana yang boleh.

Jadi, untuk tujuan ini,
Aku akan menjemput rakan dari PC/MBfPC Group
untuk menyampaikan 'talk' tersebut

Tentatif program akan dimaklumkan kemudian 
Mungkin dalam seminggu dua lagi
Sesiapa yang ingin join boleh tinggalkan comment di bawah 

Tuesday 8 January 2013

Happy Birthday To Me..


Semalam aku genap 28 tahun..
Happy Belated To Me

10 tahun yang lepas aku sekolah lagi di Form 6
10 tahun sekarang ni aku dah beranak 2
10 tahun akan datang anak-anak semua dah besar panjang

Syukur Alhamdulillah itu saja yang mampu aku ucapkan
Hadiah dari Mr. Hubby postpone lagi
(Bila la nak dapat time birthday betul-betul ni hehe)

Terima kasih kawan-kawan opis yang wish dan nyanyikan 
untuk aku semalam terharu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails