Pages

Tuesday, 9 February 2010

Hari Kesihatan Warga Program Perubatan Blok E1 KKM

Hari ini dan semalam, blok di mana tempat ku bekerja telah melancarkan Hari Warga Kesihatan untuk pekerjanya. Aku apa lagi tak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Almaklumlah selepas 6 bulan bersalin badan maintain jer lepas habis pantang hari tu. Tak turun-turun pun kg nya hikhikhik...Antara ativiti yg dijalankan adalah :

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Konsultansi Kesihatan
  • Konsultansi Penjagaan Oral/Gigi
  • Konsultansi Pemakanan
  • Konsultansi ' Quit Smoking'
  • Ujian Mengenal Personaliti Diri
  • Pemeriksaan Pap Smear dan Payudara (Nih aku paling suko xyah buat appoinment & beratur panjang)
  • Derma Darah (Tak boleh derma sebab menyusu badan )
  • Pameran Kesihatan


Nampak tak aku disitu yg dah gumukkss haha.. Kami bergambar dulu sebelum nak gi wat checkup. Lagipun kami sumer nih memang kaki bergambar huhuhu..


U olls tahu apa aku tengah buat tu? ha tula alat untuk check lemak dalam badan kita.Bagi perempuan peratusan lemak dalam badan tak boleh melebihi 30%. Kalau lebih maknanya seseorang tu boleh berisiko ke tahap obes. Manakala lelaki pulak adalah 20%. Aku pulak?? Hahaha.. 33.7% memang SANGAT BERISIKO, takutnyaa pas ni kena diettt.


Yang ni pula adalah sesi pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Setelah diperiksa didapati bacaan gula aku adalah 7.0 mmol/L. (paginya dah minum air milo tu yg bacaan sampai 7 tu) Bagi yang berpuasa, bacaan yg >6.0 mmol/L adalah berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis, manakala bagi yg tidak berpuasa bacaannya adalah >8.0 mmol/L.

Di bawah adalah hasil keputusan pemeriksaan kesihatanku

Berat (kg) - 59.0 (dulu debelum kawin beratku 53kg sajerr)
Tinggi (m) - 157.5
BMI - 23.8
Peratusan Lemak Dalam Badan - 33.7% (19.9kg)
Tekanan Darah (mmHg) - 107/67
Kandungan Gula Dalam Darah (mmol L) - 7.0

Last but not least, kurangkan gula dalam badan kita kerana mengikut kajian, rakyat malaysia adalah pengguna gula ke 8 tertinggi di dunia. Jadi mencegah adalah lebih baik dari berubat ya kawan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails