Pages

Tuesday, 15 March 2011

Demam Sewaktu Melahirkan Zulfaa..

21 Februari 2011
Ambil cuti emergency sebab zara demam. Menjelang tengahari demam zara dah beransur pulih dan kebah. Manakala aku pulak yang rasa tak sedap badan. Satu badan lenguh sana sini. En Somi halfday hari tu dan bawa balik lunch untuk kami. Dia pun mengadu rasa tak sihat, pening dan loya nak muntah, Bukan apa en somi ni suspect ada batu karang. Lepas zara demam kitaorang plak yg demam.

Menjelang malam, badan aku semakin lemah. Bila baring susah betul nak bangun balik. Kaki lenguh yang teramat sangat. Zara cranky bila bersama kami. Kalau dengan pengasuh baik pulak perangainya,dan kesakitanku bertambah memuncak (padahal lenguh kaki jer) menjelang tengah malam sampaila ke subuh. Aku langsung tak boleh lelapkan mata. (ditambah dengan kerisauan yg aku dah overdue dan terpaksa ke hospital 23/2, takut kena operate atau induce dan macam2 lg la). Selain tu aku mengalami cirit birit sebanyak 4 kali dan juga muntah-muntah! So berakhir la satu malam aku tanpa lena diulit mimpi huhu...

22 Februari 2011
11.00 pagi
Aku nekad ambil MC. So kami decide untuk ke klinik. Lebih kurang pukul 11 kami ke klinik Jameaton yang merupakan klinik favourite aku kat Equine ni. Dr Jameaton adalah pakar dalam O&G ni.Setelah beberapa patient dirawat, maka tiba giliranku pula.

Dr. : "Nur Syazwani..Eh awak tak bersalin lagi? Dah lebih 8 hari ni"
Me: "Ha tulah dr.saya pun tak tau. Tapi kalau ikut EDD scan saya bersalin 22hb. Tak tau la kalau saya salah  kira last day period tu. Ni pun saya dtg sebab demam. Pastu badan semua lenguh2. Risau jugak kalau apa2 terjadi"
Dr. : "Takpe, kita check dulu. Ermm..awak memang demam, bacaan 38.5 tinggi jugak ni. Saya rasa awak kena pegi hospital jugak hari ni. Saya buat surat rujukan. Sebelum tu kita scan dulu tengok heart baby ok." 
Degupan jantung bayi agak laju sikit mungkin sebab awak demam. Baiklah saya akan bagi ubat antibiotik, batuk dan demam.
Me: "Ok dr. Terima Kasih"

On d way balik umah perasan aku dup dap dup dap..Yerla takut fikir terberanak hari tu jugak. So sampai umah, kemas barang zara apa yang patut sebab nak hantar umh pengasuh dia. Pas hantar zara aku ngn en somi lunch bersama. Pagi tu aku memang tak makan apa. Tapi kami takde selera pun nak makan. Makan sikit tu pun alas perut jer.

2.00 petang
Tiba di Hospital Putrajaya. Wad bersalin penuh! Aku tergumam. Aku nekad nak juga doktor periksa aku dulu. Setelah 1 jam menunggu dan 'beramah mesra' dgn nurse kat situ aku pun masuk untuk wat CTG. Aku memang tak suka betul buat CTG ni. Sekejap nurse suh aku mengereng ke kiri la pastu tegak balik pastu ke kiri balik, graf tak cantikla tak paham aku. Sampai la 2 JAM berikutnya barula doktor datang buat VE kat aku. So seluk punya seluk bukaan da pun 4 cm! Sumpah aku tak rasa sakit pun sebelum tu. Sampaila doktor tu pecahkan air ketuban aku. Aku seakan tidak percaya yang aku akan melahirkan Zulfaa hari tu juga. Da poo-poo apa semua aku terus ke LR.

5.30 petang
Saat ini barulah kontraksi sebenar dirasai. Selang 5 minit sekali. Kali ini aku cuba untuk tidak mendapatkan suntikan epidural. Alhamdulillah berjaya. Aku cuma menggunakan gas entonox untuk mengawal rasa sakit di hujung2 kelahiran zulfaa tu. 2 jam selepas tu barula en somi dibenarkan masuk untuk menemaniku. Sempat jua aku memohon maaf padanya dan menghalalkan makan minumku.

7.30 malam
Kini kontraksi selang semint dua. Sakitnya tak terucap dengan kata-kata. Sampailah satu saat tu akan seakan mahu meneran. Aku sempat menyuruh en somi untuk memanggil nurse. Tapi en somi seakan kaku melihat kesakitanku.  Dan akhirnya aku sendiri menjerit memanggil doktor. Jadi dengan keadaan aku yang demam aku mengumpul seluruh tenaga untuk meneran. Aku sempat dimarahi nurse kerana meneran dengan membuka mulut. Dan setelah 4 kali teran maka lahirlah Zulfaa Safiya pada pukul 8.16 malam tu. Alhamdulillah segalanya      
dipermudahkan. Kami berjaya skin to skin. Proses jahitan kali ini pun tidak sesakit dulu. Sempat sms kawan2 lagi huhu..

Disebabkan wad bersalin penuh, jadi aku dan seorang ibu lagi menumpang di labour room sahaja. Tiada rakan taulan yang dibenarkan melawat sehinggalah kami dibenarkan pulang. Sedih tau! Jangan lupa tunggu next entri di mana zulfaa terpaksa dimasukkan ke NICU sejurus selepas kelahirannya

Zulfaa Safiya binti Zarmaizam
3.57 kg

1 comment:

Rosejaja said...

Alhamdulillah.....semuanya dah selamat..akak ni jer tak selamat lagi niii.....Anyway selamat berpantang yea....jgn lupa kita kan nak pasang badan lepas naik kijer nanti....Kau dah G Spa ker????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails