19hb Julai 2011
Hari ni genap anak ibu 2 tahun
Pengalaman melahirkan zara masih segar diingatan ibu hingga kini
Hampir 8 jam duduk dalam labour room
menuggu saat si kecil dilahirkan
Kini dia sudah besar
kalau boleh segala-galanya mahu di buat sendiri
pakai baju sendiri
pakai seluar sendiri
dan kini mampu menyarung selipar sendiri
Tetapi satu yang dikesalkan sehingga kini
Satu perkara yang sangat ibu ralatkan
Ibu gagal menyusukan zara sehingga 2 tahun
maafkan ibu sayang
Ibu dah cuba buat yg terbaik buat mu nak
Namun jangka masa menyusukanmu sementara ibu
mengandungkan adikmu
adalah kejayaan terbesar buat ibu
Ibu sangat berbangga..
Oleh itu wahai anakku
berbaiklah kamu dengan adik mu kelak
sayangilah dia sebagaimana ibu menyayangimu
kasihilah dia sebagaimana ibu mengasihimu..
Kerna kamu berkongsi rasa yang sama
susu ibu mu..
Selamat Hari Ulangtahun yang ke-2 sayang..
Ibu mendoakan agar kamu peroleh keberkatan di dunia mahupun di akhirat kelak
Salam peluk cium dari ibu mu...
4 comments:
Salam menyambut hari kelahiran Zara..moga dirimu menjadi anak yang solehah...sentiasa menggembirakan hati ibubapa..pelindung untuk adikmu..buat ibu..me pun sedang mengalami apa yang ibu rasakan tapi perjuanagan misi penyusuan tetap diteruskan...selgi nyawa dikandung badan..InsyaAllah..
selamat ulang tahun Zahra
Happy Besday Zara
happy b"day zara...moga jd anak yg solehah..;)
Post a Comment