Pages

Monday 27 February 2012

He's 33 Today!


Hari ni entry perlu di publish juga even hati aku sedih ..
sedih la gambar ebm aku yang lelama tu tak dapat nak tengok balik

By the way, Happy Birthday Abang..
Moga Allah  murahkan rezeki abang dan keluarga kita
Dipanjangkan umur dan ceria selalu.
Love u always <3 <3

*Kalau ada rezeki lebih boleh sambut birthday dengan adik sekali

Sunday 26 February 2012

Under Construction!

Blog saya under construction. Gambar2 yang dipublish sebelum ini telah terdelete dgn tidak sengaja. Ini disebabkan saya meng'download google + dan ianya telah di link kan ke akaun blog saya. Oleh itu semua gambar blog yg ada dalam handphone saya ni telah saya delete kannya tanpa rasa bersalah..

(ingtkan xde apa2 effect kat blog)


lebih kurang 300 gambar hilang!


apa yg saya perlu lakukan?

saya masih sayangkan blog saya ni


ada sesiapa tahu cara nak kembalikan blk gambar2 tu semua?


need ur help n advice..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 23 February 2012

Faris Sudah Menjadi Penghuni Syurga..Al-Fatihah


Saya mengetahui berita ini lebih kurang pukul 11.30 pagi tadi 
ketika berada di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. 
Sungguh..saya begitu terkejut, riak muka saya terus berubah. 
Hiba dan sayu rasanya..

Adik Faris menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 10.18 pagi tadi. 
Sesungguhnya Allah amat menyayangi beliau. 
Takziah buat keluarga Allahyarham adik Faris. 
Semoga mereka tabah mengharungi dugaan ini.  

Cerita selanjutnya dari Blog Mazidul

Perginya adik Faris, bermakna tamatlah jua
segala kesakitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh adik Faris
Walaupun saya tak pernah merasai bagaimana rasanya
rawatan kimoterapi tapi saya pasti rawatan yang dijalani
amatlah menyakitkan.

Oleh yang demikian, untuk menghormati keluarga arwah adik Faris
saya akan keluarkan gambar arwah adik Faris yang pernah saya paparkan 

Damailah kamu disana sayang..
Kami semua akan tetap mengingatimu
Al-Fatihah..

Wednesday 22 February 2012

Happy 1st Birthday Zulfaa Safiya..

Syukur Alhamdulillah..
Kerna apa?
Kerana Allah mengizinkan aku untuk melihat perkembangan Zulfa sehingga kini
Ya sehingga kini..
Sehingga ke hari ini..
1 TAHUN
Selamat Ulang Tahun Tahun anak ibu
Happy 1st Birthday Zulfaa sayang


Dan dengan secara rasminnya aku telah 
menyempurnakan penyusuan sepenuhya selama setahun
terhadap Zulfa
Terlalu istimewa moment penyusuan ini
Hanya ibu yang menyusukan sahaja tau perasaan ini kan..


Dan sempena ulang tahun kelahiran pertama Zulfa ini
Aku hadiahkan korang video di mana Zulfa baru berusia 2 hari
Masa ni Zulfa masih lagi berada dalam NICU putrajaya
disebabkan blood infection.
Sebelum ni video ini adalah simpanan peribadi
Jadi aku paparkan disini supaya Zulfa boleh lihat bila dia besar nanti


(sila teleng kan kepala anda apabila melihat video si comel ini atau pun tegakkan monitor masing2 hihi..)

Harapanku agar Zulfa menjadi anak yang solehah
mencakupi semua sifat Mahmudah yang ada dalam diri
Dan menghindari semua sifat Mazmumah
Pohonku agar,
Allah memberiku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik 
anugerah dan kurniaanNya ni..

Monday 20 February 2012

Bantulah Adik Faris Nur Daniel

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan nasib adik Faris Nur Daniel
Atas dasar simpati dan hubungan kasih sesama manusia saya cuba
paparkan cerita beliau yang kini bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan.

Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun kini bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen
selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) 
iaitu sejenis Kanser Darah

Sungguh hati saya berasa amat pilu apabila melihat gambar Faris yang terkini.
Tentunya saya terus terkenangkan Zara dan Zulfa yang berada di rumah

Adik Faris yang kini mendapatkan rawatan di SJMC amat memerlukan bantuan kita.
Setakat ini RM16,800 berjaya dikumpul. Keluarganya memerlukan lebih kurang RM30,000 lagi
untuk menampung rawatan adik Faris selama 19 hari disana.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan meringankan beban
tidak kiralah sama ada berbentuk wang tunai atau sokongan moral

Sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank milik ayah Faris:

Akaun Maybank En Shamrulismawi Ismail 
1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738

Cerita selanjutnya dari Blog Mazidul Akmal

Anda juga boleh menyampaikan kata-kata semangat di FB En. Shamrulismawi Ismail

Harapan dan doa saya agar adik Faris cepat sembuh dan
 dapat menjalani kehidupan yang normal seperti dulu bersama keluarganya tercinta

(saya mengikuti cerita beliau sejak Jumaat lepas. 
Dan sejak itu hari-hari saya mengunjungi FB ayah Faris 
untuk mendapatkan maklumat terkini tentang adik Faris..)

Friday 17 February 2012

What A Busy Month

Salam Jumaat semua..
Rasa rindu nak ber'blog' semula.
Kekangan waktu membataskan aku untuk menaip semula.
Dengan kerja hakiki di pejabat.
Ditambah pula dengan pelaksanaan 5S yang bakal di lancarkan 
tak lama lagi.
Masing-masing sibuk..

Berita gembira nak dikongsi bersama..
Alhamdulillah..
Zulfa dah mula berjalan 
Bertatih, jalan setapak-setapak
Comel sangat hehe...

Minggu depan Zulfa dah masuk setahun 
Sekejap sungguh rasanya!
Makin gebu anak ibu nih
Suka makanlah katakan

Ok I just counting to the next vacation 
Tak sabar rasanya nak bercuti
Hip hip horay!!!

Saturday 4 February 2012

Tak Sihat..

 

Zulfa tak berapa sihat beberapa hari ni. Batuk selsema. Hari-hari dia tido awal. Nak-nak kalau tak sihat ni. Nak tidokan dia cukupla senang. Setiap malam Zulfa akan tido dalam lingkungan pukul 8-9. Tapi dengan syarat lampu kena tutup la. Baring je aku (utk dia 'menyandu') tak lama lepas tu lelap la dia. Sbb tu aku tak berapa sgt nak jenjalan malam bawa zulfa ni. Dia cepat merengek. Takda feel dah agaknya..


*zara pun x sihat. batuk dia agak teruk. klw la dia nak BF ngn aku lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails