Pages

Monday 20 February 2012

Bantulah Adik Faris Nur Daniel

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan nasib adik Faris Nur Daniel
Atas dasar simpati dan hubungan kasih sesama manusia saya cuba
paparkan cerita beliau yang kini bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan.

Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun kini bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen
selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) 
iaitu sejenis Kanser Darah

Sungguh hati saya berasa amat pilu apabila melihat gambar Faris yang terkini.
Tentunya saya terus terkenangkan Zara dan Zulfa yang berada di rumah

Adik Faris yang kini mendapatkan rawatan di SJMC amat memerlukan bantuan kita.
Setakat ini RM16,800 berjaya dikumpul. Keluarganya memerlukan lebih kurang RM30,000 lagi
untuk menampung rawatan adik Faris selama 19 hari disana.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan meringankan beban
tidak kiralah sama ada berbentuk wang tunai atau sokongan moral

Sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank milik ayah Faris:

Akaun Maybank En Shamrulismawi Ismail 
1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738

Cerita selanjutnya dari Blog Mazidul Akmal

Anda juga boleh menyampaikan kata-kata semangat di FB En. Shamrulismawi Ismail

Harapan dan doa saya agar adik Faris cepat sembuh dan
 dapat menjalani kehidupan yang normal seperti dulu bersama keluarganya tercinta

(saya mengikuti cerita beliau sejak Jumaat lepas. 
Dan sejak itu hari-hari saya mengunjungi FB ayah Faris 
untuk mendapatkan maklumat terkini tentang adik Faris..)

2 comments:

Nora Karim said...

Doa saya pada adik Faris tak pernah putus.... InsyaAllah sehingga dia kembali sihat!

Anonymous said...

Adik Faris telah meninggal dunia pagi tadi... Al-Fatihah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails