Pages

Tuesday 31 July 2012

Wishlist Untuk Anniversary

Salam rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Jadi, ini bermakna bulan Julai akan melabuhkan tirainya, dan bulan kegembiraan dan kebahagian akan menjelma pula. Kenapa pulak gembira dan bahagia ya?? Sebabnya, aku dah tak sabar nak beraya dan yang paling penting Anniversary ke-4 aku jatuh pada bulan Ogos ni juga.

Dalam kepala ni sebenarnya dok 'aim' satu benda alah ni haha..

Mai sini rapat-rapat aku nak citer. Lagi beberapa minggu nak raya orang sana sini sibuk la menempah biskut raya, buat kuih, kek, pavlova, muffin macam-macam lagi lah kan. Yang aku pulak beberapa minggu sebelum nak puasa sibuk dok mencari kek untuk birthday party zara. Sampaila aku gugel resepi Red Velvet Cake (RVC) dan siap tonton rancangannya lagi kat Joy Of Baking. Aku rasa macam senang giler nak buat. Lagi pun aku suka sangat RVC nih


Lapas nonton tu, macam ada satu perasaan yang membuak-buak untuk aku try resepi RVC tu. Tetapi itu semua hanyalah mimpi sebabnya aku tidak mempunyai oven, mixer dan kelengkapan pelbagai untuk aku buat kek ni. Kesian aku kan..Jadinya nak baking apa pun terbantutlah. 

Oleh sabab bulan cinta jatuh pada bulan ni, aku menjadikan alat mixer yang diberi nama Kitchen Aid Artisan Stand Mixer sebagai hadiah wajib yang perlu diberi oleh Mr. Hubby kat aku haha..(gelak jahat). Tak pun aku akan jadikan ia sebagai wishlist aku tahun ni (wishlist lagi..) Melampau tak permintaan aku. Jom layan gambar dulu. Aku rasa korang pun mesti jadi gila sebab mixer dia hadir dalam pelbagai warna.


Maka jadinya, aku akan jadi lebih meroyan bila dapat mixer yang berwarna purple ni. 
Oh tidaaakkk...(peminat setia pepel lah katakan)


Tak agak-agak nak mixer ala-ala Masterchef atau yang dah pro. Baru nak mula membakar tapi nak alat canggih (ayat dalam hati) Of coz la, bila semua dah lengkap barulah ada feel nak membakar haha..(gelak jahat lagi) Maka ini lah antara sebab aku terjatuh cinta secara tak sengaja dengan mixer ni. Kepada pencinta makanan, masakan ataupun baker handalan mereka tentu dah tau alat ajaib ni kan.

Tapi kan..tapi kan.. rege menatang ni RM2800 *gulp~* (telan air liur..) botak kepala laki aku muahahaha..

Bukan tu saja..
Bila dah ada mixer kena lah ada oven nya. Kalau tak aku nak membakar dalam apa.
Maka sekali lagi Kitchen Aid menjadi pilihan aku dalam merealisasikan impian aku menjadi Masterchef terkenal suatu hari nanti.
*Verangan tak sudah~*

Bolehla bang...
(sambil melentukkan kepala kat bahu dia agagaga..)

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

installment kan ade :)

Imaan09 said...

haha..semoga impian menjadi kenyataan.. barang kitchen aid tu rasanya semua org pompuan y suka masak nak..haha

mrs. wanie said...

@Mrs Eady - installment kat mana?

mrs. wanie said...

@Imaan09 - saya pun suka masak gak haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails