Pages

Friday 29 January 2016

Entri Pertama 2016

 Assalammualaikum semua
Setahun tak update blog
Last entry adalah Entri Terkahir 2014
Tup tup entri terbaru tahun 2016

Just nak update anak dara kesayanganku Zara dah masuk darjah 1
Bersekolah di sekolah lama ibu dia dulu :-)
Sekolah Kebangsaan Serdang
Sekarang generasi kedua pulak

Sekolah yang mula dibina pada tahun 1948 ini
telah mendapat status Jubli Perak/Emas kalau tak silap.
Zaman sebelum merdeka lagi dah ada.
Kalau perasan gambar bawah ini ianya masih mengekalkan konsep kayu
pada bangunan yang menempatkan perpustakaan disitu.

  Banyak sangat kenangan manis sekolah kat sini.
Dapat mewakili sekolah ke peringkat negeri dalam acara bola jaring.
Lepas tu mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling peringkat MSSD.
Kiranya dulu aku memang aktif sukan la.
 Gelagat Zara semasa hari pertama persekolahan.
Dah tentu ibu dia excited terlebih.
Persiapan sekolah ibarat nak sambut baby baru je kekdahnya

Setakat ni sekolah tak pernah ponteng lagi
Cumanya ada hari-hari dia agak malas bangun pagi
Minggu pertama je bangun segar bugar 
Dah masuk minggu seterusnya bangun pun macam kena paksa
 
Sekolah KAFA sebelah petang dekat sangat dengan rumah mak aku
Boleh jalan kaki je pun
Tapu selalu naik motor dengan abah aku

Duit belanja sebelah pagi aku bagi RM2
KAFA pulak RM1
Tak nak biasakan bagi duit banyak2
Kalau lebih pun takat RM3 sebelah pagi itupun kadang ada lebih
Lebihan tu masuk tabung
Aku dulu belanja Sek Keb 50 sen je
Naik sekolah menengah adalah RM1
Family susah.. jadi aku sangat menghargai duit

Jadi, harapan aku agar Zara menjadi anak yang solehah, bijak dan pandai
Serta cemerlang didunia mahupun diakhirat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails