Pages

Thursday 25 February 2010

Medela - Mini Electric

Inilah breastpump (BP) kesayangan ku hampir 5 bulan ni. Tapi ianya dah rosak uuwaaaaa.....
Suction dah tak kuat macam masa mula2 beli dulu. Time tu beli rasanya RM400++. Bagiku mahal wooo...Beli kat SOGO. Waktu tu nak beli tak tau nak beli jenis yang mana. yang ku tahu medela je dan budget dalam lingkungan RM500 gitula. Banyak jugakla jasanya kepada ku. Kini ku dalam proses nak beli Freestyle (FS) pulak dengan aishah hehehe..Nak buat spare kalau apa2 hal. BP ku yang rosak ni nak ku hantar pegi service nun kat ampang sana. Hari tu penah tanya kat MLO kot dorang boleh baiki, tapi mereka tak terima. Hanya BP yang dibeli kat kedai tu jer yang boleh di service. So sekarang ni apa lagi aku perah guna tangan jer la kat opis mahu pun di rumah. Dah 2 minggu tau aku guna manual jer hukhukhuk..Akan ku sentiasa happy2 walaupun perah guna tangan, dan yang penting jangan stress atau moody2 nanti production menurun lalalala. Ok happy breastfeeding kawan-kawan semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails