Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik zara dah genap 7 bulan hari ini. Sepanjang usia ini lah zara masih lagi menikmati susu ibu lagi. Ku mohon agar rezeki zara sentiasa ada. Susu ibu adalah hak zara dan aku akan sentiasa mengingatkan diri bahawa susu ku sentiasa ada, insyaallah.. Antara perkembangan zara yang boleh ku kongsikan adalah :
- meniarap dan berpusing satu tilam
- suka sangat bila di agah agah
- hisap jari habis berselemur mulut dengan air liur dia
- suka pada benda2 baru, penuh khusyuk kalau dia telek barang tersebut
- pantang nampak kertas atau surat khabar mulalah nak masukkan dalam mulut
- suka mandi, siap angkat2 kaki lagi
- dah mula mengenal orang, kalau orang yang dia tak kenal dan x biasa, nak dukung mulalah menangis
- bila berdukung, suka sangat memandang ke bawah tengok bayang2 orang berjalan.
- time tido asyik pusing kiri pusing kanan tapi mata tertutup.
- semenjak dah ada walker ni sume tempat dia nak explore
No comments:
Post a Comment