Kali ni punya entri nak cerita tentang susuibu. Mesti ada pelawat2 blog aku yang pelik, apahal minah ni excited menempek gambar susu banyak sgt kat entri2 sebelum ni. Kumpul2 pastu letak dalam fridge byk2. Hehe..mari sini acik nak cerito.
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu telah menggalakkan semua ibu menyusukan anak mereka secara penyusuan eksklusif selama 6 bulan hingga 2 tahun. Tapi, berapa ramaikah ibu yg mampu menyusukan anak sehingga umur 2 tahun? Lebih2 lagi ibu yg berkerjaya. (Macam aku hehe..) Mengikut perangkaan, sbyk 29% ibu2 di Malaysia mampu menyusukan anak secara eksklusif dan 11.4% ibu tidak pernah menyusukan anak mereka.
(sumber dari majalah rapi keluaran 15 Mac 2010 terbitan karangkraf)
Susu Awal Ibu
- Sebaik bayi dilahirkan, makanan yg sempurna utk bayi adalah susu awal ibu @ dikenali kolostrum yg berwarna kekuningan. Antara kebaikan susu awal ibu adalah:
- Mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran)
- Mencengah penyakit kuning (jaundis)
- Melindungi bayi dari jangkitan
- Alahan (susu ibu kaya dgn antibodi dan sel darah putih)
- Mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dgn vit A dan E)
- Mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus dan bertindak sbg imunisasi pertama utk menentang bakteria dan usus
- Jika bayi diberikan makanan lain sebelum diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan
- Mempunyai nutrisi yang lengkap
- Berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Contohnya, bg bayi yg dilahirkan pra matang, susu ibu amat sesuai utk perkembangan bayi kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan immunoglobin utk mencegah alahan dan jangkitan.
- Melindungi bayi drpd kolik, lelah, penyakit kulit, hidung, mengurangkan penyakit spt batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningtis dan cirit-birit.
- Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
- IQ bayi yg menyusu susu ibu adalah5.2 lebih tinggi drpd yg tidak menyusu susu ibu
- Merendahkan risiko barah payudara dan ovari
- Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
- Menjarakkan kehamilan
- Mempercepatkan pengurangan berat badan & mengempiskan perut
- Dan yg paling penting, mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu
Terbahagi kepada 2 iaitu:
- Susu Lembu
- Dari segi harga, jauh lebih murah berbanding susu soya. Kandungan zatnya diubahsuai sebaik mungkin utk menyamai khasiat susu ibu
- Manakala dari kandungan karbohidrat, protein dan lemak diubahsuai mengikut peringkat umur. Ada juga direka khas utk bayi pra matang
- Susu Soya
- Mengalami proses pengubahsuaian, ditambah dgn vitamin dan mineral
- Disarankan utk bayi yg mengalami masalah penghadaman atau alahan terhadap susu lembu
- Khasiat susu formula tidak sama dgn khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan diberikan spt Omega3, DHA, AA dan vitamin B12
- Tiada kajian khusus yg boleh menentukan kadar sebenar zat yg diperlukan oleh bayi. Zat2 tmbhn dlm susu formula turut memberi kesan sampingan spt sukar dihadam dan zat besi pula sukar diresap
- Bayi terdedah kpd pencemaran bakteria akibat air bancuhan dan peralatan botol yg tidak dibersihkan dgn sempurna
- Susu formula tidak mengandungi antibodi dan bayi lebih kerap mendapat penyakit seperti cirit birit, demam, selsema, batuk dan alahan.
- Jika susu formula dibancuh terlalu pekat atau cair boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu dan sesetengah bayi boleh mengalami kegemukan
Artikel ini ditulis bukanlah untuk meng'hantam' ibu2 yg menyusukan anak mereka dgn susu formula. Tetapi sekadar pengetahuan dan penambahan ilmu tentang kebaikan susu ibu yang ku amalkan sekarang ni. Tiada istilah 'susu tidak cukup'. Jika ibu kucing menyusukan anak kucing, kenapa tidak kita yang manusia ini meyusukan anak manusia? Memang benar pilihan ditangan anda tetap bukan kah anda boleh membuat pilihan yg terbaik untuk anak2 anda? Sedarilah bahawa susu ibu adalah hak mereka..
2 comments:
gambor bubu ngn dada pun ado skali....
mesti la ado. dada 'tendem nursing' tau sbb adik kecik ngn dia skali pun menyusu tu wahaaa...
Post a Comment