Pages

Monday, 19 April 2010

9 Months

Anak ibu genap 9 bulan dah hari ni. Pantas betul masa berlalu.. Malah perjuangan ku pun masih jauh nun disana. Bila target dah capai walaupun untuk stage yang pertama riak kepuasan tergmbar diwajah. Tak sangka dulu yang targetnya 6 bulan kini mampu sejauh ini. Siapa kata menyusukan itu mudah! Tapi orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Tak sanggup rasanya aku untuk menyuakan setitis susu F****** ke bibir mungil zara.
Alhamdulillah..moga Allah permudahkan segala urusan ku..Perkembangan zara dah 9 bulan ni? Masih tak banyak perubahan seperti 8 bulan yang lepas. Cuma mulutnya dah becok sikit dengan butir bicara yang aku tak faham maksudnya.
Menjaga zara teramat senang! Tidur malamku sentiasa lena. Rengekannya hanya kerana demam yang dialami. Ibu senang menjagamu sayang..
Ya Allah ku bermohon pada-Mu..Kau panjangkanlah umur anakku, Kau perihala lah dia..berikanlah kesihatan yang baik pada tubuh badannya dan jauhilah dia dari segala malapetaka bahaya dan bencana Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

NOR HASMAH said...

Tahniah...zara lebih kurang sebaya Haikal...InsyaAllah sama2lah kite teruskan perjuangan utk capai 2thn... ;)

Srifairus said...

salam..ai mummyzara..
wah, dah 9 bulan zara yerk..
Fahri nk msk setahun hujung bulan nie.. betul-betul satu kepuasan bila dapat memberikan yang terbaik utk anak kita kan.. happy breastfeeding...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails