Aku dikehendaki menghadiri Biro Tata Negara khamis minggu depan. Waa..first time tido tanpa zara semenjak dah jadi ibu ni. Jadi macam mana dengan EBM? Pumping? Peti ais ada ke tidak nak bekukan ice pack? Semuanya menjadi persoalanku kini. Apa pun aku mengharapkan agar semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. Aku bernasib baik kerana tempat kursus ku itu berdekatan dengan rumah mak aku. Disitulah zara akan menetap sepeninggalan aku ke BTN selama 5 hari. So, aku bercadang jika pihak pengurusan membenarkan aku membekalkan fresh EBM zara setipa hari, aku akan menyuruh Mr Hubby datang untuk 'collect' EBM itu. Jika tidak aku terpaksa memikirkan cara lain pula. Jadi wish me gud luck ya kengkawan. Dan semoga aku akan menempuhi hari itu dengan tabah dan jayanya..
Friday, 21 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Wanie, along doakan urusan Wanie dipermudahkan cuma nak share sikit pengalaman walau kursus 2 hari di pejabat. Output yg Along dpt mmg sikit sbb time break itulah aLong kelam-kabut makan, solat dan mengepam jadi mmg agak stress sedikit la. Along mmg dah inform urusetia even penceramah sbb Along guna surau lelaki dan akhirnya Along mengepam masa kursus dan penceramah iaitu Dr Khair sgt sporting!! Wanie kena berterus-terang dengan fasilitator dan cuba fahamkan kawan2 yg sekursus, mcm Along kakak2 senior faham dan siap PA yg tak kawen pon mcm tertarik nak buat. Cuma itulah memula mungkinlah susu akan drop sikit sbb nak suaikan masa apa pon selamat berjaya. BTN walaupun strict tapi masih ada kelonggaran sbb dulu along BTN kat meru, klang dan instructor utk ujian fizikal memang dari askar2 pencen hahahah...penat le sbb ada jungle trekking bagai.
Along tu la dah dgr byk review n comment pasal BTN ni. mmg wani da sedia dari fizikal dan mental tuk menghadapi situasi tu nnt.Jadual mmg pack jadi kita kena pandai cari masa yg sesuai kan. Aduhh! mesti masuk keje balik nnt susu merudum sbb timing mngepam da lari masa kat BTN nnt. Apapun thanx again along..
hihihi...
kak niza hehehe jer yer...hahahaa...
salam wanie...
sorry...zah ada nampak komen wanie kat blog zah pasal kursus dan ebm...tp zah sgt sibuk dan tak sempat nak balas komen maaf ya!
ya zah mmg sediakan akmal ebm yg sagt banyak...bukan susu segar ya!..tp yang dibekukan...sebab biasanya kalau ke pengasuh akmal akan minum frsh..zah jarang sentuh ebm..
kebetulan dengan ebm yg byk tu,zah ditawarkan untuk kursus induksi 3 minggu...alhamdulillah sepanjang kursus akmal mmg dapat minum susu ibu sahaja...
wanie juga kena beritahu urusetia..mudah sikit nak hilang time pumping...tp mcm zah,zah akan gunakan masa utk makan,zah g pumping...jenuh jugak berlari...
alhamdulillah,mmg output tak jejas..zah boleh bawa balik 200 ++ pek susu berisi 5 oz satu...itu pencapaian yang paling zah bangga..
kalau dah suami dekat..mungkin boleh minta tlg suami juga amik susu,itu lebih baik....bincang dgn urusetia..insyaAllah...atau kalau nak lebih mudah...jadikan urusan rasmi,send letter....biar nampak official sikit...
ape lagi yek...heheheh...byk pulak nak tulis..oh ye..jgn stress...makan banyak...minum susu/oat/dll masa kursus...zah masa kursus langsung tak minum kopi n teh..bekpes susu sahaja..mmg susu banyak...
nak apa2 g emel zah yek!
izzahazfar@gmail.com
salm sayang!
salam perkenalan!! cikgu jgk ek? sy pun kena pi kursus btn kat tmpt yg sama dgn wanie, cuma start on 17jun (xdpt ler jumpa). sy pun still bfd baby...sian kat baby kena tggl :( cuma tak exclusive lar, fm pun baby on. risau breast bengkak jer ni huhu... kta jd blogger friends yer ;)
izzah..thanx a lot for ur advice
alhamdulillah buat masa ni frozen stok mencukupi untuk zara 5 hr nnt.
wani akan pertimbangkan cadangan zah tu utk mengemukakan surat formal kpd urusetia BTN nnt.harap semuanya diterima. betul ckp zah tu yg penting kita kena happy dan jgn stress kan. wani bangga sbb zah dah jadi EP smpi sekarang..
azimah sama2 lah kita ya kena tinggalkan anak nnt. happy to know you..leave a commeny always k. i'm follow u..
sy pn doakan awak moga Allah permudahkan awak dlm segala hal...
Post a Comment