Pages

Tuesday 11 May 2010

MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia

Alhamdulillah...Pada Ahad yang lepas telah selamat berlangsungnya pameran booth MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia anjuran Gerakan Belia dan Puteri Umno cawangan Parlimen Setiawangsa. Penglibatan MBfPC pada kali ini adalah yang julung kalinya diadakan selepas ianya ditubuhkan pada awal tahun ini.

Syabas kepada semua PC (Peer Counselor) yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan pameran pada kali ini. Ku pasti semua PC2 berkobar utk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah!!

Kedatangan ku yang agak lewat tidak mematahkan semangat untuk aku turut serta menjayakan program ini. Aku tolong kemas apa yang patut. Dan yang pastinya bergambar itu harus dan mesti hokeeyy..

Karnival tersebut telah mendapat liputan dari media iaitu dari TV9 dan Utusan Malaysia. Dan yang menariknya gambar di booth MBfPC menjadi pilihan akhbar Utusan Malaysia keluaran 10/5/2010

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua PC2 yang terlibat. Semuanya memberi komtimen yang amat tinggi dalam memperjuangkan susuibu di mata masyarakat. Semoga perjuangan kita dapat diteruskan hingga ke pringkat yang lebih jauh lagi..



2 comments:

acik mimie said...

bestnye ... semua kale merah ... cantik ...

mrs. wanie said...

merah menyala..mcm kita semua yg membara smgtnya nak promosi susu ibu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails