Pages

Wednesday, 12 May 2010

Sekitar Kursus MBfPC West Coast Region

Baru hari ni ku berkesempatan nak update tentang kursus MBfPC yang dijalankan bulan April tempoh hari. Dah basi punya cerita hehe..Tapi gerakan kumpulan ini makin berkembang dan terus maju dengan program yang paling terkini. Tepek gambar untuk buat kenangan jer la. Dibawah adalah beberapa aktiviti yang dijalankan pada hari kursus tersebut.

Aku merancang bawa zara pada hari ke-3 kursus. Nasib baik dia tak banyak kerenah. Cuma lawan mata nak tido jer. Dapat pulak kawan baru kat sana. Namanya Iman. Iman suka sangat dengan zara, dicium2nya banyak kali..

Segala ilmu dan maklumat yang ada dalam fail tebal ini, akan ku simpan dan buat rujukan sampai bila-bila. Terima kasih pada pihak admin yang menganjurkan program ini.

Hari terakhir buat kami. Jaringan tali adalah simbolik dalam mengekalkan hubungan sesama sendiri. Dalam tempoh 3 hari kami ibarat adik beradik yang begitu rapat. Semoga jalinan ini akan terus berkekalan.. Aku sayang korang semua..!!

Walaupun aku ditauliahkan sebagai PC ini tapi aku harus belajar dan belajar lagi. Aku ingin dibimbing dan juga membimbing. Pengalaman yang ditimba harus dikongsikan bersama..

(nota mummyzara : nak usulkan idea mengenai ceramah breastfeeding mengikut perspektif islam yang akan dijalankan di KKM bersempena minggu penyusuan ibu sedunia bulan Ogos nanti)

1 comment:

Azrina said...

Wanie, kalau buat Along nak joint mendengar..boleh...nanti inform eh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails