Pages

Friday 18 June 2010

Episode Cuti di Terengganu

Lama gak aku tak update blog. Penyakit 'M' datang menjadi-jadi. Nak cerita sikit apa yag aku buat sepanjang bercuti 6 hari last week. Cuti paling lama aku rasa. Cuti raya pun tak panjang camni hehe..So nak cerita kenduri di Pantai Timur ni bukan macam kenduri kat KL/Sel. Sebelah perempuan nikah malam jumaat, bersanding hari Ahad dan sambut menantu belah hubby ku pula hari Selasa. Selagi cuti sekolah tak kisah hari apa pun dorang boleh buat. Tapi kalau kat sini jarang benar nak jumpa orang buat kenduri waktu kerja ni.

Masa terluang yang ada mr hubby selalu bawa jalan tu la kat pantai Batu Burok tu. Setiap kali balik sana mesti jadi persinggahan wajib punyala. Pastu aku jalan2 umah opismate aku Zati kat Manir. Sampai gak aku kat umah ko kan Zati..Then mr hubby bawa gi makan ikan dan sotong celup tepung. Ini pun satu perkara wajib kalau balik Marang ni. Almaklumlah pemakan orangnya.
Dan dihari persandingan pasangan Zarmiza & Yusmi Suhana. Tahniah untuk kalian ya. Moga bahagia hingga ke anak cucu. Aku lihat orang tak berapa ramai yg hadir mungkin hari Ahad tu hari bekerja bagi area sana.

Dalam pada itu aku berkesempatan menjenguk kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh di Gong Badak tu. Yela waktu tu kan semua jadi tajuk utama di media cetak. Jadi percutian kali ni biasa2 saja. Aku mengharapkan agar aku dapat bercuti atau honeymoon sekali lagi. Nak menghirup udara yang lebih segar. Lalink bila lagi honeymoon for the 2nd time haha..

1 comment:

BicaraHati said...

tu la kan..smpi gak ko kt umh aku kan wani..cam tak percaya je..so pe lg..klu blk raya trg..dtg la jln2 kt umh..umh aku sentiasa terbuka tuk tetamu2..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails