Salam semua..Entri hari Isnin pasal anakku yang dah berusia 11 bulan pada 19/06 yang lepas. Dah besar dah anak ibu kan. Tup tap tup tap bulan depan dah setahun. Maka dengan rasminya Zara dah breastfeed sepenuhnya tanpa 'artificial milk' selama 11 bulan lah juga. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran aku yang mahu menyusukannya selagi mana yang boleh.
Perkembangan terbaru Zara sepanjang 11 bulan ni :
- Kita lihat saja gambar diatas, zara baru nak merangkak! baru dapat 2, 3 steps. Perkembangan motor kasar dia lambat sikit berbanding bayi yang lain.
- Gigi sekarang dah ada 5 batang. Bawah 2, atas 3. 1 tengah nak menyorong lagi.
- Dah pandai 'babai' orang dengan betul.
- Kalau tengok orang guna handphone dan dengar azan, tangan terus letak kat telinga.
- Kuat makan..sekarang 3 kali sehari. Suap jer habis.
- Anak ayah..kalau ayah dia keluar tutup pintu, meluru dan terus menangis nak ikut.
No comments:
Post a Comment