Pages

Monday, 7 June 2010

Kursus Dan EBM Part 2

Entri ini ditujukan khas untuk Norhaslinda Husain yang akan mengikuti BTN pada 17 Jun ini. Saya telah menerima mesej dari beliau yang ingin mengetahui cara dan menyimpan EBM sepanjang kursus tersebut. Soalan pertama yang aku tujukan pada pakcik urusetia masa nak ambil kunci bilik asrama..
Aku : "Pakcik sini ada peti ais tak ?"
Pakcik : "Takde la. Anak nak simpan susu ya?"

Time ni jantung da berderau dah : "Aahla..saya menyusukan anak lagi ni"
Pakcik : "Takpe apa2 yang nak diusulkan, tanya waktu taklimat malam nanti ya"
Can u all imagine perasaan aku time tu. Sudah..macam mana ni aku fikir lagi. Tapi aku sedapkan hati dan berfikir secara +ve jer.
Oklah secara ringkasnya pd malam taklimat tersebut aku di tertawakan oleh kaum adam apabila aku mengutarakan soalan berkaitan penyusuan, peti ais dan menge'pump'. Huh! ada aku kisah dengan ejekan dan hilaian ketawa korang! Yang penting aku bukan buat keje haram..


Urusetia wanita yang merangkap ketua di kolej kediaman aku berjanji akan mencari jalan dgn menanyakan caterer di tempat makan kami. So aku tak mengharapkan 100% harapan dari beliau yg aku akan dapat apa yg aku nak. Yela kan nak jaga 300 org peserta yg mcm2 kerenah mustahil kan. So, aku telah mencari inisiatif sendiri dengan memaksa hubby aku datang collect EBM stp hari wakaka..Paksa rela hubby ku ini. Dia begitu supportive. Lebiu abg..Oleh itu aku telah menggunakan coleman box yang aku beli disini seperti gambar diatas. Stp hari hubby dtg, aku akan suruh dia bawa icepack beku yg ada lebih dirumah dan akan ditukarkan dgn icepack aku yg dah cair ni. Begitulah stp hari. Ais batu juga aku suruh dia beli selain ais lebih yg aku minta dgn kakak catering tu haha..apa saja kan, perasaan malu semua hilang..


Nak cerita pasal seisi pengepaman pula, aku akan menge'pump' time minum pagi, makan tengahari, minum petang dan 2 kali di sebelah malam. Jadual begitu pack jadi aku curik2 pump time tu semua. Awal pagi pula aku set kan jam 4.45am utk seisi yg pertama. Mesti org akan berfikir renyah dah susahnya..Bagi aku sikit pun tidak haha..Sampaikan roomate aku kata 'kesian akak tgk ko wanie terkejar2..' Gambar di atas pula adalah seisi pump yg dilakukan di dalam bilik persalinan Dewan Banquet Hall upm. Dimana saja kan asalkan tertutup. Beg penyusuan pula aku usung kesa kumari. Sepanjang 5 hari aku berkampung disana, EBM yg aku dapat kumpul adalah 14 botol (5 oz). Sikit? 60 oz kira ok lah tu kan.


Yang ni pulak gambar aku menggedik bersama Team 7 aku. Layan.. Buat kenangan. Posing itu tatap dan harus ok walaupun larangan mengatakan bahawa sebarang video dan hp adalah dilarang sama sekali.



Inilah pengalaman pertama aku sebagai seorang ibu yang fully breastfeed dan terpaksa berjauhan dgn anak. Pengalaman sememangnya mematangkan fikiran. Jadi target untuk menyusukan sehingga stage yg ke-2 (setahun) mohon dipermudahkan. Tiada yg mustahil bagiku. Jadi buat Kak Haslinda, selamat Ber'BTN' dan semoga semuanya success selalu ya.

(nota mummyzara : 30 frozen stok yg ditinggalkan buat zara, hanya 15 botol jer yg sempat diusik. Bakinya adalah fresh yg di bawa dari upm!)

12 comments:

Imaan09 said...

Salam ziarah..
wahh..semangatnya..bagus..bagus!

a-y said...

wanie,

wahh tak sangka wanie siap buat entry khas utk akak ye..heheh tima kasihhhh banyak2 wanie. hanya allah saja membalas jasamu dik. doakan akak dan ebm selamat ber'btn' ye hehehe ;)

wahidah said...

salam wani,

saya pun kne gi btn 17 ni.hua3...
klu nak pump ikut jadual yg wanie cite cam xde hal kot.curi2 masa.tp nak simpan susu kat mane eh?kot2 dewan makan dia bg tumpang ke susu kat situ?sy kene kat upm.adoi la.umah plak jauh skit.klu nak suh hubby amik hari2 jauh ler plak.

mummyzara said...

imaan09 : terima kasih

Haslinda : hehe sy mmg nak buat entry ni pun tapi dah agak terlewat sket. moga akak berjaya

wahidah : sy usung beg yg ada segala mcm dlm tu. breast pump, botol susu,
cooler beg dan ice pack. itu mmg beg azimat sy. mmg tak boleh tggl. so susu yg dah di pump sy akan letak dlm tu sementara menunggu hubby sy ambil :)

wahidah said...

klu usung beg freestyle bleh ke?besar tuh beg tu.nak isi segala benda dlm tuh.

Anonymous said...

salam...

saya pon kena g btn 17hb ni kat upm.
anak saya lak fully direct feeding, tu masalahnya, huhu
camner nak bagi tinggal kalo asik terkenang2 nnt?
rasa nak tangguh tapi ni panggilan kedua dah... takut blacklist lak kang.
help me.......................

ibudhani said...

salam, sgt kagum dgn semangat mummyzara!!!

nk tanye mcmana bb ok x dia? demam x dia..trcari2 @ ngis2 x cari mak mase xde 5hr tu? ade setgh bdak demam mak xde...

mummyzara said...

wahidah
sy guna avent isis.
kalau besar u blh letak dlm beg sek gitu

mummyzara said...

ibudhani
alhamdulillah anak sy selama 5 hari tu tak nangis dan demam
Opah dia yg jaga malah lagi seronok gamaknya.
so pd hari ke-4 sy suruh hubby sy dtg bawa dia ke kursus tu untuk disusukan.
lagi pula sy rindukan dia sgt2!

mummyzara said...

buat anonymus..
berapa umur anak anda sekarang?

Anonymous said...

hye,

Sy mommy baru..baru 24 days.


1.Nak tanya mcm mn u ada byk stock EBM tu yer?...

2. Apa yg sy perlu buat skrg utk membolehkan stock susu cukup utk bg kat BS bila sy start keje nnt?

My baby boy skrg tak menyusu direct sbb dia xnak. suma pakai EBM n mostly fresh la at the moment. Sekali menysu ada jugak smapi 80ml. Rasanya sampai ms 2 bln nnt mesti dh naik up to 4oz. So, yg merisaukan sy ialah cara nk membanyakkn stock susu. Skrg sy pam sekali dlm 3 jam dpt lebih krg 100ml..cukup ke?

Sy harap anda boleh membantu..thanx...

-anne-

mummyzara said...

salam anne..
tahniah krn sudah menjadi ibu.

menjwb kpd soalan pertama anne:

1) disiplin & kekerapan mengepam m'blhkan sy 'collect ebm' sbyk tu sejurus slps sy kembali bekerja dan mengumpul lbh byk info mengenai BF ni.

2)anne perlu sedaya upaya menyusukan bayi krn hisapan bayi adlh yg tebaik utk mengosongkan breast. selain itu cuba kosongkan breast dgn sekerap mungkin dan jgn biarkan breast bengkak terlalu lama dgn cara pam @ gunakan teknik marmet (perah guna tangan).praktis dan kumpul ebm dari skrg. perah di tempat kerja sekurang3nya 3-4 kali sehari

anne kena faham konsep ni
Konsep “demand vs supply” dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap kita kosongkan payudara, samaada melalui penyusuan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu kita. Supplements hanyalah “pembantu” kepada proses “demand vs supply” in.
Jadi teruskan mengepam ya..

3)takpe anne sikit2 lama2 akan jd bukit. boleh sy tahu knp baby anne reject direct feed? adakan krn dah diperkenalkan dgn susu formula pd awalnya @ dia telah mengalami keliru puting? anne x perlu risau dgn kuantiti susu yg baby anne minum krn perut baby sesusia baby anne hanyalah baru sebesar guli.

(jika jawapan sy tak membantu, anne blh rujuk mana2 PC/rakan sy @ kaunselor laktasi yg ada di link kanan blog sy ya TQ)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails