Pages

Monday, 5 July 2010

Bakal Berempat Tahun Depan

Inilah khabar gembira yang ingin aku sampaikan pada kalian semua. Masih terlalu baru ku rasakan. Dan aku sedikit pun tidak menjangkakan yang zara bakal mempunyai adik dalam tempoh usianya yang tidak sampai 2 tahun pun nanti. Mungkin ini rezekinya agaknya. Siapala aku untuk menolak takdirNya. Moga semuanya dipermudahkan. Aku masih terkejut dan tidak menjangka. Kerana bagiku untuk mempunyai cahaya mata lagi, fikirku biarla zara puas bermanja dan menyusu denganku. Patutlah susu aku merudum dengan teruk sekali!

Hari ni si kecil tenet itu demam. Mungkin dia pun dapat merasa yang dia bukan lagi buah hati ibu dan ayahnya lagi. Zara sentiasa merengek minta dibelai. Tangisannya sentiasa memenuhi ruang rumahku walaupun kesalahan yang dibuat hanyalah sekecil zarah. Hai anakku..kau tetap yang pertama buat ayah dan ibu. Dan pastinya nanti zara akan menjadi seorang kakak yang baik dan mampu membuat ayah dan ibu tersenyum selalu..

9 comments:

Imaan09 said...

Tahniah..
Dengan kecekalan U menyusukan Zara, saya percaya second baby jugak akan dapat khasiat SI sepenuhnya! Tahniah ye..

ieja @ iejot said...

tahniah....

nieda said...

tahniah sis...jaga kesihatan k

izzahazfar said...

seperti yg zah jangkakan..hehe tahniah!

mummyzara said...

zah ramalanmu benar belaka hehe..
terima kasih semua doakan sy.
jauh lagi nak menuju 9 bulan ni
nak tandem nursing 2 beradik nnt
insyaallah..

az said...

TAHNIAH :)

Srifairus said...

tahniah wani... bestnyer..

a-y said...

tahniah wanie. semoga selamat dan sihat menempuh bulan-bulan berikutnya ya. kak alyn doakan penyusuan zara jugak lancar hendaknya, amin!

wuzz_in said...

congrates wani!

Afiq still nenen jugak walaupon Cik Ja dah x de susu lagi bila masuk 4 bulan..pastu dgn cabaran nipple yg amat sakit..adeh..Doc suh stop Bf tapi cik ja wat dono jer.hihi..moga kita dapat bertandem nursing sama2 ek..hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails