Pages

Thursday, 8 July 2010

Masih Diteruskan...

Seisi memerah di opis masih diteruskan walaupun kandungan dah menginjak ke 9 minggu. Penyusuan ketika mengandung atau tandem nursing while pregnant masih dilakukan sehingga kini dan ianya pun baru bermula. Aku tidak pernah ada sejarah keguguran atau rahim lemah. Jadi penyusuan masih boleh diteruskan. Hasil yang ku dapat memang tak semeriah mana. Walau apa pun aku tetap bersyukur dan akan terus memerah sampaila susu aku betul2 dah tiada.


Sejak akhir2 ni ku perhatikan zara lebih kuat melekap dari hari biasa. Seakan-akan tak nak berpisah dariku. Sampaikan hubby ku bertanya, "ada lagi ke susu tu, ntah2 dia tak puas." Aku tersenyum sendiri. Walaupun tiada atau sedikit, yang penting aku dapat memenuhi keperluan emosi zara. Aku tahu dia memerlukan perhatian yang lebih dari ku. Justeru aku takkan menidakkan keperluan zara dan akan meneruskannya sehingga mana yang boleh.

1 comment:

AlongAzrina said...

Teruskan juga dengan suplemen wanie. Alfafa boleh consume juga, jangan risau. Kalau ada lebih duit amek ESP untuk kesihatan baby yg dikandung juga sebab wanie still teruskan penyusuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails