Pages

Wednesday, 18 August 2010

Akhirnya..

Sejak akhir2 ni aku semakin malas nak update blog. Mungkin sebab penat ditambah dengan mengantuk lagi. Yela mana taknya bangun sahur pukul 4.30am tu mana ada tido balik. Pastu buat preparation untuk si tecik tenet tu pulak. Masak makanan dia, susu dia baju dia. Errm tulah rutin harianku. En somi pulak lepas sahur dalam 15 minit sambung tido balik. Adoyai senang betul jadi lelaki ni kan. Tu belum lagi dgn alahan aku time pose sekarang ni.

Entri kali ni bukan pasal rutin harianku sepanjang bulan pose ni. Tapi pasal stok frozen zara yg aku janjikan hari tu. So lepas aku disahkan preggy, susu mula merudum sikit demi sedikit. Dari 75 botol sampaila lapang peti ais tu. Dan stok frozenlah yg menjadi mangsa. Drpd 1 yg guna menjadi 2 dan 3. Jadi untuk memanjangkan penggunaa susu ibu kepada zara sampai umur dia 13 bulan, aku telah mula manambah fresh milk sebotol dalam hidangan seharian dia. Nampaknya dia suka.


Selepas seisi mencuba fresh mlik kpd zara dan aku dapati tiada alahan padanya aku terus continue dgn Dutclady fresh mlik. Sehinggalah pada hari Jumaat lepas stok yang tinggal telah kehabisan sepenuhnya. Dan berakhirlah sementara penyusuan ekslusif zara yang aku perjuangkan selama ini. Alamak tiba2 hiba dan sedih rasanya. Tak dpt bekalkan zara susu ibu di rumah pengasuhnya lagi. Tetapi penyusuan secara direct aku teruskan selepas pulang dari kerja. Perhatikan saja gambar diatas stok frozen yg sudah mula menyusut kuantitinya.

Cuma apa yang dapat aku amati dan perhati disini, zara minum fresh milk melebihi EBM yg biasa aku bekalkan dirumah pengasuhnya. Adakah demand dia tinggi skrg ni atau minum susu ibu cepat kenyang dari susu2 yg lain? Oh ya! satu lagi nak bgtau perbelanjaan kami bertambah kerana perlu beli fresh mlik pulak.

(nota mummyzara : penggunaan fresh milk hanya sesuai untuk bayi/toddler yg berumur setahun keatas saja. Pemilihan susu adalah bergantung kepada ibu2. Kerana ibu2 diluar sana percaya stp pilihan yg dibuat adalah yg terbaik utk anak2 mereka)

3 comments:

Unknown said...

sama jugak la perasaannya mcm masa saya bekalkan stok terakhir hadif ke taska. SAYU sgt..

izzahazfar said...

wani,

fresh milk mmg camtu..tak mcm susu kita...so mmg kena belanja lebih...

zah alhamdulillah selesai jugak 15 bulan..takpe..jgn sedih ya...zah mula2 mmg sayu..tp takpe..berapa bulan je lagi...kita kena kuat pulak sebab kena sedai utk 2..heheh

mrs. wanie said...

terima kasih kepada sahabat2 semua. semoga kita meneruskan niat murni kita untuk BF anak2 kita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails