Pages

Friday, 8 October 2010

:: 5 Bulan ::

Bersiaran kembali setelah lama bercuti panjang hehe.. Alhamdulillah kandungan sudah menginjak ke 20 minggu. Tendangan pertama Zara Jr. sudah dirasai. Alahan pun sudah mulai berkurangan, tetapi ada juga sekali dua morning sickness tu datang. Suplement diteruskan dengan menelan obimin dan vitamin dari Shaklee.

Zara masih menyusu seperti biasa. Alhamdulillah tiada kontraksi atau bleeding yg dialami. Bersyukur ku pada yg Esa. Moga Allah mudahkan segala urusan harianku. Tak lupa juga sekalung tahniah ku ucapkan buat opismate ku Kak Ja yg mengandung 3 bulan setelah 3 tahun menunggu lamanya. Kini aku ada teman pregnancy bersama.

Bercerita pasal mengidam pula. Aku tak mengidam apa2 setakat ni. Cuma aku kini addicted dengan kopi susu. Wah! sangat tidak bagus bukan. Kesian pada Zara Jr. Maafkan ibu ya nak lepas ni ibu akan cuba lebih minum susu. Memandangkan aku tak boleh nak telan susu tepung aku mengambil tablet kalsium utk kesihatan tulang yg lebih baik.

Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada geng2 MBfPC yang telah menghadiri Susuibu International Lactation Conferens 2010 di Pullman Putrajaya pada 5 - 7 Oct dengan jayanya. Siapa tahu rezekiku esok lusa pula untuk menyertainya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails