Pages

Wednesday 24 November 2010

Dah agak dah...

Aku baru balik dari klinik. Check up untuk yg ke 28 minggu. Ada 12 minggu lagi untuk melahirkan. Dan ada lebih kurang 7 kali lagi lawatan aku ke klinik. Skrg mood aku tak menentu. Nak tau sbb apa? Berat naik melebihi 3 kg. Adoii biar betul aku ni. Dalam kegusaran tu, sewaktu nak buat blood test bacaan pulak tak betul, ke mesin tu dpt detect perasaan aku time tu. 

Oleh sebab itu, aku dapat minum air gula percuma jumaat ni. Nah amek ko! Aku bukan x kawal benda2 yang aku makan selama ni. Tapi ntah kenapa pregnant kali ni nafsu makan tu ada jer. Lain pulak masa yg pertama hari tu muntah sampai la dah nak bersalin. Nak makan pun tak lalu. Takkan yg kali ni pulak +ve diabetis , tak  nak aku. Minta la dijauhkan. Stp kali pregnant ada jer masalah baru utk aku. Mungkin Allah nak uji aku kan.

Masuk bilik nurse check baby heart. Semuanya ok. Check perut pulak, nurse kata tak dapat detect kepala baby kat bawah. Nah.. Perasaan aku makin gusar la apalagi. Tapi nurse sedapkan hati aku jer kata semuanya ok. So bila semuanya bercampur baur jadilah macam tikus munduk, dok monyok jer. Jadi dalam masa yang ada lebih kurang 3 bulan lg ni, mak yong nak DIET!!

(Ya Allah..Permudahkanlah setiap urusan hambamu ini. Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal..)

4 comments:

Unknown said...

saya gain 4kg from orevious check up..huhuhu lg terok!

insya allah baby masih boleh berpusing, ada masa lagi ni..

mrs. wanie said...

emm..
lydzar dah 2x naik 3kg kena kurangkan mkn karbohidrat la pasni nmpknya..

MyKhalish Journey said...

huhu... ila gain 3kg ms pas raya pose. mkn sakan wehh.. air gulaa...ahahahaa xsdpp.. tp kali ni terlepas, mebi bb membsr ikt graf. xober cam abg. hehehe.. apepun gud luck k. ila doakan -ve diabet..

mrs. wanie said...

ila..
x penah gain byk cmni.
nak kurgkan bdn pas bersalin nnt mst jenuh ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails