Hari tu ada posting kat FB sesape yg tau pasal Antenatal Class ni. So godek puya godek kat google dapatla kat satu tempat ni. Ha ni la tempat dia..
KPJ Kajang Specialist Hospital
Aku pegi minggu lepas dah tapi baru hari ni nak post. Walaupun ni kandungan kali ke-2, tapi aku tak penah pegi masa pregnantkan zara hari tu. Jadi aku ambil peluang dan ajak mr. hubby pegi sekali even dia macam malas nak men'join'kan diri hehe..
Antara topik yang dibincangkan adalah:
* Pregnancy and Labour
* Pain Relief and Epidural
* Newborn Screening and Vaccination
* Nutrition During Pregnancy
* Exercise Pre and Post Natal
* Care of Newborn
* Breastfeeding
* Ward Tour
Kelas bermula seawal 9 pagi. Jom kita layan gambar ni semua zaasss..
Walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum, tapi bab senaman kagel ni aku memang tak tau langsung. Kami diajar cara dan teknik bernafas dengan betul. Senaman yang tidak memudaratkan ibu mengandung. Dan senaman2 ini boleh dibuat oleh ibu mengandung yang kandungannya 20 minggu ke atas saja tak silap aku.
Senaman ni memudahkan ibu-ibu bersalin. Untuk menguatkan lantai pelvix. Caranya duduk bersila, kedua-dua tapak kaki bertemu dan duduk secara tegak. Andaikan anda rasa nak buang air kecil tapi dalam tempoh yang sama tahan aliran air kencing anda dari keluar dangan kemut perlahan-lahan dan ulang. (Eh anda fahamkah apa yg aku terangkan nih!)
Selepas rehat topik yang dibincangkan adalah penyusuan susu ibu. Oh mak yong amat excited! Walaupun KPJ Kajang belum menjadi Hospital Rakan Bayi (on going) tetapi kumpulan sokongan penyusuan susu ibu telah ditubuhkan untuk membantu ibu-ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan selepas bersalin.
Penjagaan bayi (post natal) juga turut di ajar. Memang banyak input berguna yang mak yong dapat.
Dan ini lah wajah yang kebosanan yang menjadi peneman setia mak yong sepanjang hari. Terima kasih la abg ya..
Keseluruhannya, kelas ni amat berbaloi untuk dihadiri oleh bakal2 ibu. Rasanya lebih bagus kalau kita bawa pasangan kita sekali (suami) walaupun ada yang bawa rakan mengandung sama. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 per couple. Makanan dan goodies bag turut disediakan. Oh ya! mak yong dapat bottle storage jenama spectra tau suka-suka hehe.. Maklumat lanjut boleh klik disini.
1 comment:
Wanie,
Bestnya class nie. Nanti wan inform dgn kawan2 pasal class nie
Post a Comment