Pages

Friday 27 August 2010

Ulangtahun Ke-2 Perkahwinan

Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk publish entry ni. Dok bersawang dalam draft blog. Auranya pun dah tiada. Pada tarikh ini 16 Ogos 2008 aku telah pun selamat diijabkabulkan dengan jejaka yang aku tak sangka akan menjadi suamiku kini.

Perkenalan kami sangat singkat. Bermula ditempat kerja lama ku~Lagak dan gayanya sekan samseng!~Cuba cucuk jarum~Diperkenalkan oleh sorang rakan dimana dia menjadi org tengah~Aku ok jer kawan apa salahnya kan~Kawan dan berkawan timbul keserasian dan ~ nah kini nak masuk anak 2 hehe..

Zaman bercintun! dua-dua masih kurus

Di alam pertunangan..

2009 - Mengandungkan zara~Time ni dah 8 bulan tunggu hari jer sempat pegi Family Day KKM lagi.

Sewaktu dijabkabulkan..



Acara memotong kek!

Buat suami terchenta..terima kasih kerana sudi menjadi suami dan kawan dalam hidup ni. Terima kasih juga kerana melayan dan membatu ayg yg tiba2 jadi malas semenjak pregnant kali ke-2 ni hehe..basuh kain, basuh pinggan, basuh botol susu zara, panaskan makana zara, mandikan zara semua2nya lah. Tapi malas2 ayg pun waktu puasa ada juga ayg masak kan kan kan haha..Oklah I lap u 4 ever..(cam dah basi jer cite ni perap lama sgt)

Thursday 19 August 2010

13 Bulan

Zara genap 13 bulan hari ni. Cepat benar masa berlalu. Di masa ini pada tahun lepas aku masih lagi berpantang di rumah mak. Ramadhan kali ni zara dah boleh duduk, bermain dan berdiri. Cuma kali ini zara diserang batuk dan selsema. Sejak mula diperkenalkan dengan fresh mlik zara mudah dapat penyakit. Khasiat dalam susu ibu memang tak boleh menandingi mana2 susu pun diluar sana.

Zara tak pandai berjalan lagi. Cuma angkat2 punggung jer. Merangkak kemain laju. Makan pun dah lahap. Minum susu usah cerita semua sama naik. Baran pun boleh tahan jugak. Nak pakaikan pampers dan baju ambil setengah jam. Nasib baik ayah rajin layan zara.
Semoga besar nanti zara akan menjadi anak yg solehah dan dapat menempuh kehidupan ini dengan tenang dan sabar.

Wednesday 18 August 2010

Akhirnya..

Sejak akhir2 ni aku semakin malas nak update blog. Mungkin sebab penat ditambah dengan mengantuk lagi. Yela mana taknya bangun sahur pukul 4.30am tu mana ada tido balik. Pastu buat preparation untuk si tecik tenet tu pulak. Masak makanan dia, susu dia baju dia. Errm tulah rutin harianku. En somi pulak lepas sahur dalam 15 minit sambung tido balik. Adoyai senang betul jadi lelaki ni kan. Tu belum lagi dgn alahan aku time pose sekarang ni.

Entri kali ni bukan pasal rutin harianku sepanjang bulan pose ni. Tapi pasal stok frozen zara yg aku janjikan hari tu. So lepas aku disahkan preggy, susu mula merudum sikit demi sedikit. Dari 75 botol sampaila lapang peti ais tu. Dan stok frozenlah yg menjadi mangsa. Drpd 1 yg guna menjadi 2 dan 3. Jadi untuk memanjangkan penggunaa susu ibu kepada zara sampai umur dia 13 bulan, aku telah mula manambah fresh milk sebotol dalam hidangan seharian dia. Nampaknya dia suka.


Selepas seisi mencuba fresh mlik kpd zara dan aku dapati tiada alahan padanya aku terus continue dgn Dutclady fresh mlik. Sehinggalah pada hari Jumaat lepas stok yang tinggal telah kehabisan sepenuhnya. Dan berakhirlah sementara penyusuan ekslusif zara yang aku perjuangkan selama ini. Alamak tiba2 hiba dan sedih rasanya. Tak dpt bekalkan zara susu ibu di rumah pengasuhnya lagi. Tetapi penyusuan secara direct aku teruskan selepas pulang dari kerja. Perhatikan saja gambar diatas stok frozen yg sudah mula menyusut kuantitinya.

Cuma apa yang dapat aku amati dan perhati disini, zara minum fresh milk melebihi EBM yg biasa aku bekalkan dirumah pengasuhnya. Adakah demand dia tinggi skrg ni atau minum susu ibu cepat kenyang dari susu2 yg lain? Oh ya! satu lagi nak bgtau perbelanjaan kami bertambah kerana perlu beli fresh mlik pulak.

(nota mummyzara : penggunaan fresh milk hanya sesuai untuk bayi/toddler yg berumur setahun keatas saja. Pemilihan susu adalah bergantung kepada ibu2. Kerana ibu2 diluar sana percaya stp pilihan yg dibuat adalah yg terbaik utk anak2 mereka)

Wednesday 11 August 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum buat blogger2 yang dikasihi sekalian dan salam 1 Ramadhan juga. Aku ingin memanjatkan kesyukuran kerana aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada kali ini. Sungguh tahun ini cabaran berpuasa aku rasakan sangat hebat. Namum tidak mematahkan semangat untuk aku meneruskan penyusuan semasa mengandung kali ni.

Kandungan dah menginjak ke trimester yang ke-2. Dah 13 minggu. Alahan masih ada. Alhamdulillah aku masih berpuasa pada hari ni. Moga aku berjaya berpuasa penuh tanpa menggantinya tahun depan. Jadi marilah kita sama2 muhasabah diri dan meninggalkan segala sifat mazmumah yang ada dalam diri dan memperbanyakkan amalan2 mahmudah. peringatan untuk diriku juga.
(Entri akan datang nak cerita pasal stok frozen plak..)

Tuesday 3 August 2010

Kad Penghargaan Ibu Menyusu

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu sedunia ni 1 - 7 Ogos ni (KKM ibu pejabat tak sambut tahun ni hampeh jer aku pun tak paham kenapa..) aku nak bagi Kad Penghargaan Ibu Menyusu kepada sesiapa saja yang menjengah blog aku ni ya!


Boleh tempek, print atau bagi kat sesiapa saja sebagai penghargaan buat ibu2 yang menyusu. Ia sebagai tanda usaha dan sokongan kita yang tidak berbelah bagi. Happy Bresatfeeding!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails