Pages

Wednesday, 2 February 2011

9 Fadilat Mengasihi Anak

Entri ini ditulis untuk mengingatkan dan memuhasabahkan diri ini.
Ibu sayang zara too much...!

Credit

Subhanallah! Sayangnya Allah SWT kepada kita..
Dia bukan sahaja mengurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yang diberikan Allah ini, Dia akan memberikan kita pahala..

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman  dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan anaknya itu dan barangsiapa yang membekalkan anaknya itu turut memperolehinya.

5. Aqraq pernah melihat Nabi Muhammad SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorangpun yang aku cium." Sabda Nabi SAW "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi".

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah api neraka ke atas tubunhnya.

9. Seorang lelaki bertanya "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab Baginda "Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu" Kata lelaki itu lagi "Ibu-bapaku sudah tiada lagi" Sabda Nabi SAW " Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu, dan anakmu pula berhak ke atas dirimu".

Senangnya nak buat pahala kan..Jom buat pahala banyak-banyak! Semoga Allah SWT memberikan kita Taufiq dan Hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain. Wallahu'alam.

TQ for sharing, AnakkuSoleh.Com.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails