Pages

Tuesday, 5 July 2011

Perspektif Islam Terhadap Penyusuan Ibu

Entri kali ini saya ingin menyentuh sedikit hukum penyusuan susu ibu dari sudut prspektif islam kita. Moga dapat dijadikan panduan..

  • Para fuqaha’ berpendapat bahawa penyusuan wajib ke atas ibu.
  • Tetapi apabila seseorang ibu itu telah bercerai dan tamat iddahnya, pihak berkuasa iaitu kadi atau hakim tidak boleh  memaksa ibu supaya menyusui anaknya.
  • Ini kerana penyusuan anak termasuk dalam tanggungan nafkah sedangkan nafkah anak menjadi tanggungjawab bapa.
  • Namun begitu, sekiranya keadaan anak itu memaksa ibunya supaya menyusuinya, maka ketika ini pihak berkuasa boleh melakukan paksaan ke atas ibu supaya menyusui anaknya (Salleh Ismail. 1993. Tuntutan Hidup Muslim. Terengganu: Terbitan KUSZA, hlm 42).

  • Mengikut pendapat jumhur ulama yang terdiri daripada mazhab Shafi’e, Hanafi dan Hanbali, pihak kadi atau hakim boleh memaksa ibu menyusui anaknya sekalipun hubungan antara kedua-dua ibu bapa itu masih kekal sebagai suami isteri yang sah.
  • Keadaan ini berlaku apabila anak itu tidak dapat menerima susu lain selain susu ibunya.
  • Begitu juga jika tidak ada sesiapa yang mahu menyusuinya atau kerana bapanya orang miskin dan tidak mampu membiayai upah penyusuan atau tidak ada sesiapa yang sudi menyusuinya dengan percuma dan anak itu tidak mempunyai harta (Muhammad Salam Madkhur. 1978. al-Wajiz li Ahkam al-Usrah fi al-Islam. Qaherah: Dar al-Nahdah al-’Arabia, hlm 452).

  • Walau bagaimanapun ibu-ibu hanya wajib menyusui anak-anaknya jika mereka tidak memiliki apa-apa keuzuran yang menghalangnya daripada menunaikan tugas tersebut seperti kekeringan air susu atau berpenyakit yang boleh mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada bayi.
  • Jika ibu sihat dan tiada sebarang keuzuran yang menghalang, tetapi telah ada persetujuan antaranya dengan suami untuk mengupah orang lain menyusui anak mereka, maka ia diharuskan kerana kewajipan tersebut berdasarkan kepada kepentingan dan kemaslahatan anak. (Muhammad Rasyid Redha T.th. Tafsir al-Quran al-Karim al-Shahir bi Tafsir al-Manar. Juzuk 2. Misr: Maktabah al-Qaherah,hlm  409-410).

Hal ini dinyatakan telah oleh Allah S.WT dalam ayat-Nya: 
Maksudnya:
Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.          
(al-Baqarah 2: 233) 
  • Dari aspek kehakiman, para fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum penyusuan.
  • Menurut satu pendapat yang masyhur daripada Imam Malik, ibu wajib menyusukan anaknya dari segi kehakiman sebagaimana wajib dari segi keagamaan (Zakiyuddin Say’ban. 1971. al-Ahkam al-Shar’iah li Ahwal al-Shakhsiah. Misr: Dar al-Nahdah al-’Arabiah, hlm 605).  
  • Menurut pendapat Imam Hanafi pula, tidak wajib ibu menyusukan anaknya dari segi kehakiman sekalipun ia wajib dari segi keagamaan.
  • Jika ibu enggan sedangkan dia berkemampuan dan  berkuasa, maka kadi boleh boleh memaksanya dalam keadaan ter­tentu. 
  • Imam Shafi’e pula berpendapat, adalah menja­di tanggungjawab serta kewajipan bagi ibu menyusukan anaknya terutamanya susu permulaan (kolostrum) kerana ia amat penting bagi bayi untuk membina kekuatan mental dan fizikal. 
  • Selain itu, sekiranya ibu tidak merupakan satu-satunya orang yang akan menyusukan anaknya dan kebetulan pula ibu tidak mahu menyusukan anaknya, maka wajib bapa mencari wanita lain dan membayar upahnya untuk menyusukan anaknya itu.
  • Prosedur penyusuan boleh dibincangkan antara kedua-dua suami isteri samada bayi itu perlu dihantar ke rumah ibu yang menyusukan itu atau ibu tersebut datang sendiri ke rumah bayi apabila tiba waktu bayi menyusu (Zakaria Ahmad al-Barri. 1964. Ahkam al-Aulad fi al-Islam. Misr: Dar al-Qaumiah, hlm 35).
  • Tetapi jika cara ini tidak disepakati di antara ibu kandung dengan wanita yang menyusukan itu, maka wajiblah wa­nita yang menyusukan tinggal bersama-sama dengan ibu kandung bayi tersebut supaya ibu kandung dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengasuh anak tersebut. 
  •  Apabila masa menyusu yang disepakati telah tamat tetapi bayi itu masih memerlukan penyusuan ibu maka ibu atau wanita yang menyusukan itu mestilah memanjangkan lagi tempoh penyusuan dengan ditambah pula upah yang akan diterima. 
  • Ketentuan itu perlu dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan bayi sehingga bayi tidak lagi memerlukan air susu ibu. 
  •  Tugas menyusukan bayi boleh juga digantikan oleh lain sekiranya ada yang sanggup dan mahu bayi itu menyusu kepadanya.
  • Begitu juga tentang upah ibu susuan yang kedua akan dikira sesuai dengan tempoh lamanya dia menyusukan. (Salleh Ismail.1993. Tuntutan Hidup Muslim. Terengganu: Terbitan KUSZA, hlm 145). 
  • Sekiranya ibu yang menyusukan itu mahu menyusukan anak dengan sukarela tanpa dibayar upahnya tetapi dalam waktu beberapa bulan dia mahu berhenti menyusukan maka permintaannya itu boleh diterima.
  • Tetapi jika bayi itu sudah terbiasa menyusu kepadanya dan tidak mahu lagi menyusu kepada orang lain maka tugas menyusu tetap dibebankan kepada ibu tersebut dengan dibayar upah tertentu waalaupun pada mulanya dia menyusukan secara sukarela.
  • Hal ini perlu dilaksanakan agar bayi itu tidak sakit atau lemah atau lemah kerana terlalu cepat dihentikan tempoh penyusuan.

Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Hukum Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 44-36.


credit to : Dunia Susu Ibu

1 comment:

Anonymous said...

Salam Puan,


Saya Norliyana Madrus (UK17666), pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya sedang menjalankan kaji selidik faktor yang mempengaruhi corak penyusuan di kalangan ibu di Malaysia. Soalan kaji selidik ini merupakan salah satu bahagian wajib untuk memenuhi keperluan Projek Ilmiah Tahun Akhir (MKN4199B). Objektif utama kajian saya adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi corak penyusuan di kalangan ibu. Untuk makluman puan, segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan digunakan semata-mata untuk tujuan akademik. Saya amat berharap jika puan menyusukan anak puan atau pernah menyusukan anak puan untuk menjawab borang kaji selidik ini. Segala kerjasama dan bantuan puan sangat dihargai. Di bawah ini saya sertakan link untuk borang kaji selidik tersebut. Berdasarkan kaedah yang saya guna, selepas 1 minggu, saya akan bagi link berdasarkan ini kembali untuk diisi lagi bagi tujuan 'pilot test' untuk 'validity and reliability questionnaire'. Kajian ini adalah pra-survey untuk menilai kefahaman respondan terhadap soalan ini. Terima kasih.

http://kwiksurveys.com/?u=breastfeeding

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails