Pages

Tuesday, 9 August 2011

Breastfeeding Flash Mob di KLCC


Aku sememangnya ketinggalan keretapi betul!!
Semalam aku tengok jugak gambar-gambar ni banyak post kat FB
Tapi aku still tak tau apa sebenarnya tujuan mereka ni buat perhimpunan kat luar KLCC tu
Aku ingatkan sempena Worlds Breastffeding Week
Rupa-rupanya sempena Perhimpunan Ibu Menyusu yang
 menyuarakan ketidakpuasan hati mereka
terhadap pengurusan KLCC yang tidak membenarkan 
ibu-ibu menyusu secara terbuka di kawasan KLCC
Ini adalah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak KLCC tersebut

Tak semena-mena aku yang menulis ni pun turut teruja dan berkobar-kobar
Kalaulah aku berada di KLCC hari tu haih!


Bukan itu saja, pihak managment KLCC juga tidak membenarkan 
ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka di dalam surau.
Malahan 'mak guard' di sediakan untuk memantau ibu yang menyalahgunakan 
polisi yang sedia ada.
Di tambah lagi seorang pengunjung KLCC yg ingin mengepam turut 
dihalang daripada berbuat demikian
Cerita selanjut DISINI

Pelik tapi benar!

Oleh yang demikian, Flashmob ini diadakan bertujuan untuk memprotes
ketidakadilan pihak managment KLCC yang seolah-olah menzalimi hak 
ibu menyusu di negara ini.


Pihak managment juga menegaskan bahawa mereka sudah
menyediakan baby room bagi memudahkan ibu menyusukan anak mereka
Walau bagaimanapun, bilik yang sedia ada itu tidak mencukupi untuk
menampung keperluan ibu yang menyusu
Dan mengikut satu sumber ni
bilik itu perlu DIBAYAR!

Apa Kesss???

Takkan nak menyusukan anak atau mengepam dalam tandas kot!!
Kalau kita perhatikan di negara barat
menyusu anak dikhalayak ramai (terbuka) sudah menjadi satu trend
di negara mereka

Tapi di Malaysia
tentulah norma-norma atau etika itu
masih di patuhi dengan tidak menampakkan bahagian 
yang tidak sepatutnya bukan??


Nah!!
Mari saja kita lihat gambar diatas
seorang pak guard meng'sound' seorang videografer dari RTM
daripada melakukan sebarang bentuk penyiaran.

Nak sound gov punya channel!
Silap la beb..

Yang bestnya perhimpunan ini berjaya
mengumpulkan lebih kurang 100 ibu menyusu!
Semoga penyusuan susuibu mendapat tempat dikalangan
kita masyarakat malaysia

I'm proud to Breastfeed my daugther!

Jom kita join Flash Mob v2.0 tahun depan

6 comments:

fiza said...

Saya pon ada buat n3 pasal nih. Tak tau plak yg mgmt KLCC tu teruk. Memang tak patut ah buat BF mom mcm tu kan.

Zimah said...

aku xtau pun ada flashmob ni..kalo tau aku pun nak join..huhue..

mrs. wanie said...

fiza: betul tu..jual jer barang berjenama. tapi dorang tak tau yg susu ibu tu lagi "berjenama" dan tak blh dijual beli

mrs. wanie said...

zimah aku pun tak tau, kalau aku tau aku pegi dah..

Mama Zara said...

byk kali dgr mmber kena sound bila DF bby kat KLCC ni. Sedih. Teringin jugak nak di sound di sana. Sebab dah bersedia nk shoot balik :)

mrs. wanie said...

hoho betul..betul saya pun teringin gak nak kena sound. Boleh sound dia balik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails