Pages

Friday, 2 November 2012

AL-FATIHAH buat nenda..

Isnin minggu ni kami sekeluarga di kejutkan dengan pemergian nenda (sebelah emak)
Sakit beliau tak lama dalam seminggu saja.
Akhirnya tepat pada 11.40 malam beliau telah di menghembuskan 
nafasnya yang terakhirdi rumah mak cik di bangsar.
Mak lah yang paling sedih kerana sebelum nenda dijaga oleh 
mak cik di bangsar yang baru 3 minggu itu, 
nenda dijaga oleh mak di serdang selama hampir 9 bulan.


(Gambar terakhir mak bersama nenda sewaktu hari ibu 2012)  

Mak lah yang mengadap di saat-saat akhir nenda.
Sungguh saya memang tak sangka kerana sebelum ni nenda nampak sihat.
Beliau hanya mengadu sakit/kebas di tangan
Nenda menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk mengengsot ke bilik air
Ini kerana kaki kirinya tak boleh di bengkokkan (kaku)
Makan dan minum semua dijaga sepenuhnya kerana nenda tak boleh berdiri dan 
menguruskan dirinya sendiri melainkan mandi.

(kenangan bersama kakak pada hari raya 2012)

Pemergian nenda memberi kesan yang sangat dalam pada mak.
Tapi yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup kena teruskan kehidupan
Semua kenangan bersama nenda akan terpahat di hati dan sanubari ini


Al FATIHAH..
Buat nenda yang disayangi

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Al-fatihah~

Alfreedino Ahmad said...

Al-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman

anntaj said...

Al-Fatihah...saya dah takde nenek...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails