Pages

Friday 27 April 2012

Penyusuan Zulfa Sudah 14 Bulan

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah 14 bulan aku menyusukan Zulfa. 
Tiada istilah penat mahupun bosan. 
Malah kami berdua enjoy dengan "bonding" semulajadi ini. 
Rasa gembira dan amat bersyukur kerana aku mampu
menyusukan sehingga tahap ini.

Bukan apa, 
dahulu aku hanya mampu menyusukan Zara 
hingga dia berumur 1 tahun sahaja
Sedih apabila aku tak mampu bekalkan dia susu ibu lagi selepas itu.
Jadi kali ini aku nekad supaya Zulfa dapat menyusu sepenuhnya (Fully Breastfeeding) hingga 2 tahun

Zulfa dah berumur 1 tahun 2 bulan
Dan baki stok EBM masih penuh memenuhi ruang freezer 
sehingga ke pintu penutup
Alhamdulillah..

Sehingga ke hari ini
aku masih gigih menghabiskan EBM bulan April 2011 punya
Ada 3 botol lagi yang perlu dihabiskan
Mana tidaknya..
Aku pulun fresh milk sahaja untuk zulfa
sehingga dia berumur 1 tahun hari tu.
Nak masuk 11 bulan baru aku selongkar deep freezer tu balik huhu..

Kini Zulfa pun dah pandai 'mencari'
Dia akan menyebut nen apabila dia rasa nak
Menyelak baju atau tudung kalau aku memangku dia
Hehe comel je rasanya..

Harapanku agar biarlah kami berterusan ber'couple' begini
Biar Zulfa memutuskan sendiri bila dia rasa nak berenti atau clash nanti.

"I Love Breastfeeding"

Tuesday 24 April 2012

Satu Hari Satu Resepi


Kalau kat rumah bukan satu hari satu resepi
Satu minggu satu resepi jadinya ekeke...

Aku baru beli semalam kat Kedai Buku Popular
Ada kat Popular jer tau
Di ulangi POPULAR
Rasanya kalau cari kat MPH tak de kot
sebab buku ni dicetak khas untuk popular.

*Betulkan aku kalau salah..

First time belek2 buku ni aku dah jatuh cinta
resepi dia mudah, semua ada
Dari menu nasi, ayam, daging, kerabu, desert
semua lengkap
Resepi sangat mudah dan ringkas!

So lepas ni aku akan jadi lebih rajin untuk memasak
Kalah masterchef Malaysia muahaahaa..
Harga dia RM 39.90

LAKU KERAASS trademark buku ni..
hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 12 April 2012

Susu Merah


Ini adalah kejadian semalam (rabu). Susu yg selama ini putih bertukar warna merah. Seriau juga tengok. Sbnrnya, dah beberapa hari nipple aku melecet, dek kerana zulfa menyusu. Walaupun gigi still 6 batang, tetapi dek kerana gigi dia makin membesar, kadang2 tu bergesel jugaklah..

Itu yg beberapa hari aku dok mengetap bibir menahan sakit setiap kali zulfa direct feeding. So, bila aku pam petang smlm (level 4 biasanya 6) warna susu berubah warna.

Aku agak susu berdarah tu bukan direct terus dari dalam, ini disebabkan ianya telah bercampur dgn luka dekat sekitar aerola tu sewaktu mengepam. Jadi aku tidaklah membuangnya. Simpan untuk zulfa minum keesokan harinya..
Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails