Pages

Friday, 27 April 2012

Penyusuan Zulfa Sudah 14 Bulan

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah 14 bulan aku menyusukan Zulfa. 
Tiada istilah penat mahupun bosan. 
Malah kami berdua enjoy dengan "bonding" semulajadi ini. 
Rasa gembira dan amat bersyukur kerana aku mampu
menyusukan sehingga tahap ini.

Bukan apa, 
dahulu aku hanya mampu menyusukan Zara 
hingga dia berumur 1 tahun sahaja
Sedih apabila aku tak mampu bekalkan dia susu ibu lagi selepas itu.
Jadi kali ini aku nekad supaya Zulfa dapat menyusu sepenuhnya (Fully Breastfeeding) hingga 2 tahun

Zulfa dah berumur 1 tahun 2 bulan
Dan baki stok EBM masih penuh memenuhi ruang freezer 
sehingga ke pintu penutup
Alhamdulillah..

Sehingga ke hari ini
aku masih gigih menghabiskan EBM bulan April 2011 punya
Ada 3 botol lagi yang perlu dihabiskan
Mana tidaknya..
Aku pulun fresh milk sahaja untuk zulfa
sehingga dia berumur 1 tahun hari tu.
Nak masuk 11 bulan baru aku selongkar deep freezer tu balik huhu..

Kini Zulfa pun dah pandai 'mencari'
Dia akan menyebut nen apabila dia rasa nak
Menyelak baju atau tudung kalau aku memangku dia
Hehe comel je rasanya..

Harapanku agar biarlah kami berterusan ber'couple' begini
Biar Zulfa memutuskan sendiri bila dia rasa nak berenti atau clash nanti.

"I Love Breastfeeding"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails