Pages

Monday, 28 April 2014

Siapa Yang Perlu Ambil Vitamin/Supplement/Makanan Tambahan?

Credit To : CitraSupply


Dewasa
Golongan dewasa jarang mengambil makanan seimbang
dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin dan mineral penting dalam badan.
Bagi individu yang kurang terdedah dengan cahaya matahari, mereka selalunya kekurangan Vitamin D dan juga Vitamin B penting sebaliknya mempunyai kandungan Vitamin E yang terlalu tinggi.Kandungan dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya bagi golongan awal dewasa, tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir dewasa.

Perokok

Merokok boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C. Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki kekurangan Vitamin C.
Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan dos vitamin antioksida yang terlalu banyak akan membawa bahaya.
Daripada mengambil makanan tambahan, kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan bijiran dalam diet masing-masing.

Peminum alkohol
Golongan ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian vitamin dalam badan. Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid folik, Vitamin B6, B2 dan Vitamin C.

Pengamal diet dan vegetarian

Individu dalam program pengurangan berat badan 1,000 kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin dan membuat pemeriksaan paakar kesihatan secara kerap.
Manakala bagi vegetarian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi roboflavin, Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat diperlukan.
Mereka yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga daging, mempunyai kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang mengambil daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil berat.

Wanita mengandung dan menyusu
Vitamin B sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin sedia ada.
Bayi dan kanak-kanak
Bayi yang mengambil susu ibu sihat selalunya memiliki vitamin secukupnya, kecuali beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu badan kurang mengandungi Vitamin K. Oleh kerana itu, bayi yang baru lahir sering disuntik dengan vitamin.

Produk supplement Shaklee menyediakan semua jenis vitamin mengikut kesesuaian golongan diatas tidak kira pada peringkat umur, jantina mahupun sesiaoa sahaja

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi produk Shaklee dengan lebih lanjut.


Hubungi saya : E-mail di syzwn_nr@yahoo.com ataupun pm/whatsapp di 012-2925566 untuk mendapatkannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails