Aku memang begitu obses dengan breastfeed ni. Bagaimana aku boleh menceburkan diri dalam dunia penyusuan ni ya? Dan kenapa aku memilih susu ibu berbanding susu formula (bukan nak kondem atau hantam susu formula ya) Ceritanya cenggini..
Lebih kurang 30 minit zara dilahirkan, jururawat di Hospital Putrajaya mengarahkan agar aku menyusukannya. Ironinya untuk mewujudkan 'skin to skin contact' sejurus selepas bayi dilahirkan dalam tempoh 1 jam yang pertama. Benefit of skin to skin contact dalam konteks breastfeeding " babies who are kept skin with the mother immadiately after birth for at least an hour, are more likely to latch on without any help and they are more likely to latch on well" Yes! Pengalaman selama 11 bulan menyusukan, zara akan latch dengan betul semenjak dari hari pertama kelahirannya.

Dalam tempoh berpantang, makanan zara hanya susu ibu. Sehinggalah habisnya tempoh berpantang aku membuat keputusan untuk menyusukan zara hanya selama 6 bulan saja. Ini kerana aku berpendapat bahawa aku hanya mampu menyusukannya selama itu saja dan mengikut polisi penyusuan susu ibu yang telah ditetapkan.

Dan yang paling penting dan UTAMA sebab aku memilih untuk meneruskan penyusuan susu ibu terhadap zara adalah kerana:
- ia mencakupi semua zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Boleh refer jadual di bawah
- Susu ibu mengandungi antibodi yang tiada pada susu formula dan mampu melawan penyakit.
- Dapat mengecutkan rahim si ibu yang baru bersalin dengan cepat
- Dapat mengurangkan kanser payudara dan ovari
- Dapat menguruskan badan ibu secara semula jadi
- Mampu menjarakkan kehamilan secara semula jadi
- Selamat dan mudah disediakan.
- Menjimatkan masa dan wang.

2 comments:
tahniah!
11 bulan satu yg membanggakan kan!
chaiyok!!!!
tq dear!
Post a Comment